Monday, March 7, 2011

Perkahwinan bukan utk seronok-seronok ja tau...

Perkahwinan adalah ikatan suci antara lelaki dan wanita selari dengan kejadian manusia berpasangan. Perkahwinan juga sunnah Rasulullah SAW yang patut dituruti setiap umat yang berkemampuan. Oleh itu, jgn sia-siakan perkahwinan yg kita bina.

Cuma apa yg aku perhatikan, skrg nie, perkahwinan nie, dah mcm satu trend. Asal kawin, kena buat kenduri besar-besaran. Contohnya, artis2 kita la. Buat kenduri besar-besaran. Majlis sana sini. Heboh satu dunia. Pastu, bila perkahwinan hancur, heboh satu dunia gak. Kutuk sana.. Kutu sini.. Apa nk jadi.. Jgn main2kan isu perkahwinan nie. Bukan perkara main2. Mcm selalu aku ckp kat member2 aku.. KAWIN NIE BUKAN UNTUK SUKA-SUKA JA..  So.. tak mo berckp byk.. renungkan kata-kata kat bawah nih.. Aku dpt dari en.google untuk bacaan semua..


Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung²kan lah

Untuk suami..... renungkanlah.....

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

Untuk isteri.... renungkanlah.....

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah pe non ton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Terimalah seadanya. 
-The End-

Faham??? kalo ko korang tak paham gak, sila la hantuk kepala kat diding..

....
..
.


Welcome to alam perkahwinan buat saudara/sahabat/frenz
Mahani & Rajib

Semoga perkahwinan kalian berdua berkekalan ke akhir zaman..

To all my friend, yg mana dah kawin n belum kawin, renung-renungkan kata-kata di atas. Semoga perkahwinan korang mendapat restu dan hidayah dariNya..

Amin......

1 comment:

  1. i'm lovin the story yg ko dpt dr pakcik google tu...kdg2 terfikir ada msnya mmg indah perkahwinan ni n ada kalanya sgt2 la x suka...tp alhamdullilah aku bersyukur gile ngan kurniaan DariNYA...semoga jodoh aku panjang n berkekalan selamanya tp gangguan pihak ketiga hehee...

    i love my soulmate :)

    ReplyDelete

aPa KoraNg Rasa pasal n3 aku??