Sumber dari pakcik google...
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
- Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen ( aku tak amik)
- Pengambilan alkohol yang berlebihan ( haraaaaaaaaaaaam)
- Pengambilan kokain ( apa tu??)
- Merokok ( giler ke??)
- Stres ( ini maybe la kot...)
- Gangguan autoimun ( apa tu??)
- Penyakit crohn ( apa tu??)
- Radiasi dan kemoterapi ( aku sihat je, mana ada lalui semua tu)
- Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun ( agak2 aar)
- Pengaliran semula hempedu ke dalam perut ( ini tak sure)
- Rembesan asid gastrik yang berlebihan ( maybe, sbb ada history)
- Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya ( maybe, sbb ada history)
- Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang. ( mintak simpang)
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
- Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
- Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
Tips Sepanjang Bulan Puasa
- Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
- Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
- Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
- Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
- Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
- Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
- Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
- Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
- Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
Fakta aku???
- Masalahnya, aku tak berpuasa pun...
- Pastu, yg dlm fakta2 utama tu, aku rasa, tak de pun sgt...
- Tp, ada la sejarah aku kena admit kat hospital, gara2 penyakit nie.. tp itu dulu kan.. skrg???
Apapun, kenapa la, aku terasa ENCIK GASTRIK tu ada dgn aku skrg?? Seharian dari opis lg.. Why.. Why... Abang... tolong sy..... Huhuhhu...
No comments:
Post a Comment
aPa KoraNg Rasa pasal n3 aku??