Permulaan cuti-cuti tahun ini.
Yang tak best, tanpa encik asben la kan. Yang best lak, dpt jumpa kawan2 yang
dah lama aku tak jumpa. Nk tahu aku pegi becuti kat mana???? GOLD COAST…. Jauh taaaak???…
…………………………………………………………….
................................................................................
……………………………………..
………………………………
……………………….
…………………..
……………..
………..
……
….
..
.
tungguu. Tunggu… tak habis ckp
g.. Aku pegi GOLD COAST MORIB laa.. Tak mampu lg nk pegi Gold Coast yang ada
kangaroo tu… Kat sini, monyet byk laaa.. Kali nie, aku pegi tumpang mek pa..
(thanks mekpa, tumpangkan aku 2 beranak).. Booking bilik memang dari tahun
lepas lagi dah buat. Kali ni, aku pegi dgn geng2 opis. Buat family trip sendiri2. Nk tggu opis buat, lambat sgt…
Sampai di morib, dlm kul 12 tgh
hari. Bila dah semua sampai (4 bilik je semua), check in terus. Boleh check in,
tp tak leh masuk bilik lagi sampai kul 2 ptg. Pastu, disebabkan masing2 dah
lapar dan time pun masih awal utk ke bilik, kami amik keputusan pegi makan dulu
kat kawasan pantai morib.. Lepas makan-makan kat situ sampai kenyang, lepak2 kejab... then balik ke resort blk utk masuk bilik. Bilik
aku share ngan ida. Utk ank aku, dah siap bawak toto semua. Tp yg tak best,
bilik aku mengadap parking lot. Nampak hutan2 je la. Check bilik semua, memang
ada jakuzi seperti yang di iklankan. Rest jab kat situ.. Solat semua siap2..
Ank aku plak, dok resah gelisah dah. Maklum la, dah nampak water park td.
Tergedik2 nk g main air..
** Masa check in, akan terima kunci
bilik dan sekali tag utk team park. So, nanti pakai la tag tu sampai la check
out nanti. Jgn buang plak, kang tak pasal2 kena bli tag baru..
** Masa check in nie, sila la tanya
apa no reception kalau call dari bilik. Incase jakuzi problem ke.. bilik tak
ok ker.. sbbnye…. Tak dak guide langsung utk call ke reception kat dlm bilik. Aku terpaksa
call nombor resort utk complain itu dan ini.. Rugi kredit mokcik..
Untuk pakage yg aku amik nie
(share ngan ida), aku terpaksa bli tiket team park asing utk ila. Kosnye RM20
utk 2 hari. So, tak pe la kan… Lepas setel tag utk ila, time utk mandi… Bila
masuk team park, agak kecewa sbb byk permainan ditutup. Besok baru buka. Huhuh..
So, berendam2 je la kat kolam2 yang ada. Time nie, tak ramai lg org. Ok la
kan.. Air pun tak de la bau klorin…
Layan je pic2 yang sempat di snap oleh camera epa. Aku memang tak bawak
turun hp apatah lagi bawak kamera, so, harapkan pic dari epa je la nk tepek kat sini..
** Team park bukak kul 8 pg – 7 ptg.. Gelongsor yang paling tinggi hanya boleh naik kalau pakai swimming suit sahaja.
Lepas naik tukar baju semua.. rest kejab, aku ngan epa sefamily keluar bersantai2 di tepi pantai.. Pantai dia, tak sesuai utk mandi manda. Dgr2 cerita, area2 tu ada kandang BA**. Air kandang tu disalurkan ke pantai situ.. huhuhhuh.. hampes je kan.. So, jalan2 amik gambar la sementara nk tggu makan malam.. Layan lg pic yg ada…
Lepas jalan2 naik bilik semula.
Pas magrib baru trn makan. Makan nie plak, buffer dinner. Termasuk sekali dlm
pakage, sekali lg, ila nk kena bli kupon asing utk dia. Ingat lepas (free),
budak2 je kan.. bukan besar mana pun. Sekali time nk masuk, diorg suruh bayar…
Nk tahu bape??? RM25 okey.. Hehehe.. disebabkan dlm mood bercuti, aku bayar je
la.. Kalo tak bayar, tak mkn lak ank aku… Makanan kat sini plak, byk gak la
choice n selalu di tukar. Tak de refill2 sgt.. Kalau habis, diorg bwk keluar
menu baru.. hehehehe… So, kalau nk makan semua, kena tggu la kot….
**dinasihatkan turun awal utk
dinner supaya tak payah nk bersesak2…
Lepas dineer semua.. Time utk
tido la kan. Aku ngan ida dah plan nk berjakuzi (gilir2 la kan). Ila memang aku tak bg dah la
main air. Demam dah tu. Siap telan panadol dah.. Bila dah start nk
berjakuzi, bermula episode nk complain. Mula2 dah isi air penuh. Amik masa dlm
30minit gak la.. Air dia memang slow.. Memang memerlukan kesabaran sikit kat
sini.. Pas on jakuzi, mula2 tu, ada bau yg kurang menyenangkan. Tp lelama ok
la. Aku siap letak showel jel byk2..
Sampai buih terkeluar2 dari jakuzi.. hahaha.. Aku berendam tak lama pun, dlm
15minit je.. Sbb aku dok dlm tu, bleh plak terlelap2. Ngantuk weh… So, baik aku
pegi tdo je kan.. Bila nk bawak keluar air dari jakuzi, tempat pusing tu, dah
rosak rupanya. Tak da la aku check sblm nie. Masalah betul, dgn reception tak
dpt nk call dari bilik, terpaksa la aku call resort guna hp and complain. So
far, ok la, maintianace nye org sampai dlm masa 10 minit.. Not bad for
service.. Pas setel semua, time ida plak
berjakuzi. Time tu, aku dah selamat tido dgn nyenyaknye.. hehehehe..