Thursday, December 30, 2010

YahOO... BeSok CuTi..

Fisrt.. Aku nk ucap tahniah buat Team Bola Sepak Negara atas kejayaaan memenangi Piala Suzuki AFF smlm.. Tahniah sekali lg aku ucapkan. N paling besh.. Besok PM kita umumkan sebagai cuti umum.. Yahoo.. Cuti...


Wednesday, December 29, 2010

MaLaM Nie BOLA.. Jgn LuPa TaU.. JaM 8 Mlm.. Tv 1.. LiVe LaGik..

Wahh... Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Mlm nie mlm penentu perlawanan bola antara Malaysia vs Indonesia. Rata-rata media sibuk berkata2 hal nie. Tp kan, aku terasa risau akan keselamatan pemain + penonton Malaysia yang kat Indonesia tuh. Penyokong2 fanatik diorg tu, mcm tak puas hati jer ngan kita kan.. Adoii.. Kalah menang tu, adat perlawanan la kan. Kalau la mlm perlawanan lepas tu, Indon menang, sure isu laser tu tak dibangkitkan.. Alasan ja oii.. Udah-udah laa.. Main ikut peraturan la.. Dah kalah tu, kalah.. Kita tgk mlm nie plak.. Kalau Malaysia memang, musti diorg nk naikkan isu apa lg, pun tak tau la.. Chaiyok Malaysia..

Persiapan aku sekeluarga mlm nie, dah bermula dari pg hari lg.
  1. Kemas rumah semua siap2.. Mana la tahu, tetiba ada org nk join tgk bola kat umah kami nanti..
  2. Masak mkn mlm awal2.. Takut tak sempat nk mkn sblm perlawanan bola mlm nie.
  3. Make sure bill letrik dah bayar. Kang tak pasal2 TNB mai potong letrik, sbb tak bayar bill. Melepas nk tgk bola mlm nie..
  4. Cari baju color kuning. Nk pakai mlm nie. Kalau tak dak gak, satgi singgah beli kat supermarket..
Amacam, semangat tak kami sekeluarga?? Anda bagaimana??
TeaM KeBaNGgaan KiTa

KeTaM oh KeTaM...

Balik dari opis smlm, aku, en.asben n illa g pasar mlm depan opis aku nie. Niat di hati, nk beli barang2 rumah + lauk utk mkn mlm. Hari nie, en.asben tingin nk mkn ketam. So, first tempat di tuju adalah tempat menjual ikan. Selepas di tgk2, disitu ada di jual ketam. Sekilo RM22. Mahai gak tuh.. Bulan lepas aku bli, sekilo baru RM18.. Dammm.. Harga dah naik. Tp, nk tak nk, beli la juga. Sbb nk mkn kaaan.. Selepas di pilih2, aku amik 3 ekor je ketam. (ketam besar laa).  Timbang2 kena la charge RM18 hinggit. Camnie la lebih kurang rupa ketam2 yang aku pilih.. Color biru.. N fresh lg..
Lepas bli ketam, next target beli bawang... Daging.. Semua barang2 di bawa oleh encik asben. Sbb berat plak aku rasa kalo nk suh aku bawak semuanya.. (tak de la berat sgt pun.. ngada2 je lebih..) Dah selesai bli semua, maka kami pun bergerak la ke keta. Simpan barang, nek keta n otw blk umah, sembang2 la nk masak apa ketam td tu. En.asben ckp, dia nk masak cabai ja. Aku pun setuju la ngan menu tersebut. Dah terliur2 nih, pk nk mkn ketam..  Pastu, tetiba aku tingat myk masak dah tinggal sikit kat umah. So, aku ajak la encik asben shopping di Giant Batu Cave. Setelah selesai beli belah kat Giant, kami pun blk lg umah. Shopping sampai la kul 7 (terlajak shopping.) Then blk umah..

Sampai je umah, en.asben pun cari2 ketam yang dibeli td. Nk siang utk dimasak...
     En.Asben : Yang, mana ketam yang beli td. Tak da pun kat barang2 pasar mlm nie.
     Aku : Laaa... kan dok sekali semua, tgk la situ..
     En.Asben : Tak dak pun nie.. (muka dia dah lain dah time ni)
     Aku : Aik.. kan abg yg bawak barang td.. Cicir dlm keta kot. P la tgk dlm keta..
     En.Asben : Huh.. sat abg p tgk.. (laju ja dia g kat keta)
     Selang seminit.
     En.Asben : Tak dak laa.. Adoii.. Mana plak p ketam nie...
     Tetiba...
     Illa : Ketam mana papa??? Td hantu amik ketam...
     En. Asben n Aku : Uih.. (sambil buat muka heran).
     Setelah di cari2 merata tempat, selongkar barang2 yang dibeli td, tp still tak jumpa gak ketam tu.. So.. En.Asben pun bersuara dgn nada yg agak kecewa..
     En.Asben : Tak pe la.. tak da rezeki kita la tuh.. Khamis nie, kita bli len k..
     Aku : Haih.... Tak pe la. Tak da rezeki.. Tp pelik laaaa. Mana hilangnya ketam nie.. Nk kata tertinggal, tak nyee..
    En.Asben : Dah2.. tutup cite bab ketam.. Buat sakit hati je..

