Monday, November 8, 2010

Teknik menghukum anak.

Dipetik dari website apa tah... utk bacaan ilmiah...

Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi 'terror' atau 'terrorist'?

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.

Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.

Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.




1. Pandangan mata yang sinis - Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam. (teknik nie, aku selalu buat kat ank aku, kadang2 sampai nk terkeluar biji mata, dia buat don no' ja.. kadang2, baru jege sikit, dah nangis, so aku sokong cara nie)

2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya. (bukan takat suara dari tenggorok, habis semua suara kluar.. siap adk ipar aku kata, aku bleh jd cikgu kawad. so bayangkan laa camna...)

3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji. (ini mcm tak menjadi jer buat kat ank aku, bg dier, kalau aku/en.asben buat camtu, kami tak sayang dia, n sayang org yg kami puji.. hampesss je)


4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.  (hahaha.. ini aku penah buat.. sbb nyer, ank aku p cabut wayer area tv n aku dah larang dia sblm tu, tp tak nk dgr. So, dia nangis2 nk tgk tv, tp kami buat tak tau ja. Last2 dia mintak maaf n janji tak mau main wayer tv dah. Tips nie berkesan buat ank aku)



5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya. (penah.... sbb tak dgr kata, aku tak blikan aiskrim.. kesannya, ank aku berkelakuan baik selama sejam.. lepas tu, hampess... back to normal)


6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya. ( tak penah buat lg.. aku tak sampai hati... n maybe takkan buat camni.. huhuhuhuh... )

7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya. (penah buat, dlm proses mengajar ank buang air kat toilet.. aku/en.asben pegang lighter, konon2, kalau dia kencing dlm seluar, aku cucuh ToooT dia.. berkesan.. sampai sekarang dah tak yah pakai pampes kecuali mlm..(nie tak tau nk buat camna g))



8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata "Wahai penipu!" . (selalu... tp tak lut... ank aku kebal.. hahahahaha...takat pulas telinga, nanti dia ckp "sakit la mama/papa" pastu, relex jer.. mcm kita tak marah kat dier jer..)


9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya. (nie papa dia yg buat.. tp kalau ada betul2 dia buat salah.. contoh, main pisau.. main kat jalan raya.. kena la pukul ngan hanger, n.. alhamdulliah, setakat nie, dia memang serik kalau kena pukul... (pukul pelan ja, gaya musti lebih)

So.. bg aku, walau mcm mana tips pun yg kita dpt, dlm mendidik ank nie, terpulang dari kita sendiri. Kebanyakkkannya, kita akan mengikut cara didikan yang kita terima dari parent kita dulu.. Betul tak??? Mcm aku, mak aku garang dulu, so, aku pun terikut jd garang kat ank aku.... :D

No comments:

Post a Comment

aPa KoraNg Rasa pasal n3 aku??