Tuesday, January 31, 2012

BerCuTi??

PENGUMUMAN PENTING!!! 

SAYA AKAN PRIVATEKAN BLOG SY ATAS FAKTOR-FAKTOR KESELAMATAN.
SO, BG SESIAPA YG DAH FOLLOW DAN STILL LG BERMINAT NK BACA BLOG SY, SILA TINGGALKAN ALAMAT EMAIL ANDA DALAM RUANGAN KOMEN.
TARIKH TUTUP : 01/02/2012 JAM 12 MALAM
------------------------------------------------------



Perkara nie berlaku hari Jumaat minggu lepas. Sblm tu, aku nk inform, hari khamis mggu lepas, aku mc. Sbb tak sihat. So, ank aku (illa) secara automatiknya, aku tak hantar la ke scool.. Ye la, dah aku tak sihat, takkan nk suruh dia jalan kaki ke sekolah kot. Memang aah dekat, tp, tak haraaaaaaaaap okey.... 


Petang jumaat yang indah. Time aku amik illa di sekolah. Tempat kejadian, depan pintu tadika iila


Mama yg comel : Illa, jom balik rumah.
Illa : Sat la, illa ada keje sekolah lg..
Baru je aku nk jawab, tetiba ada suara lain menyampuk
Cikgu illa : Tak pe, buat kat rumah keje sekolah tu. Jdkan keje rumah plak. Cepat, mama dah tunggu tu..
Illa : Ha, ok (sambil kemas2)
Mama yg comel dok tercegat je la kan, tggu dia kemas. Pastu tetiba..
Cikgu illa : Akak, nape ila tak dtg sekolah kelmarin??
Mama yg comel: Owh.. sy tak sihat kelmarin, Sy dah bg tahu cikgu yati dah..
Cikgu illa : OOoo.. ye ke.. 
Mama yg comel: Kenapa cikgu? (heran lak aku, tetiba cikgu tanya kan..)
Cikgu illa : Tak de la.. Sy tanya illa hari nie, kenapa dia tak dtg sekolah..Pastu, illa jawab, dia pegi bercuti kelmarin ngan mama..
Mama yg comel: Ha?? Bercuti?? Bila masa lak kami g bercuti??
Cikgu illa : Haa, itu la. Sy pun hairan. Takkan pegi bercuti dlm masa sehari. Tgh2 mggu plak tu.. Heheheehe...
Mama yg comel: Ish.. illa nie.. Tah apa2 yg dia pk. Mana ada pegi bercuti cikgu. Sy keluar g klinik ngan dia ada la kelmarin. Amik ubat sbb sy tak sihat.. Ishh.. betuah punya ank..
Cikgu illa : Itu la, semangat dia bg tahu kata dia pegi bercuti.. 
Mama yg comel: Hehehe... Tak pe la.. Illa, jom blk.. Kita bercuti kat umah weekend nih..
Illa : ok...


See.. betuah punya anak. Ada ke pegi klinik dia ckp pegi bercuti. Nampak sgt dah lama aku tak bawak dia pegi bercuti.. Sabar ye sayang. Kita tunggu papa balik nanti.. Pastu, kita g bercuti puas2...

Monday, January 30, 2012

PENGUMUMAN PENTING!!

SAYA AKAN PRIVATEKAN BLOG SY ATAS FAKTOR-FAKTOR KESELAMATAN.
SO, BG SESIAPA YG DAH FOLLOW DAN STILL LG BERMINAT NK BACA BLOG SY, SILA TINGGALKAN ALAMAT EMAIL ANDA DALAM RUANGAN KOMEN.
TARIKH TUTUP : 01/02/2012 JAM 12 MALAM

MeJa TuLis iLLa v2

Sabtu lepas, sekali lg illa dgn creative membuat meja tulisnya sendiri. Kali nie, dia guna box baju aku.. Tgk la pic kat bawah nie... Pic nie amik hari sabtu..