So.. camtu la cerita nya.. Tah mana la ketam tu hilang. Burn wet aku RM18 ptg smlm. Aduss.. Kecewa gak kami sekeluarga sbb tak dpt mkn ketam.. Tak pe la.. Tak da rezeki  lagi... Khamis nie, aku try bli lg.. Kali nie, aku akan pgg plastik ketam tu sampai rumah.. Kalau hilang gak, tak tau laa.
Sedih.. tak dpt mkn ketam..

Tuesday, December 28, 2010

3 Days To go...

Sedar tak sedar, lagi 3 hari kita nk menjejakkkan kaki ke tahun baru 2011. So, apa yang korang dah buat untuk tahun nie?? Azam tahun nie yang korang buat tahun lepas dah tercapai ke blum?? Bagi aku plak, apa matlamat yang aku azamkan tahun lepas, sedikit sebanyak tercapai juga. Antara azam2 aku tahun lepas...
1.  Pindah rumah lain ... (Done). Skrg dah dok KL okkey.. Gudbey penang...  NeW EnVIromeNt
   
2.  Tukar keje lain ... (Done).. Aku tak da la tukar company pun, cuma aku di tukarkan di bawah projek lain. Tak dok bawah projek lama dah... So, lebey kurang tukar keje gak la kan.. kann... New Work Place

3.  Jalan-jalan dengan keluarga ... (Done)... Tahun nie jer, aku dah berjaya berjalan2 ngan family aku ke Langkawi... Genting Highland.. Tambun.. Melaka... KL.... Cameron Highland... Kelantan... RuJukan di N3... LangKaWi, ada yg aku tak masukkan dlm n3.... Sbb tiada perkhidmatan internet di kg aku.. :P
GenTing HighLanD...
    GeNtIng LaGik..
    P.LanGkaWi
    P.D..
4.  Tambah bilangan ahli keluarga.. (Not done).. Ini rezeki dari Allah. Aku hanya boleh berusaha, tp Dia masih belum memberi..

5.    Ajar ank tido bilik sendiri ... (Done).. Walaupun baru 3 hari ank aku tdo dlm bilik  dia sendiri, tp aku rasa usaha aku n en.asben dah ada berbau kejayaan..

Itu adalah antara azam2 aku tahun lepas. Ada yang tercapai n ada yang tak tercapai lg. Apa-apa pun, yang tak tercapai, postpone ke tahun depan je la.. :P...

Monday, December 27, 2010

BiBir peCaH

Ni cerita rentetan dari hari sebelum nya. Disebabkan ankku (illa) terlampau xcited ada bilik sendiri, maka hari Ahadnya plak, dia sibuk nk main2 dlm bilik die. Aku n en.asben biarkan je la, sbb kami ada misi lain utk dilaksanakan. Balance cat dari bilik ila, ada sikit lg. So, kami plan nk cat di ruang tamu. Aku n encik asben sibuk la mengecat ruang tamu, manakala illa plak, sibuk bermain2 di dalam bilik. Tah apa yg dimainkan, aku pun tak sure. Tp yang pasti kedengaran seperti dia dok terjun2 dari katil dia. Maka.. Aku pun..

Mama : Illaaaaa!!!! Buat apa tu?? Jgn lompat2.. nanti jatuh..
Illa : Tak aah. Illa tak lompat2 pun.. (hampes, sure tak nk ngakunyer..)
(diam seketika, tiada bunyi gedebuk gedebab dari bilik ilaa)

Setengah jam kemudian... Bedebuk.. Bunyi yang agak pelik. Dlm hati aku terdetik, "musti jatuh budak nie". Selepas beberapa second, tetiba bunyi..."Wuaaaaaaaaaaaaaaa... Sakit mamaaaaaa...... (illa nangis sambil pengang bibir dia). Aku plak time tu, tgn tengah pegang berus cat, tetiba jd panic. Tgk darah menitik2 atas lantai. Haihh... Betuah punya ank... Dlm hati, terasa sayu + marah + geram. Sbb aku dah larang main lompat2 td, dia degil. Ini la padahnya. Bibir dia berdarah, sbb stund tak lepas, tersangkut kat katil. Aku pun, cepat2 basuh tgn, n amik tisu., lap bibir dia. Illa plak, meraung2 mcm org histiria. Sakit katanya. Aku pun, naik geram la, sbb dia nangis, lagi susah nk keringkan darah kat bibir dia tu. Aku ckp "kalau illa nangis lg, mama amik jarum, jahit mulut ila, nak??" Terus illa diam.. See.. Saja ja ank aku  nie. Manja sgt.. tapi yang best, menjadi gak ugutan aku.. Dia diam je lepas tu. Lepas kering darah, en.asben suruh letak myk gamat. Illa pun, dah stabil, n terus g sambung main kat bilik dia. Tp.. tu la, budak2, tak serik. Dgr lagi dari luar bilik, dia dok lompat2 atas katil.. Sabar je laa... Aku plak, asyik terpekik terlolong marah dia, supaya jgn main lonmpat2. Nama je anak perempuan, perangai macam budak laki. Lasak.. Nie la keadaan bibir ila.. Huhuhu..



