Aku dilahirkan pada 22/6/.. Tahun dirasiakan. Dilahirkan di Hospital Besar Melaka. Genap usia 3 hari, aku diserahkan kepada keluarga angkat. Atas sebab apa, aku pun tak tahu. Tp, aku bersyukur sgt, aku berada dlm keluarga yang amat menyayangi aku. Ayah dan mak, aku dah anggap seperti darah daging aku sendiri. Aku juga ditatang bagai minyak yang penuh. Masih aku ingat, kemana sahaja aku pergi, mesti mereka akan menemani.. Ke sekolah akan di hantar dan diambil oleh ayah aku. Tak kira la, baper kali aku nk ulang-alik ke sekolah, tak penah ayah aku biarkan aku pegi sendiri. Nk tumpang kawan2 pun, parent aku tak bagi. Kalau aku nk g bli barang, diorg ikut juga. Tak kisah la, aku nk bli coklat ka, pemadam ka, pensil ka, mesti akan ditemani mereka. Tgk.. bertapa mereka menyanyi aku.. Aku tak penah kesorangan...
Mak n Ayah aku.. Teman aku yang pling setia, hingga ke ahkir hayat mereka.. |
Masa aku kecik. Still tak sorang2. Musti ada kawannyer dgn aku.. |
Pada usia 18 tahun, lepas SPM, aku dpt tawaran belajar di merata2 kolej. Memandangkan mak aku tak berapa sihat, so, aku bersetuju saja utk belajar di sebuah kolej di perlis. Dengan kata lain, aku masih lagi stay dengan mereka. Hari2 ayah aku hantar dan amik aku dari kolej. Tak penah jemu2. Kemana sahaja, pasti akan ditemani mereka.. Aku tak penah keseorangan..
G jalan2 pun, berteman... Jgn harap la parent aku nk biar aku g mana2 sorang2.. Walaupun tempat tu, dah berpuluh2 kali aku g |
Pada usia 19 tahun, mak kembali ke rahmatullah. Aku jadi seperti hilang arah. Tp aku masih bernasib baik, ayah aku masih ada. Masih kuat. Selama 2 tahun aku di kolej, ayah la yg byk bersusah payah untuk aku. Hantar aku.. Amik aku.. Kalau aku ada study group pun, ayh aku sanggup tunggu aku di kolej. Bertapa besarnya pengorbanan ayah aku.. Selepas aku tamat di peringkat kolej, dah dpt diploma, ayah minta aku cari keje. Aku cari keje sana-sini. Sbb aku nk cari keja di area2 perlis je. Sbb aku tak nk berjauhan dengan ayah aku. Tp tak jumpa2. Dekat 1 tahun juga la, aku melepak di rumah. Time nie, tok sebelah ayah menemani kami dirumah. Tak da la aku kesunyian. Walaupun usia aku dah 19 tahun, dah ada lesen kereta, tp, kemana saja aku nk pegi, pasti perlu ditemani.. Kalau ayah aku tak teman, pasti tok aku akan teman. So, dgn kata lain, aku juga tak pernah keseorangan.
Pada usia aku 22 tahun, ayah dah kawin semula. Mak tiri aku, ok je sebenarnya. Tp, aku yang tersalah sangka. Mula berlaku pertengkaran pada hal yg remeh-temeh. Aku belum cukup matang utk memikirkan baik buruknya perkara itu ketika itu. Aku membawa diri. Aku lari ke rumah sepupu aku. Sepupu aku tempat aku mengadu. Aku tinggal dengan dia. Walaupun, aku tinggal dengan sepupu aku, tp aku tetap masih sama. Kemana sahaja, pasti aku akan ditemani. Even nk g isi minyak kereta, aku pasti berteman.. Aku tak penah pegi seorang diri..
Dlm kekalutan dgn mak tiri aku, aku dapat tawaran meneruskan pelajaran di KUKTEM. Time nie, aku berbelah bg. Sbb aku tak penah berjauhan dengan keluarga aku. Ayah pulak, menyokong aku sambung belajar. Dia yakin, aku mampu membawa diri aku. Di KUKTEM, aku juga tidak kesorangan. Aku dapat teman yang sekepala dengan aku. Kemana saja aku pergi, pasti kami pergi berdua. Makan.. Kelas.. Surau... Jumpa lecturer.. Pasti berdua.. So, aku masih tidak keseorangan.
Nie pic teman2 aku masa zaman u dulu. My bff ever... |
Lepas alam 'U', aku terus dalam kerja di iL. Hari mula je aku kesorangan. Siap tak mkn tgh hari, sbb tak nk keluar mkn sorang2. Maklumla, masih baru.. tak da geng lg.. Tp masuk hari ke-2, aku dah ada teman. Teman utk berborak.. teman utk mkn.. Begitulah hidup aku.. Sentiasa ada teman. Kema sahaja, pasti akan ditemani.. Aku takkan keluar kemana2 kalau aku sorang2. Kenapa tah aku jd begitu, aku pun tak pasti.. Mungkin sbb didikan yg aku dpt dari parent aku kot. "jgn keluar sorang2, bahaya"... Aku terbawa2 sampai ke saat ini.
Member opis yang penah rapat dgn aku dulu. Skrg nie, jauh, sbb dah lain2 projek.. |
Tamat zaman bujang, aku berkahwin dengan jejaka pilihan hati. Bermacam dugaan yang aku terima sebelum dpt berkahwin dengan nya. Tp, hasilnya, kami berbahagia sehingga ke saat ini. Bila dah berkahwin, sah2 la kan, aku ada teman. Teman plg kamcing.. Kemana saja, akan ditemani. Kadang2 en.asben aku bebel2 juga la, sampaikan nk g tanya di kaunter pertanyaa pun, dia kena teman aku. Padahal, tak sampai 10meter pun dari tempat dia berdiri. Tp nk buat mcm mana kan, aku tak biasa.. Pastu, penah juga en.asben bebel, aku tak keluar mkn tgh hari, sbb tak da kawan nk ajak g makan... Puas dia bebel.. Ayat yg selalu dia ckp "mcm mana la kalau sy tak da nanti, musti tak bergerak la cayang kan"... Aku masih lg ingat kata2 dia tu...
Dia sentiasa ada di sisi aku.. |
Kata2 dia menjadi kenyataan. Hingga ke saat ini, aku masih tidak mampu utk g sorang2. Tp kan abg.. Sy dah boleh g keje sorang2.. Drive sorang. Tu kira sorang2 jugak la kan.. Cuma, utk g bli barang, g umah kawan2.. Sy masih lagi tak boleh pergi sorang2.. Huhuhhu.. Sy perlukan abg jugak. Sy perlukan teman. Abg, cepat la balik. Sy sanggup tak bli barang.. tak makan pun tak pa...kalau tak da teman.. Sy sanggup abg.. Abg adalah teman terbaik bg sy.. I miss u abg.. Miss u so much..Sy janji dengan abg, sy akan berubah.. Tp bila abg disisi sy nanti, i will be back mcm sy yg dulu2.. K... Muaaahh..
No comments:
Post a Comment
aPa KoraNg Rasa pasal n3 aku??