See, ada ja akai dia nk buat meja tulis. Nk gak bertengkek dekat2 ngan aku.. Huhuhu.. Tak pe la. Bukan tak g cari meja utk dia, tp, tak da yg bekenan.  So, sabar je la.. Tp, hari Ahad lepas, aku g umah my bff. Dia penah offer pjm meja tulis dia dulu, sbb dia ada 2 meja, tp meja tu plain je la. So, memandangkan usaha aku mencari meja kat illa tak jumpa2, aku amik je la meja my bff nie. Nanti aku nk minta bli la kat dia. Blk umah, jd isu plak, illa nk meja ABC juga, so terpaksa la aku 'repair' meja laptop aku (meja tu meja abc, tp kaki dah senget). Repair2, sib baik ok. So, aku tukar la meja my bff tu di jadikan meja laptop aku.. N aku makeover meja my bff.. Hehehee...



Sila abaikan pemandangan di belakang laptop aku. Hehehe.. So, illa plak, dah dpt meja yg di idam-idamkan. Terus semangat nk mewarna n menulis...



Begitulah aktiviti kami dihujung minggu. To my bff, sila la jual meja tu kat aku.... Mls dah aku nk g cari meja kecik nih.. Hehehehee..

Friday, January 27, 2012

SuKu TaHUn SuDaH...

Sedar tak sedar, dah hampir suku tahun telah berlalu.. (bg aku okkey)
Pejam celik.. pejam celik..
Hari berganti hari..
Masa berlalu bergitu sahaja..
Aku??
Ank aKu..
Dia??
Walaupun di awal perpisahan, amat perit aku rasa..
Terlalu perit, seolah2 semuanya susah..
Tp skrg..
Aku dah terbiasa dgn perpisahan itu..
Berbekalkan panggilan telefon dari Dia seminggu sekali..
Aku mampu meneruskan kehidupan harian aku..
Tapi, aku masih berharap
Agar masa itu dapat dipercepatkan..
Hidup aku n anak aku, seperti biasa..
Tak ada yang menarik
Jarang ada gelak tawa..
Tak ada lg istilah 'jalan-jalan' atau 'bercuti'
Semuannya seperti biasa..
Ahli keluarga Dia juga
tak jemu2 datang menjeguk kami..
Walaupun semuannya dah menjadi rutin harian aku..
tp... entah kenapa
Saat nie.. Hari nie..
Aku teringat2 kan diaa
terasa semakin sebak hati ni...
Semua menda yg aku buat, aku teringat kat dia..
Dah lama aku rasa, aku bertahan
Bertahan dan terus bertahan
Tiada lg linangan air mata apabila aku teringatkan dia..
Tahan.. Tahan dan terus bertahan..
Tp.. Saat ni...
Abang...
Sy rindukan abang..
Rindukan abg sangat2..
Walaupun sudah suku tahun masa berlalu
Rasa rindu sy pada abg tak pernah luak
Semakin membuak2 cuma sy tak penah melayan perasaan sy..
Sy nekad di hati nie, utk tabahkan hati
Cekalkan hati..
Abang..
Sy harap abg tabah di sana
Setabah kami disini..
Ketiadaan abg disisi amat kami rasai..
Alangkah seronoknya kalau abg ada kan..
Tambah2 hari nie, dah hari jumaat
Musti kita dah susun plan utk kita habiskan masa di hujung minggu
Abang..
Miss u sangat2..
Really-really miss u sayaang..
Muaaaaaaaaaaah...


Thursday, January 26, 2012

GasTrIk ??