See, macam org baru pas kena tumbuk kan.. Tp tu laa.. Ada ank yang sedang membesar nie, memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Tambah2 anak yang petah berkata2. Disebabkan kecederaan nie, agak susah untuk illa makan. Mlm tu, time makan nasi, dia asyik ckp "sakit la bibir nie".. Ckp berulang2 kali. Mula2 aku melayan dia, suh dia mkn pelan2. Tp tak nk dengar, nk suap byk2 dlm mulut. So, terkenala bibir yang cedera tu. Then, en.asben plak melayan dia, suap sikti2 n suh mkn pelan2,  tp sama nasib cam aku, FAIL okeey.. Dia still tak nk dengar nasihat kami. Lepas tu, aku tgk, dia mkn dah mcm org tak sakit.. Berselera jer.. Pelik gak.. Tetiba illa bersuara.."tgk, mkn nasi pelan2 tak sakit, apa la mama n papa nie" Aduss.. Kami plak yg dipersalahkan.. Padahal, itu la yg kami cuba sampaikan kat dia td..Sabar je laa.. Illa.. Illa.. Ini baru sorang ank, kami dah pening2 pala. Kalau ramai, tak tahu la camna...  Pic di bawah plak, adalah hasil cat dari aku n en.asben. Hentam saja.. Janji dinding rumah bercat kan...

K.. Takat tu ja nk bercerita utk hari nie. Aku dah nk start buat keje blk.. Ariousss...




Keranamu Anakku...

Memandangkan usia ank aku dah nk masuk 4 tahun di tahun hadapan, aku n encik asben merancang untuk mengajar ank aku tido sendiri di bilik nyer. Tapi.. MasyaAllah.. susah bebenor. Ank aku nie, dah la pandai ckp, pastu cerdik bermain kata2. Last week, terjadi nya perbualan ini..
          Papa : Mama, nanti kita suruh illa tido bilik sendiri la. Dia dah besar dah kan...
          Mama : Haa.. ok gak.. Ok tak ila (aju aku kat ank aku)
          Anak : Alaaa.. Illa kan tak besar lg, nanti ila besar, illa tido la bilik ila..
          ( Aku n encik asben saling berpandangan, tgh cari idea nk balas kata2 ank aku yg sorang nie)
          Mama : Ooooo.. illa kecik lagi la kiranya erk..
          Anak : Hoo laa... ( sambil sengeh-sengeh)
          Mama : Mmmm.. kalau kecik lagi, tak yah la mama bli buku + pencil box Hannah Montana kat illa.
                       Illa kan kecik lg kan.. (makluman, ank aku minat gila ngan hannah montana)
          Anak : Tak.. tak.. Illa besar dah.. Nanti ilaa tido bilik sendiri.. Tp.. Mama kena la cat bilik ilaa dulu...  
                      Letak meja tulis-tulis.. Letak cadar doremon... Beli lampu tido.. Bilik ila skrg tak cantik..
          Mama : Amboi2... Kang mama buat semua tu, illa tak tdo gak bilik ila, mama rotan.. OK??
          Anak : OK.
          Papa : Weekend nie, papa cat bilik ila.. Janji tido bilik sendiri tau.
          Anak . OK.  (sambil promise ngan calit jari ngan papa dia)

Perghhh... Budak2 skrg.. Dah pandai demand macam2. Nie baru umur nk masuk 4 tahun.. Dah mcm2 dia mintak. Sabar je la.. Untuk memenuhi permintaan ank aku, maka hari Sabtu lepas, aku n encik asben g la bli cat n mula la chat bilik illa.. Ank aku plak, apa lg.. hepi laa.. Cuma cadar doremon + meja tulis2 je aku tak bli lg. Tggu mama dpt gaji yer syg... hehehehe... Tadaaaa.. Nie la hasilnya setelah 2 jam aku n encik asben bertungkus lumus menyiapkan bilik illa..

So, malam tu, buat julung-julung kalinya, illa tido bersorangan dlm bilik dia. Tu pun, jenuh berkelahi ngan papa dia. Sbb mula2 dia tak nk tdo bilik dia. Nk tdo dlm bilik mama n papa gak. Tp last2, mengaku kalah, sbb papa dia ugut nk jahit mulut dia, sbb ckp tak serupa yang dijanji. Hahaha.. Kelakar plak aku rasa. Last2, aku tgk kesabaran en.asben dah terancam, baru la aku masuk campur. Aku pujuk ila elok2 n janji nak temankan dia sampai dia tdo. Pastu aku ckp encik teddy ada teman dia. So, tak yah la takut. N kalau dia tido bilik sendiri mlm ni, aku blikan dia buku Hannah Montana. So, akibat termakan ngan pujukan aku, illa pun tdo la dengan sendiri nya. Tdo ngan aman damai di bilik idamannya.. (idaman budak2)
Filem kegemaran ank aku (sbnrnya mama dia yg minat, ank terikut perangai mama die)
So, setel masalah nk ajar illa tdo bilik sendiri. Tp, aku plak tak bleh tdo ngan aman. Kejab2 aku bgn tengok illa kat bilik. Kejab2 tgk. Rasa pelik plak, bila illa tak tdo sebilik ngan aku. Huhuhu.. Tp tak pe la.. Budak dah nk besar, elok asingkan tempat tdo kan.. Ajar dari awal.. Bak kat pepata "melentur buluh biar dari rebungnya".

