Thursday, May 22, 2014

FooD StamPinG a.k.a MengeCop MakaNaN ???

Nk tanya korang la kan.. zaman-zaman  kita dulu.. ada tak kita kena cop-cop tumbuhan mcm carrot, bawang dll kat atas kerta lukisan mcm video kat bawah ni?? Ada tak?? Kita buat masa umur berapa erk??


Seingat-ingat aku la kan.. Aku belajar buat menda alah ni.. masa umur dlm darjah 5… Time tu baru cikgu ajar guna watercolor. Sblm2 tu.. takat guna crayon ngan pensil color je.. Tul tak?? (ke aku sekolah aku je yg ajar lambat??)

So.. berbalik ke zaman sekarang. Ank aku.. memang aku dah biasakan guna watercolor ni kat rumah.. Tu pun masa dia umur 6 thn la.. Masa tu.. guna watercolor pun.. jenuh aku pot pet pot pet nk bg dia tak comotkan baju or kawasan sekitar tempat dia mewarna.. So far ok laa.. (maybe takut ngan mama kot)

Tp.. Dlm last week, ank kesayangan bawak blk kertas soalan periksa. Utk subject  Seni Visual. Semua ada 6 soalan. Kena pilih salah satu dan buat persiapan bahan2. Antara soalan2nya… Buat topi birthday dgn hiasan sendiri, lukis buah kegemaran dan tapal bahan2 sendiri seperti bijan, kerang dll, buat kertas pembalut dgn cara capan menggunakan tumbuhan seperti batang pisang or buahan… dan ada beberapa lg yg lain.. (tak ingat dah). Masa diberikan sejam utk buat jawapan yg di pilih.

Dlm byk2 soalan nie.. mula2 aku and encik asben pk, better bg ila buat topi birthday je.. leh tampal2 stiker je kan..Menjimatkan masa. Risiko untuk comot kertas lukisan + baju sekolah tu, tak de la sgt.. So… smlm nie.. start kul 9 mlm.. Aku, SIL dan encik asben dok mengajar la dia lipat2 buat topi birthday.. Bab menghias, no problem.. Tp.. bab nk melipat dan letak renda-renda + gam.. memang bermasalah.. berkali2 mengajar.. tp stil senget sana sini.. tertampal tempat lain.. huhuhu… Sampai la tok guru –tok guru pun dah start mengantuk dan putus asa (tak leh jd cikgu la kami)

So.. nk menyelamatkan keadaan SIL aku bg idea.. suruh buat cop2 je. Buat kertas pembalut. Time tu kul 11mlm dah.. Geledah la kami 2 beradik cari bahan-bahan dlm peti ais. Tgk menda apa yg ada… Sib baik watercolor pun ada kat rumah.. SO.. start la mengajar ila cara2 nk color bahan2 dan cop di kertas lukisan.. Ni antara bahan-bahan utk ila exam besok..


So far.. hasilnya agak cantik for first try… Ila excited gak buat menda alah ni. Sungguh dia berhati2 nk guna color semua.. Just comot sikit je kat tgn (maybe takut aku bebel kot, kalau buat kasar-kasar). Lepas setel mengajar cara semua.. ila masuk tido.. Tp… Aku still risau… Tak tahu mcm mana ila besok nk jawab soalan tu. Takut dia mencomotkan diri dan kertas jawapan je. Maklum la.. mama tak de (takut kat mama je ila ni, tu yg hati2 lebih sikit)..


Pg td, sebelum g sekolah.. aku dah pesan kat dia. Jaga bahan2 semua.. Jgn main bahan-bahan tu nanti rosa.. nanti tak de org nk sediakan yg baru utk dia.. Pastu… Hati2 gula color.. jgn sampai kena baju.. jgn sampai color tumpah kat kertas lukisan or kena buku.. nanti lipat tgnbaju kurung sebelum mewarna.. mcm2 lg la aku pesann… TAPI………. Nama pun budak-budak  kan.. Ni  la hasillnya bila blk dari sekolah td…. Kertas jawapan dia, aku tak tahu apa dah jd.. tak sabar nk tggu dia bawak blk hasil yg dia buat kat sekolah td..


** Ilmu cop mengecop nie, cikgu tak de lak ajar ila kat sekolah.. tetiba keluar soalan exam… camna tu??  Bukan setakat ilmu mengecop.. kat skolah tak de pun ajar guna watercolor… Ker diajar time ila tak g sekolah?? 


No comments:

Post a Comment

aPa KoraNg Rasa pasal n3 aku??