Sumber dari pakcik google...
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen ( aku tak amik)
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan ( haraaaaaaaaaaaam)
  • Pengambilan kokain ( apa tu??)
  • Merokok ( giler ke??)
  • Stres ( ini maybe la kot...)
  • Gangguan autoimun ( apa tu??)
  • Penyakit crohn ( apa tu??)
  • Radiasi dan kemoterapi ( aku sihat je, mana ada lalui semua tu)
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun ( agak2 aar)
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut ( ini tak sure)
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan ( maybe, sbb ada history)
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya  ( maybe, sbb ada history)
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.  ( mintak simpang)
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
gastritis
Tips Sepanjang Bulan Puasa
  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
    Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

Fakta aku???
- Masalahnya, aku tak berpuasa pun...
- Pastu, yg dlm fakta2 utama tu, aku rasa, tak de pun sgt...
- Tp, ada la sejarah aku kena admit kat hospital, gara2 penyakit nie.. tp itu dulu kan.. skrg???

Apapun, kenapa la, aku terasa ENCIK GASTRIK tu ada dgn aku skrg?? Seharian dari opis lg.. Why.. Why... Abang... tolong sy..... Huhuhhu...

Wednesday, January 25, 2012

Ke CreaTiFaN iLLa..

Cerita pasal ank aku lg. Ank aku nie, suka sgt merwarna n menulis. So, kat umah aku nie, ada je meja makan.. meja tulis kanak-kanak pun ada(tp kaki dah seget sebelah).. Tp, ank aku nie, suka sgt nk berdempek ngan aku.. sbbnya, asal lepas dia tulis/warna musti dia akan tanya aku "cantik tak mama".. Nk menyenangkan, aku suruh je dia dok dekat ngan aku, supaya mama yg sayang lemak nie, tak yah nk kena bergerak2 g tgk hasil tangan dia.. 

Memandangkan cuti CNY nie agak pjg, so, dia pun, seronok la dpt lepak2 ngan aku kat depan tv kan.. Tp.. No.. No.. No.. aku tak bg dia tgk tv (sbb aku layan citer korea, kalo tgk pun, bukannya paham), aku suh dia mewarna... Mula2 dia menirap.. pastu duduk. pastu senget sana.. senget sini.. Pastu, tetiba dia bangun... Aku perati jer gelagat dia. Dia masuk bilik aku, amik kerusi almari setboard. Makluman, kerusi setboard aku tu, jenis zaman dulu.. yg kaki dia solid kayu n ada kusyen.. Pastu, aku tgk, dia tebalikkan kerusi tu. Means, dah jd seolah2 meja kecik.. Aku tgk, dia letak pencil ngan buku dia. Mula, dia cuba mewarna ,bertahan utk 5 minit jer, pastu berenti..maybe disebabkan kedudukan dia lebih rendah dari 'meja' tu buat dia lenguh. Tetiba, dia bgn n masuk bilik dia.. Dlm 2 minit camtu, dia keluar dari bilik, sambil pegang bekas lego (mcm baldi kecik). Dia tebalikkan n duduk atas tu.. Jd kerusi plak utk dia. So, dah complete la 'set meja tulis' ank aku.. Kagum gak aku seketika ngan akai yg ditunjukkan... Aku biar je la, janji dia selesa kan.. Suruh tulis kat meja mkn, tak nk.. Huhuhu..

Sibuk mewarna...

Bergaya ngan 'meja + kerusi' tulis barunya...

Moral : Aku nk kena g bli gak meja ABC kat ank aku, dah try cari sehari selepas kejadian, tp tak jumpa yg berkenan.. Nanti kita cari lg yer syg....

Wednesday, January 18, 2012

MaSaLaH RamBuT

Aku nk tanya, korang penah hadapi masalah rambut gugur tak?? Aku rasa, sejak 2 bulan nie, rambut aku, mcm tergugur terlalu byk jer. Tak sampai sejam, penuh dah rambut atas karpet putih aku.. Ishh.. Mcm mana nk buat aar?? Kot2 terjadi lg nanti. Skrg nie, solution aku adalah "POTONG RAMBUT BIAR PENDEK" Kurang sikit gugurnya. Aku dah try tukar shampoo, tp tak ok gak. Agak2 korang, ada apa2 petua tak utk atasi masalah nih?? Syer la ngan aku....

Rambut yang segan nk lekat kat kepala aku..