Dah jadi cam nie, payah dah. Kang patah plak bila nk lenturkannya.

Friday, December 24, 2010

KeNaNgan BerSaMa GenG InDeRaWaSiH

Hari nie, tah mcm mana aku menggodek-godek external hardisk aku. Maka terjumpa la pic2 lama aku bersama ngan budak2 rumah indrawasih di Penang dulu. Byk kenangan yang berjaya di imbau.. Kat sini, aku akan cerita sikit apa peristiwa yang berkaitan dengan pic-pic yang aku nk show..

Pic ni diambik kat umah my boss. En.Ismail. Time nie boss buat makan2 kat umah dia. Kebetulan ramai budak2 shah alam turun penang minggu nie. Saat nie, muka aku moyok sikit. Sbb aku tak berapa nk sihat. Demam weh.. Nie pic yang sempat diambil sblm makanan2 tu semua lincin..

Pic nie plak diambil kat bukit hijau. Bangun pagi tu, aku boring kat umah. Tak da menda nk buat. Kebetulan mggu tu, aku tak blk kg. So, aku kejut la budak2 umah. Yang ada time tu, memmer, efa n mekti ja. So, aku ajak la diorg g bukit hijau. Tah camna, semua setuju, so siap2 n g picnic kat bukit hijau. Menu kitorg hanyalah jajan dan air tin je... Simple tp mengenyangkan...

Ini aksi2 yang dilakukan di bukit hijau. Time nie, ada kami ber4 jer kat kawasan situ. Org ramai tak ramai lg. So, boleh la buat mcm2 aksi tanpa segan silu..

Pic nie plak diambil time nk blk dah. Cuma bleh amik pic ber3 sahaja, sbb tak bawak stand utk pgg kamera. Time nie, efa yang amik pic.

Aku n mekti, di bawah rimpunan pokok buluh..

Nie la housemate aku yg ikut serta g picnic kat bukit hijau. Buat housemate yg lain,  jgn marah or kecik hati erk.. bukan tak nk ajak korang, cuma aku tak plan aar nk g picnic hari tu. Tetiba je rasa nk g. 

Pic Ehsan dari kreativiti memmer rasanya..

Pic nie plak, time kami g picnic kat umah user mekti di DBD. Enjoy. Thanks kat kakak tu (tak ingat nama dah), sbb sudi layan kami.. Siap masak mkn tgh hari + mkn ptg lg.. Enjoy sgt2. Ada 2 org lg tak da dlm pic nie, iaitu ida n mekti.. Kalo korang perasan, diorg ada dlm pic nie, tgh menyelam kat belakang aku tuh..Muahahaha..
So, ini la kenangan yang paling indah aku dan korang. Miss u all. Skg nie masing2 dah ada life masing2. Aku n efa kat sini.. , korang (memmer, mekti n ida) still kat penang. Walaupun kita tak dok satu rumah dah, tp kita still FREINDS kanss... kansss...

Memory Cinta Ini Membunuhku

Setelah sekian lama aku tak menulis (aku demam okey.. pastu tak da mood nk menulis), aku dah bercerita satu hal. Hari nie, aku sibuk buat kerja sambil melayan lagu2 dari laptop efa.. Then yang menariknya.. Semua lagu2 yang efa pasang tu, semua ada kenangan tersendiri. Miss all that. Yang paling mencuit jiwa aku, bila aku terdengar lagu nie. "Cinta Ini Membunuhku" nyanyian D'masiv. Citer nya camnie..

Time tu, aku still kat penang n still lagi bujang. Bak kata org, time sengal2 lg time tu. Company aku ada buat meeting kat langkawi. N kami punya PMO (ida) merangkap housmate ada join meeting tu. Setelah di selidik, meeting tu akan berakhir hari jumaat n diorg akan blk hari sabtu. So, tetiba aku n meemmer dpt idea yang agak gyla sikit. Aku plan kami nk g Langkawi hari Jumaat tu. Atleast, dah lepas dah tempat tdo, sbb bleh tumpang bilik ida.. hahaha.. punya la sengal. Dlm byk2 budak umah aku, yg berani join idea gyla aku, adalah di si memmer a.k.a mahani. So.. Plan punya plan, maka dpt la kata muktamat, aku n memmer g langkawi. Dah la cuti pun, main sms je kat boss. Memang berani mati la time nih.. Muahahahaha...

Tup.. tup.. hari jumaat tgh hari, aku n memmer dah menjejakkan kaki kat Langkawi.. Utk makluman, kami memang cari nahas gak la, sbb boss ada sana n tanpa kelulusan cuti, kami berani g langkawi gak.. Amacam?? Korang berani buat tak mcm kami buat?? Muahahaha...

