Tuesday, February 21, 2012

BaCaaN DuLu-DuLu

Weekend lepas, aku terasa amatlah bosan sgt2.. Nk keluar, ongkos agak berkurangan. So, lepak2 je la kat umah. Pastu, tetiba teringatkan zaman kanak-kanak aku dulu.. Korang masa kanak2 dulu, suka membaca tak?? Ker suka bermain dengan kawan2? Aku dulu, masa kanak2, memang didik dengan 'berkawan dengan buku'. Maklumla, anak tunggal kan.. Mana ada adk beradik utk diajak bermain. Kalau parent aku bli mainan pun, cepat je aku bosan, sbb main sorang2. Nk keluar main dgn kawan2, kena tgk keadaan jugak. Kadang2 parent aku bg, kadang2 tak.. So, nasib baik la aku nie minat membaca. Bleh dikatakan, hobi aku kumpul buku cerita. Kiranya, penuh la almari rumah aku dulu ngan buku2 cerita. Asal blk dari tuisyen je, musti aku ajak ayah aku singgah kedai buku. Apa lg, mengepau ayah aku la. Plg2 kurang, musti aku sebat dlm 5 buah buku citer... Ala. buku dulu2 kan, murah2 je. Baru RM2.50 sebijik. Ayah aku plak, bab2 bli buku, dia tak kesah sgt. Jgn mintak nk bli mainan dah la. Buku always YES...

So, kehidupan harian aku, pegi sekolah cam biasa.. Kalau ada aktiviti ptg kat sekolah, kira tak bosan la aku hari tu.. Kalau tak da aktiviti, tak de la bosan sgt. Sbb 'kawan2' aku byk kat umah. Penuh satu almari.. Tp sayang.. Aku ingat, 'kawan2' aku tu, akan berkekalan. Bleh la aku tunjuk kat ank2 aku nanti. Tp.... Sayang sgt2... Rupanya, ada makluk dah mkn kawan2 aku.. Semuannya dah rosak.. Huhuhhhu...Sedey tau.. So, dlm dok ingat2 kembali zaman dulu, aku try la jugak, nk kumpulkan blk buku2 aku dulu.. Bli blk.. Rasanya, tak mahal pun. Tp, aku tak jumpe plak. Yg dpt dikumpulkan pun, hanyalah Komik Doraemon ngan Sin Chan. Lain2, tak de..

Antara koleksi2 aku dulu adalah Siri Anak-anak Hadi, Siri Salmah, 7 Penyiasat, 5 sekawan, 4 Saudara, Anak Kembar Encik Harun, *** Sekolah Seri Melur , *** Sekolah Tengku Asyikin, Captain Subasa, Doraemon, Sin Chan. Majalah - Ujang, Gelagat, Gila2, Anak-anak Sidik, Kawan, Kuntum, Mickey Mouse Club. Dan ada lg la.. aku da tak ingat.. Yg peferot jer aku ingat.. So, aku tak de la rasa bosan sgt kan.. Semua koleksi yg aku ada, adalah koleksi complete set. Kiranya, dlm satu2 siri tu, ada la 10-20 buku.. Hehehe... Bleh jd mini library dah kat umah aku.. So, bila ingat2 blk, sedih.. rindu semua ada pada 'kawan2' aku tu. Memandagkan zaman dah moden, aku pun search2 la kat tenet. Memandangkan aku skrg nie dah dewasa a.k.a jd mak org, takkan nk baca buku2 cerita gitu lg kan. Tp, aku berniat gak nk bli kat ank aku nanti.. Tungguuu.... So, aku cari je movie.. Kot2 ada diorg adaptasi jd movie/siri. So, hasilnya, setakat nie, aku dah jumpa 2 cerita..

1) Captain Tsubasa..

     Penah baca komik nie dulu?? Kalau rindu lg ngan cerita nie, bleh la layan   
    kat Youttube. Ada je cerita nie. Subtitle BI. Ok laa.. Tp, bg aku, tak berapa    
    nk puas sgt. Baca komik lg best...

2) Siri 5 Sekawan

Buku nie plak, penah baca tak??? Cerita nie, asal dari US rasanya. So, ada la  siri omputih adaptasi dari cerita2 nie. Ini  pun bleh layan kat Youtube. Semua siri ada. Mcm komik td, aku lebih puas baca buku cerita. Tp, layan je siri tu utk lepaskan rindu...


Setakat nie, 2 cerita tu je yg aku jumpa. Kalau sin chan ngan doraemon tu, korang cari la sendiri erk.. Bersepah aku rasa kat youtube tu. Hehehehhee...

No comments:

Post a Comment

aPa KoraNg Rasa pasal n3 aku??