Tuesday, January 17, 2012

FirsT HoMe WoRk..

Cerita nie, backstory sikit. Sbb aku bz sejak akhir-akhir nie, so, skrg baru sempat nk bercerita. Masuk hari ke 3 ank aku sekolah, blk petang, elok jer naik kerete dia dah ckp 
       Illa : Mama.. Mama.. Cikgu bagi illa keje sekolah..
    Mama : Ye ker.. Awal2 dah dpt keje sekolah.. Bagus2.. Blk satgi buat..
       Ila : Ok... (muka memang semangat giler la kan)

Pastu, balik rumah, dia dh nk start buat keje sekolah. Aku just ckp kat dia, suh g mandi dulu. Mlm kang buat keje sekolah lepas mkn malam. So, tepat kul 9 mlm, dia dah bok keluar beg sekolah + buku2 + alat tulis.
      Illa : Mama, ini buku. Cikgu suruh buat kat rumah
  Mama : Ha.. Ok.. Buat kat depan tv. Mama tgkkan. Mana tak tau, nanti mama tolong tunjuk
    (Aku tgk, cikgu dia bg 2 keje sekolah.Suh tulis huruf a ngan b kecik)


Selang 30minit....
     Illa : Mama, siap dah.. 
   Mama : Mana siap lg, tu huruf b belum tulis. Tulis cepat.. satgi nk lena dah
    Illa : Alaa.. salah plak... (sambil garu2 pala)
   Mama : Dah salah, PADAAAAM laa... (aku terasa mcm nk hilang sabar lak, sbb tgk dia dok main2 conteng2 kat buku)
    Illa : Mama.. Salah lagi....
           Mama.. Salah lak....
           Mama.. illa silap lagi....
Dah masuk kali ke 3, salah, aku pun g tgk la apa yg dia tulis. Rupanya, bukan jd huruf b, dah jd huruf q dah.. Pastu, ada hat tak serupa huruf pun ada..
     Mama : Illa, bukan b la tu, itu q, tulis balik.. Ini mama ajaq... (sambil ajaq dia tulis)
     Illa : Ha.. ok.. Pandai mama tulis.. (sambil tgk aku tulis kat buku dia)
    Mama : Haih.. illa tulis la semua, takkan mama nk buat keje sekolah illa plak. Amik pencil nih, tulis mcm mama ajaq td...
     Illa : Mama, Illa baru ingat, cikgu kata, tak da keje sekolah
   Mama : Ha. jgn nk bohong, nie terbentang cikgu tulis "KEJE RUMAH".. Maksunya, kena buat kat rumah la.. Td mama tanya, ila kata ada keja sekolah, ini kata tak dak plak.Dah pandai kelentong aar.. Sekali lg tipu mama, siap illa. Jgn nk ngada2 tak mo buat. Tak buat, jgn tdo ngan mama...
    Illa : Malas la mama..
Dengar je ayat tu, aku dah jd singa betina dah.. Pok.. pek.. pok pek.. Tp ank aku buat dek je.. Sampai la satu ayat yg aku bg, buatkkan dia nangis.. Nk tahu ayat ape?? "tak mau buat keja sekolah, g tdo bilik sendiri"... Dgn ayat tu, terus dia nangis.. Apa lg, dah nangis sbb tak sakit, memang kena la sebijik nga aku.. Pantang aku, kalo dia nangis sbb tak sakit. Lepas dok bertekak segala dlm sejam lebih, last2, aku buat tak tau ja kat ank aku. Pandai plak dia berenti nangis. Agaknya, dia takut kena tdo bilik sendiri, tu yg dia g buat keje sekolah sampai siap. 