Sesampai je kat sana, terus serbu bilik ida. Lepak2 sana. Takut gak hati kami. Sbb takut terjumpa bos.. Tetiba... Ada kes meletup kat site memmer.. Aduss.. Sian memmer. Percutian kitorg tergannggu. Apa lg bila boss tahu kami kat langkawi, tak pasal2 ada 'meeting tergempar' yg kami kena join kat sana. Aduss.. Memang malang tak berbau betul.. Pastu memmer sibuk dok nyanyti lagi "cinta itu membunuhku". Lagu tu bukan tuk bf dia okey.. Lagu tu dituju khas utk user2 dia kat site.. Sian memmer. User dia tu, mcm dengki2 kat dier.. Asal dia tak da kat site, mcm2 isu yang ditimbulkan.. Huhuhuhu... Tp mood kami tak rosak sgt lg.. Ptg tu, siap bleh g pantai chenang lg. Mandi2. Punya la sengal, aku + memmer + ida mandi laut tgh hujan lebat. Gian nk mandi laut, hujan pun redah jer.. Hehehehe.. Thanks to nizam n wife, sbb sudi join kitorg ptg tu. Walaupun korang 2 tak sesengal kitorg utk mandi laut tgh2 hujan, atleast korang bleh tggu barang kitorg... Thanks alot..
NiZam n FaMiLy
Roomate aku (ida)

Mkn mlm, kami join makanan org meeting kat langkawi. Bak kata lain, memang 'terjoin' meeting kat situ, sbb boss call suh kami jumpa dia mlm tu. Huhuuh... Berbakul2 gak la + tebal telinga mendengar boss bebel2 pasal site. Adus.. Punah mood kitorg mlm tuh.. Tp.. tak per.. Aku pun tgh sengal time tu. Sengal ngan sesorang yang terlibat ngan meeting tu. Sblm nie, dia 'kenal + boleh ckp' je ngan aku. Tetiba jumpa kat sana, dia buat tak kenal. Adoiii.. Sakit hati tul.. Lepas peristiwa tu, aku malas dah nk layan org tu.. Tak pe.. ada ubi ada batas.. Ok.. Back to cerita asal.. Mlm tu, aku + memmer + ida buat aktiviti kami sendiri. Ronda2 kat pekan langkawi. Plan asal nk g lepak2 kat dataran helang, tp hujan la plak. So, terbatal la nie. Memmer plak ajak g mandi laut pagi2 buta keesokan harinnya.. Wah.. Best2... So, kena simpan tenaga.. Kami blk tdo awal mlm tu..
With My Boss n ida.. Baru lepas kena marah..

Next morning, awal2 lg aku dah kejut budak 2 org tu. Kata nk mandi laut kan. Tup2 kul 7 gak baru kuar dari hotel. Pagi nie, nizan n wife dia tak join kitorg. So, aku, ida n memmer je la yg g mandi laut kat pantai chenang. Best betul mandi laut pg2. Air suam2 kuku jer.. Lama gak kitorg mandi.. lepas puas mandi, blk ke hotel blk, n kemas2 utk check out. Then.. Shopping2 kejab sbb ke jeti. Time nie, kami dah split ngan ida. Ida blk ngan boss ikut k.kedah. Aku n memmer naik bot ke k.perlis. Walaupun penat g buat kerja gyla camni, tp kami enjoy.. Kan memmer n ida kan...
Ida n memmer

akU n memmer..

Nk Balik dah..

Melawat sekitar hotel sblm checkout... Terjumpa ank nizam tgh mandi kat swimmin pool

To memmer n ida, bila aku dgr lagu "cinta itu membunuhku", musti aku teringat kat hampa 2 orang. Best ada kawan cam korang. Gyla-gyla + sporting..

Miss U LaNgkaWi


Thursday, December 23, 2010

aKu jd PerMaIsurI?? PuTRi RaJa KoT..

Cerita 3 minggu lepas..

Sejak 3 minggu lepas, badan aku asyik tak sihat jer. Demam teruk. Suhu sampai 39.5. Kejab kebah.. Pastu demam balik. Soal demam tu, belakang kira. Aku nk berterima kasih kat en.asben, sbb sudi menjaga aku time aku sakit. Thanks abang, sbb sudi layan karenah sy selama 3 minggu yang saya tak sihat nie. Semua keje abg yang buat. Mkn minum sy, abg jaga. Thanks alot..

Pengajaran yang aku dapat, sepanjang aku sakit nie
  1. Makan ubat kena ikut waktu, terutama antibiotik.. Kena tepat. kalau doktor kata 3 kali sehari, means kena makan setiap 8 jam. Jgn main hentam saja..
  2. Time demam yang teramat panas, jgn mandi ngan air sejuk. Nanti liang2 roma kita tertutup, panas tak bleh kluar. Seeloknya, mandi ngan air suam n mandi waktu malam + bawah embun (luaq umah). Tips mandi luaq umah bleh amal kat kampung ja tau. Kalo umah kat kawasan perumahan, jgn buat, kang jiran kata hampa gyla plak..
  3. Bila badan panas, jelung asam jawa kat kepala (org bandar kata, letak asam jawa kat dahi). Tujuan dia, asam jawa nie, bleh meresap haba dalam badan or seumpama ngan funtion cool fever la.
  4. Make sure jangka suhu sentiasa ada dirumah. Nie untuk check suhu badan anda setiap sejam.
  5. JANGAN sesekali mandi air ais (mandi ngan ais ketul) time demam. Nie akan memudaratkan n menambah naikkan suhu badan anda.
  6. Minum air masak banyak-banyak + jgn gatai2 nk g berandam dlm swimming pool okeeey..
Apa-apa pun, kesakitan aku kali nie, byk menyedarkan aku byk perkara. Rupanya2, aku masih disayangi ramai org. Buat en.asben, encik ayah, incik emak dan encik adk + abg, terima kasih sbb sudi jaga Amy time amy sakit. Jasa korang amat dikenang. Terimalah lagu nie khas utk korang semua n Xpecially to my encik asben.. Thanks 4 everythings.. ;D

video

Tuesday, November 23, 2010

Hari Yg Bz..