Bila aku check, elok plak dia tulis huruf b. Boleh je tulis, cuma MALAS... Sabar je la aku ngan ank aku nih.. Setel semua, ank aku bleh ckp apa "mama, illa tulis semua dah keje sekolah, illa nk tdo ngan mama".  Pastu terus kemas2 beg dia, n masuk tdo. Aku lak, mcm tercengang2.. Tak tahu nk respond mcm mana.. Ishh.. ishh... Ini baru keje sekolah tadika, kalau keje sekolah rendah, mesti aku kena pegang rotan, baru dia buat keje sekolah.. Sabar je laa..

Monday, January 16, 2012

BoWLiNg dan BowLinG..

Kelmarin, company aku ada buat tournament.. Bowling tournament kat Monterez S.alam.. Seingat aku, tiap2 tahun ada tournament nie, tp, tahun nie jer aku rasa aku nk g join. Sbbnya, aku bleh tumpang epa g s.alam nuuun.. Thanks epa n aril, sbb bg tumpang..

Ok, berbalik cerita pasal bowling nie, semua group dah decide siap2 oleh pihak penganjur. Kira ok la. Mula2 cuak gak bila tgk ahli2 group aku. Semuannya terdiri dari boss2.. Aku ada terasa perasaan segan. Segan nyer, bukan sebab aku tak biasa ngan diorg, tp segan sbb aku tak tahu apa akan jd bila aku pegang bola bowling nanti. Maklum la, dah dekat 2 tahun lebih aku tak main bowling. Sejak2 bergelar isteri org nie, memang tak penah la aku g main... Sbb tak terasa pun nk g main. So, ahad lepas, julung2 kalinya aku main...

Faktor2 utama aku join, sbb aku nk jumpa opis mate aku. Dah lama giler aku tak jumpa diorg. So, aku bawak la ank aku sekali. Hehehee... So far, semua ok la. Time aku main pun, ank aku asyik ikut mekpa. (mekpa tak main, sbb ngandung). Kiranya, epa aku bagi tugas khas jd babysiter la.. Traninng.. Syok giler ank aku. Auntie2 bg kopok la, coklat la, air la.. Bleh jer dia dok lepak sambil tgk aku main. Sedar tak sedar, 4 game kitorg dah main. Skill aku?? Boleh la.. Sekali sekala tersasar gak masuk longkang.. Yang paling nyata, game yg ke 4 la. Dah penat kan.. Dah terasa bola bowling tu berat. 3 game mula2, aku guna bola 11kg.. Masuk game ke 4, dah guna bola 8kg.. Tak larat dah nk angkat bola berat2.. Huhuhuhu...

Team member aku lak, relex jer pakat2 dok baling bola tu. Teror2.. Aku jer yg tak terror. Maaf la yer.. Kalau aku tak da dlm group tu, musti korang menang kan.. Apa2, sepanjang game tu, memang enjoy la. Tambah2, lane sblm kitorg tu, geng2 aku gak. Pastu, lane diorg memang tak betul aka gila... Asal bola masuk longkang, dikira strike. Ada ke patut.. Memang tak adil kan. Riuh rendah la, pakat2 dok bersorak.. Game tamat dlm jul 5 lebih. Pastu penyampaian hadiah.. Tekejut gak aku, group aku dpt no 4.. Ank aku siap dok puji2 ckp "group mama menang, yeaaa.'... 

Lepas game, semua peserta n family ramai2 gerak ke kedai mkn. Mkn steamboat.. Kat Ole-ole apa tah, tak ingat aku.. Memang best la, makan mewah. Pas mkn, kami gerak blk ke KL blk. SIb bek menumpang kan, tak de la penat sgt.. Aku sampai rumah kul 10 mlm. Memang penat giler.. Maklumla, pernjalan jauh.. Pastu, main sampai 4 game.. Memang badan tekejut la.. Resultnyer, bgn pagi hari nie, badan sengal2. Sakit sana sini. Huhuhhuuu... Apapun, memang enjoy la.. Thanks to pihak penganjur.. So, kat bawah, ini je pic yg sempat aku amik..Itu pun, pic ank aku... hehehehe...

Hadiah tempat ke 4



Wednesday, January 11, 2012

PerKemBaNgaN iLLa

Hari nie, illa pakai baju sukan kat sekolah. Kiranya, masuk mggu ke 2 la kan, dia g sekolah. So far, ok je ank aku g sekolah. Tak buat perangai. Bgn pg pun, just aku panggil sekali jer, terus bangun. 




Perkembangan illa sebelum g sekolah..
  1) Bgn pg dah pandai kemas tempat tido sendiri
  2) Dah pandai mandi sendiri
  3) Baju kotor semuanya dia akan kutip n letak dlm bakul baju utk dibasuh
  4) Lepas mandi, towel akan disidai di ampaian.
  5) Smlm mkn n lepas mkn, kena basuh tgn
  6) Sblm mkn n lepas mkn dah pandai baca doa.
  7) Lepas mkn dah pandai letak pinggan dlm sink
  8) Time aku nk sidai baju, dia dah reti tolong sidai baju sekali (walau kdg2 senget benget)
  9) Skrg nie, dah pandai buka lampu n tutup lampu sendiri (walaupun kena panjat kerusi, tp bijak gak la dia guna akai sendiri kan..)
10) Dah pandai menulis sikit2 n dah pandai mewarna..


Blk sekolah kelmarin, ada perbualan antara aku n illa utk aku kongsi kat sini
       Aku : Illa, hari nie, cikgu ajar apa kat sekolah??
       Illa : Cikgu ajar nyanyi2.. pastu, cikgu bagi buku, tulis huruf a kecik..
      Aku : OO.. dah pandai ka illa tulis
      Illa : Cikgu yg tulis, cikgu ajar, illa tak tulis pun..
      Aku : La.. ingat illa tulis.. (sambil garu2 pala, nape cikgu tak bg dia tulis)
      Illa : Ye la, cikgu tulis kat buku ila, so, cantik la tulisan illa kan..
     Aku : Masalanya, bukan illa tulis, cikgu yg tlg tuliskan kat buku ila.. Tul tak..
     Illa : Ye la.. cikgu tulis, kira ila tulis la..
     Aku : Hisshh.. suka hati la. Mls mama nk berbalah ngan illa
    Illa : Ms nk gaduh ngan mama.. (sambil sengeh2 n masuk bilik men mainan)


    Selang 5 minit
      Illa : Mama, cikgu kata, illa kena dgr cakap mama n papa
      Aku : Aik.. kan selalu mama ckp, illa kena dgr cakap mama n papa kan.. tak sama ke??
      Illa : Tak sama la.. nie cikgu kata, kena dgr cakap mama n papa
     Aku : Yer la.. yer la.. betul la tu..
     Illa : OK.. (terus g main)


  Selang sejam
      Illa : Mama.. mama... cikgu kata, kena basuh tgn dulu, sblm n selepas mkn...
    Aku : Ha.. ye la.. kan mama dah ajar kan.. memang illa buat camtu kan..
     Illa : Tak la.. nie cikgu yg kata..
     Aku : Yer la.. yer la.. betul la ckp cikgu tu..


So, dari perbualan diatas, apa yg korang rasa???  Apa yg aku dpt tafsirkan skrg, bg ank aku, APA YANG CIKGU DIA CKP, SEMUA BETUL.  Huhuhu.. sian kat aku kan, penat aku dok ajar dia mcm2, alih2 cikgu dpt nama.. Hehehehee...