Hari nie, aku sampai je opis. Terus buat keje2 yang tertunggak. Berjela2 email aku dpt dari boss aku hari nie.. Setelah sekian lama, tak dpt email yg berjela2, hari nie, aku dpt 'hadiah' tuh.. Jenuh aku nk menyetelkan semua problem yang di email. Nasib la otak aku bergerak dengan ligat hari nie.. Fuhh... Akhirnya tggal 30 percent lg keje aku yang tak setel buat masa nie. Itu pun, keje2 build new report utk modul registration. Fuh.. lambat la sikit, sbb report baru kan.. Nk kena create sql.. nk buat layout report.. So.. Take time.. Utk merestkan minda keja, aku merapu la dlm blog aku nie.. Hehehe... Nanti kalau ada masa lg.. or keje aku setel cepat, aku buat n3 baru lg.. Byee..

Monday, November 22, 2010

LaGu UtK PedoMaN BeRSaMa..

Aktiviti aku hari nie, adalah mengodek lagu2 di youtube. Tetiba aku terjumpa lagu nie.. Lagu yang mempunyai maksud yang tersirat n tersurat utk pedoman bersama. Dulu time aku sekolah, aku selalu menyanyi lagu nie time camping.. Bila nyanyi, aku musti berlinang air mata.. Napa tah.. Aku rasa lirik2 nyer menyusuk jiwa n raga aku.. So.. cuba dengar lagu nie.. Apa anda rasa??


video

KL - BaLinG - KL - Genting in 48 Jam...

Aku mulakan cerita aku nie, dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.. Sebenarnya, byk stori aku nk bg tau.. tp aku terlalu malas untuk mengarang.. Tp hari nie, aku ada mood sikit nk bercerita..

Plan asalnya, kami sekeluarga tak nk blk kg raya haji nie. Nk beraya di KL jer. Walaupun aku sangsi ngan keputusan drastik nie, tp, bila pk2 blk, adk perempuan aku pun tak blk raya gak. So, aku berasa yakin la yg kami akan beraya sama2 kat KL nih. Tp.. Semua perancangan asal berubah dua hari sebelum hari raya. Ayah tetiba call en.asben, tanya balik raya ke tak.. Padahal, memang kami dah bg tau dah, kami tak blk. So, stop situ.. Pastu, ptgnyer plak, ayah call lg.. Tanya blk raya ke tak?? Perghh... Dlm hati aku, ayah aku nie nape.. Takkan dah lupa kot.. So, tak pa la.. Abaikan laa..

Then.. Keesokan hari nye... Ayah call lg.. Kali nie, tanya soklan yg sama "raya nie blk dak?? ayah nk bakaq lemang esok"... Aduyaaaii... Kali ke 3 nie, en.asben just ckp "err... tak blk kot... tp, tgk la dulu mcm mana".. Hahahahaha... dlm hati aku, dah gelak dah.. Kompem, musti kena blk kg gak nih.. Aku lak yg pening pala sbb cuti dah tak dak.. Aku pun call la adk ipar aku, dia pun ckp tak da cuti, tp kesian kat ayah.. Asyik call tanya soklan "blk ke tak"... So... Kami amik keputusan blk hari rabu.. Mlm selasa kami bertolak dari KL.. Rabu sambut raya.. Mlm rabu tu jugak, kami blk kl.. Perghh.. memang letih nk mampus... Sampai kl, dah kul 5 pg.. Aku tak pe la bleh masuk opis lambat sikit, tp adk ipar aku, memang kena punch kad.. Kesian.. Kesian..

Jam 10 pg, Khamis.. Aku bg tdo, dlm keadaan mamai2.. Maklum la, tdo tak cukup.. Tp kena g keja gak, kesian kat epa.. So, siap2 semua, 10.30pg bergerak ke opis. OTW g keje(lg 10KM nk sampai opis), ada call masuk.. "Teeeett... Teeett... (menda urgent terpaksa dirahsiakan)".... Aduyaaaii.. Terpaksa la aku amik el utk menyetelkan hal tersebut.. Nk harap en.asben g setel sorang2, mcm tak komfiden ja.. Sbb dia just tdo 4 jam je.. Pastu drive KL-BLG-KL dlm masa 36jam.. So, call boss, kata el then mcm peluru ke *******, setelkan hal ******* cepat2... Blk dari ********.. Cadangnya nk kemas2 barang dari kg. Penuh lg dlm keta... Tgh relex2 layan en.asben yg tgh drive, adk ipar aku plak call (makluman, dia pun el, sbb terjaga dari tdo kul 9 pg). Uhmmmm... Dia ajak tunjuk tempat Bas tergolek kat genting.. Nk p tgk tempat katanya.. Pastu, alang2 nek la genting terus.. Time tu, jam dah kul 3 ptg.. So, pk2 blk, en.asben kata, jom je la nek genting. Dekat ja ngan umah.. So, kami konvoi g tgk tempat xciden n terus naik men2 kat genting.. So, nie la aktiviti kami kat genting... Layan pic je la.. Mls aku nk bercerita pjg.. Tp, aku n en.asben tak byk main, just tlg mengasuh ank2 sedara n ank sendiri jer... Mls nk men, penat tak habis g...