FaTeD To LoVe U


Sipnopsis

Mengisahkan seorang gadis yang nerd dan agak kuni, Chen Xin Yi, yang mahu membuktikan cintanya terhadap teman lelakinya. Bagi merialisasikan impiannya, dia dan bf menyertai percutian di dalam curise dan merancang utk menyerahkan mahkotanya kepada bfnya itu. Akan tetapi, semuan rancangannya tidak berjaya disebabkan oleh dia terpaksa mengambil ubat demam dan menyebabkan dia pening dan tersalah masuk ke bilik Ji Cun Xi's. Ji cun Xi's pula merupakan sorang usahawan terkenal dan menyertai percutian cruise kerana ingin melamar teman wanitannya Anna. Ketika Chen Xin Yi tersalah masuk ke biliknya,  Ji Cun Xi's pula sedang dlm keadaan mabuk akibat dipaksa minum sejenis ubat oleh teman perniagaannya. Menyangkakan Anna yang berada di biliknya, dia dan Cun Xi's tido bersama tanpa menyedari bahawa mereka telah tersalah pasangan. Selepas kejadian itu, masing2 mengambil keputusan utk mengangap bahawa kejadian itu adalah merupakan satu kemalangan. Akan tetapi, setelah sebulan berlalu, mereka terjumpa semula secara tidak sengaja. Dan pada masa yg sama, barulan Chen Xin Yi tahu bahawa dia mengandung dari hasil 'one night stand' bersama dgn Ji Cun Xi's. Bagi menyelamatkan bayi dlm kandungan, mereka dipaksa berkawin oleh nenek  Ji Cun Xi's . Bolehkan mereka bersama? Adakah apa yang terjadi adalah takdir jodoh mereka??

**Bg aku, cerita nie memang best.. 10/10... Ada time sedih sgt2 bila tgk cerita nie. Time kelakar, memang sampai aku dok gelak sorang2..Memang best la cerita nie. Ending pun ok. Watak jahat dlm cerita nie, agak menyakitkan hati.

Thursday, January 5, 2012

SeMuaNya PaNas... Cuaca PaNaS.. HaTi BerTamBah2 PaNaSS...

Hari nie, dah masuk hari ke 2, cuaca betul2 panas.. Sampaikan, kat tempat aku keje nih, memang rasa PANAAAAAAAAAAAAS sgt... Bahangg... Rasa mcm dok dlm sauna dah.. Even dok saja, tp berpeluh2... Tak payah nk susah2 g buat xcercie.. Sib bek la boss kami prihatin. Bli kipas kat kami.. Tp.. Still panas juga... Laptop pun panas even dah pasang cooler... Sampai nk meip pun, tak boleh letak tgn kat laptop.. Panaaaas...
Adusss.. Mcm mana nk bertahan nie.. Pastu, nk menambahkan kepanasan yang dah sedia panas nie, mcm2 problem plak hari nie... Memang dah rentung dah aku rasa... Wuaaa.. Tolong laa.. Rasa2 lepak kat balkoni lift lebih sejuk dari tempat kiorg duduk nih... Huhuhhhuuu...

PerSonaL TaSte


Sipnopsis.

Drama ini yang berdasarkan dari novel terkemuka bertajuk Personal Taste. Pelakonannya terdiri dari F4 Korea, Lee Min Ho (heron citer Boys Over Flowers), Sohn Hyung Seok dan penulisnya adalah Park Hye Kyung. (sumber dari tenet).


Ceritanya cukup menarik, Lee Min Ho berperan sebagai Jeon Jin Ho, seorang lelaki normal yang pura2 menjadi lelaki gay dan tinggal serumah dengan seorang gadis. Gadis itu pula sorang yang kelam kabut, tidak pengemas. Bebeza dgn Jeon Jin Ho,  sifatnya adalah pembersih dan pengemas (mcm ciri2 hero full house, bg sapa yg penah tgk la). Jeon Jin Ho juga amat perihatin akan perasaan seorang wanita. Mengapakan Jeon Jin Ho menyamar sebagai gay dan tinggal besama gadis itu?? Apakah motif sebenar beliau? Apakah reaksi gadis itu terhadap Jin Ho??

** Bg aku, best tgk cerita nie. Kiranya, aku tdo mlm pun, still termimpi2 cerita nie la. Ada lucu, kelakar, sakit hati.. Semua ada. Complete set. Watak jahat dia pun, memang menyakitkan hati. Aku bg 8/10 utk cerita nie...