Note : Dlm pic tu, ada pic kami ber5 jer.. Sbb adk aku n asben dier, sibuk dok main. Kami tukang mengasuh.. So, kami je la yg bergambar..

K.. Tu je nk stori kali nie.. Mls nk mengarang pjg.. Byee...

Thursday, November 11, 2010

Ayat-ayat power lepas kawin.. cam betul je..

Nie aku amik dari fb... Just utk suka-suka jaa...

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!


Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.


Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!


Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??


p/s: betul ke cmni?? (*_*)

Magrib or IshaK??

Nie aku nk citer sikit, pasal kecerdikan akal fikiran ank gadis aku. Bertapa cerdiknya dia menjawab atas segala apa yg aku ckp...

Situasi pertama.

Hal ini berlaku ptg kelmarin. Around jul 8 mlm. Aku satu family otw blk rumah dari ronda-ronda buang masa. Dah menjadi kebiasaan, illa akan duduk di belakang that mean belakang papa dia. Bila papa dia smoking, dia akan ubah tempat dok belakang aku. Ini rutinnya.. Tp smlm.. Dia lupa kot. so terjadi la perbualan ini.. (tiru leya, mls nk citer pjg. buat skrip ja sng).

       Mama : Illa.. kan papa smoking tu.. ila dok mana..
       Illa : Ye la.. Ye la.. (sambi bergerak ke belakang aku)
       Papa : (senyum je sambil layan rokok...)

       Selang 2 minit.. tetiba aku tgk ila dah blk dok belakang papa dia. Tp aku
       tgk, papa dia tak habis  smoking lg.. aku pun hangin la..

      Mama : Illa!!! Kan papa smoking lg tu, nape tak dgr ckp nih.. Nk kena
                 ngan mama ker??
      Papa : Illa... Cuba dgr ckp mama....
      Illa : (dgn muka yg tak besalah dia jawab..) Belah mama dah magib   
              (maghrib)., sbb tu ila dok belah papa...
      Mama : Ishh.. Merepek ja ila ni.. Pastu, belah papa tu, dah ishak ke???
      Illa : Haa laa...
      Papa : Hahahahahahahahaha.... Mcm2 la hampa 2 org nih...

See.. ada ja jawapan dari mulut ank bertuah aku.. tak jd aku nk marah dia...

Situasi ke 2

Mlm kelmarin.. Aku tergelincir dlm bilik ayaq.. Pastu tah mcm mana tah, terseluih bahu.. Sbb time aku landing, aku tahan badan aku ngan tangan.. Sakit gyler.. Illa plak, datang la, konon2 nya nk membantu.. Tp aku tak bagi. Then en.asben, tlg la urut belakang tangan aku. Aku pun, apa lg.. dok ngeduh2 la sakit.. Pastu jd la dialong nih..

    Mama : Pelan2 la papa, urut tu, jgn la kuat sgt...
    Papa : Haih.. dok senyap2 la...
    Illa : Papa... jgn buat mama..
    Mama : Diam la ila.. (aku marah dia sbb aku tgk, dia p pukul papa dia, sbb
    ingat en.asben buat aku sakit thanks sayaang.. amik berat pasal mama...)

    Lepas 5 minit sesi mengurut.. tetiba ilaa bersuara..
     
    illa : Papa, urut ila plak, illa sakit nie.. (sambil tunjuk tgn dia)..
    mama : pasepa plak tetiba sakit ni???
    ilaa : Illa pun jatuh bilik ayaq mcm mama gak.. kena la papa urut.. mcm
    papa urut mama..

Adoi laa.. skrg nie, apa yg aku buat, semua ank aku nk tiru... HUhuhu...   dah la perangai aku kadang2 tak berapa sesuai nk ikut.. tp ank aku nie, pjg akai.. asal aku tegur dia, jgn tiru aku, musti ada jawapan logik dari dia yg mampu buat aku terdiam... Huhuhu.. Ilaa.. ilaaa...

Monday, November 8, 2010

Teknik menghukum anak.

Dipetik dari website apa tah... utk bacaan ilmiah...

Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi 'terror' atau 'terrorist'?

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.

Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.

Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.




1. Pandangan mata yang sinis - Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam. (teknik nie, aku selalu buat kat ank aku, kadang2 sampai nk terkeluar biji mata, dia buat don no' ja.. kadang2, baru jege sikit, dah nangis, so aku sokong cara nie)

2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya. (bukan takat suara dari tenggorok, habis semua suara kluar.. siap adk ipar aku kata, aku bleh jd cikgu kawad. so bayangkan laa camna...)

3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji. (ini mcm tak menjadi jer buat kat ank aku, bg dier, kalau aku/en.asben buat camtu, kami tak sayang dia, n sayang org yg kami puji.. hampesss je)


4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.  (hahaha.. ini aku penah buat.. sbb nyer, ank aku p cabut wayer area tv n aku dah larang dia sblm tu, tp tak nk dgr. So, dia nangis2 nk tgk tv, tp kami buat tak tau ja. Last2 dia mintak maaf n janji tak mau main wayer tv dah. Tips nie berkesan buat ank aku)



5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya. (penah.... sbb tak dgr kata, aku tak blikan aiskrim.. kesannya, ank aku berkelakuan baik selama sejam.. lepas tu, hampess... back to normal)


6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya. ( tak penah buat lg.. aku tak sampai hati... n maybe takkan buat camni.. huhuhuhuh... )

7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya. (penah buat, dlm proses mengajar ank buang air kat toilet.. aku/en.asben pegang lighter, konon2, kalau dia kencing dlm seluar, aku cucuh ToooT dia.. berkesan.. sampai sekarang dah tak yah pakai pampes kecuali mlm..(nie tak tau nk buat camna g))



8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata "Wahai penipu!" . (selalu... tp tak lut... ank aku kebal.. hahahahaha...takat pulas telinga, nanti dia ckp "sakit la mama/papa" pastu, relex jer.. mcm kita tak marah kat dier jer..)


9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya. (nie papa dia yg buat.. tp kalau ada betul2 dia buat salah.. contoh, main pisau.. main kat jalan raya.. kena la pukul ngan hanger, n.. alhamdulliah, setakat nie, dia memang serik kalau kena pukul... (pukul pelan ja, gaya musti lebih)

So.. bg aku, walau mcm mana tips pun yg kita dpt, dlm mendidik ank nie, terpulang dari kita sendiri. Kebanyakkkannya, kita akan mengikut cara didikan yang kita terima dari parent kita dulu.. Betul tak??? Mcm aku, mak aku garang dulu, so, aku pun terikut jd garang kat ank aku.... :D

iLLa n ButaNg Baju...

Di suatu malam yang tak sunyi.. tinggal la aku berdua ngan ank perempuan aku ilaa. En.Asben plak, ke hospital melawat mangsa kemalangan tempoh hari. So, nk dijadikan cerita, ila nie, dia cerdik.. Tp MANJA... Kejadian bermula bila lepas aku mandikan dia mlm tu.... So, aku pun suh la dia pakai baju tido.. Selama nie, baju tido yg sama gak dia boleh pakai sendiri.. Tp.. tetiba, dia buat hal.. Mula menjerit2.. "Mama, ila tak reti nk pakai baju nie"... So.. Aku plak time tu, tgh dok melipat baju.. Jd geram.. Coz, selama nie, boleh je dia pakai baju tu.. Aku pun naik hangin la.. "Pakai sendiri, tak bleh pakai, toksah pakai baju mlm nie. Tdo tak pakai baju" Sambil buat muka garang. Illa pun, dia mcm paham je perangai mama dia nie.. Dia pun, berusaha sedaya upaya nk buh butang baju tdo dia tu.. Sempat gak aku snap pic die.. Nie la aksi2nye..

Ini adalah permulaan nyer.. Dia dok try style tu, ada la dlm 5 minit. Penuh konsentrasi... Tanpa ganguan.. ;D










Ini plak aksi selepas 10 minit. Baring plak. Tp tgn still lg try masukkan butang baju..

10 minit seterusya.. Bangun..Berpaling dari aku. Konon2 aku nie menggangu kot.. Padahal, aku buat tak tahu jer.. Tangan je dok snap pic dier.. hehehehe...                                 
Selepas 15 minit.. Still tak berjaya.. aku tgk muka ank aku tu, dah lain... Nk nangis dah.. Tp, tak berani.. Kang kalo nangis, aku cepuk.. Hahahhahaha.. Ganas tak aku nk mengajar ank...

Nie antara aksi2 terakhir dia.. Aku perati, dia dah berjaya masukkan semua butang baju die. Aku pun tak perasan. Pic nie
jer sempat aku snap...

Nie plak muka dia bila dia bg tahu aku ... "Mama.. Dah siap"  aku plak ckp "Haaa.. kan reti.. saja jer tak mo buat".. Sambil buat muka garang.. Dia pun.. Buat muka camnie..
Sebek.. Sbb aku marah dia, sbb mls nk pakai baju sendiri. Bukan tak tau.. Saje je.. MANJA n NK DITOLONG sentiasa..

Pastu, aku pun, bukan la kejam sgt.. Last2, aku ckp kat dia.. "Okey.. Illa dah pandai.. nanti mama beli cd Hannah Montana kat illa" dia pun... senyumm..

Senyum riang....

So, kesimpulan yang aku dpt, ank aku nie, dia boleh buat sendiri benda2 basic. Tp kena paksa sampai berjaya.. Aku plak, sebagai parent dier, kena bertegas.. Biar dia menangagis2 sbb tak leh buat , tp last2 boleh jer kalau biarkan dia terus buat. Memang dia akan ckp tak tahu, sbb mls nk berfikir.. Tp kalau kita suruh jugak2, or keadaan memaksa, dia akan boleh buat. . Mcm hari tu, nagis2 dia, tak reti nk bukak baju, tp, aku biarkan jer dia meraung2. Last2, boleh gak dia bukak baju sendiri.. Tak pe.. Berkeras utk kebaikan.. Jgn di tolong ank2 buat keje, biar dia buat sendiri (tp agak2 aar keje apa)...