Prosecutor Princess


Sipnopsis

Prosecutor Princess adalah drama korea berkisarkan action yang super romantis .. Drama Prosecutor Princess mengisahkan kisah kehidupan seorang pendakwaraya perempuan .. dan kisah cintanya dengan seorang peguam, namun cinta mereka terhalang kerana masalah kedua orang tua mereka dimasa lalu :| .  Pendakwaraya  perempuan ini bernama Ma Hye Ri, Ma Hye Ri adalah wanita yang mempunyai ingatan yang sangat kuat dan kemampuan fokus yang tinggi, sehingga dia dengan mudahnya lulus ujian menjadi seorang pendawaraya :) . Disamping itu, dia juga menyukai fashion dan boleh dikatakan dia adalah wanita yang shopaholic. Dia mengumpul barang-barang branded, dan setiap ada keluaran produk terbaru dia tidak manu ketinggalan untuk membelinya:mrgreen: . Dia juga tidak suka bekerja keras. Hobinya adalah bersuka-ria seperti : belanja, ke clubbing, aerobik, spa dan apapun yang berunsurkan keperempuanan .. :lol: . Maklumlah, dia merupakan ank tunggal seorang usahawan terkenal :mrgreen: .. Mamanya selalu memanjakannya sehingga sikapnya manja dan keras kepala. Tetapi nasibnya berubah ketika dia mulai bekerja di pejabat pendawaraya:) . Berjayakah dia menjadi seorang pendakwaraya? Bagaimana hubungan dia dan peguam tersebut??


** Bg aku cerita nie best. Walaupun ada cerita cinta 3 segi, tp jalan ceritanya tidak menyakitkan hati. Ada babak lucu... ada babak sedih.. Best la cerita nie.. Aku bg 7/10

Dr CaMp


Sipnopsis.


Kim Yeon Woo is an orthopedic doctor who takes up a new post at Taereung National Village, the training center for national Olympic athletes, after she is fired from her previous job. She becomes romantically involved with Park Ji Heon, a young judo athlete, and Lee Do Wook, the short-tempered, crippled director of the facility who is still haunted by the injury that had cut short his speed-skating career. This is further complicated by the presence of the swimming coach, Hee Young, who becomes her rival for the attentions of Do Wook.


** Ok gak la cerita nie. Tak best sgt bg aku, sbb jalan cerita agak slow. Tp sape2 yg minat sukan, boleh la tgk cerita nie. Aku tak minat sukan.. ;P

Wednesday, January 4, 2012

aLaM BaRu... GudLuCk iLLa

Hari nie, first day ank aku masuk tadika.. Tadika 5 tahun... So, memang awal la aku sampai opis hari nie. Sbbnya, tadika ank aku start 7.30.. So, aku pun, awal la g keje. Mls nk patah blk rumah dah.. Aku doakan ank aku, ok je kat tadika. Sbb dia dah biasa g Taska kan.. Tak de la aku risau sgt.. Sori yer illa, mama tak teman illa g Tadika. Pandai2 la illa nanti. Semua barang2 mama dah sediakan. Illa kan pandai..Sayang illa..

Ini pic illa yg sempat aku amik pg td...

Lepas hantar illa td, kul 7.30, kalau ikutkan congak2 time sampai opis, paling lewat pun, musti kul 8 aku sampai opis. Itu kalau drive biasa2 jer.. Tp.... NK tahu.. Aku sampai opis kul 8.15.. Semuannya gara2 jem.. Heran aku... Jem sepanjang MRR2.. Aku sempat lg kira bilangan xcident.. Dari selayang ke melawati, ada 5 kemalangan yg aku nampak hari nie.. Moto tergolek la (3 biji), kete langgar bontot ( 2bijik) ngan lori terbabas... Ishh.. Ishh... Aku mengucap pjg je td.. Doakan semoga penjalanan aku g keje selamat...  Apa2pun, harap2 blk satgi, tak de la jem kan.. Ponat mokcik kalau jem selalu... Manuaaal maaa..