Wednesday, February 9, 2011

Cuti CNY : Jumaat (4/02/2011)


Rentetan dari ketidakadaan tempat penginapan di PD, SIL tdo rumah aku mlm tu. Kononnya, besok pagi nk buat BBQ kat umah aku. Mlm tu jugak, kami kluar cari bahan2 utk BBQ besok.  Antara yg dibeli, daging kambing, daging lembu, hotdog dan juga ikan terubuk. Aku plan, nk peram siap2 bahan2 tu semua mlm ni, besok boleh bakar terus. Lepas siap semua bahan2, aku pun masuk tdo. En.Asben plak, mcm budak2 aku rasa, asyik ckp "nk mandi laut". Adess... Lebih dari ank aku rasa. Aku pujuk, ajak g hari lain. Kali nie, kalau nk g, booking siap2 bilik. Baru g PD. Tak leh pakai istilah GPRS dia tu, time peak hour nih.. Lepas ckp2 kejab, pastu semua terus terbongkang tdo. Maklum la, letih.. Bukan letih mandi laut, letih seharian dlm kereta..

Bangun keesokkan paginya, tetiba aku dpt idea, ajak adk aku tu, g picnik kat Ulum Yam. 30 minit jer dari rumah aku. N boleh buat BBQ kat sana. Lepas pack2 semua barang2 dlm keta, so, bertolak la ke Ulu Yam. Nasib kami baik hari nie, sbb dpt pilih port yg menarik utk pasang kemah. So, disinilah kami seharian menghabiskan hari cuti. Tgk je la pic kat bawah. Mls aku nk cerita pjg.

Tadaaa.. Ini la khemah kami.
Ok tak?? Cap GIANT.. Janji khemah kan.. n boleh buat tempat nk tukar baju nanti..  
So, ni la tempat aku suruh ank aku main2 bila yg dewasa sibuk dok bakar makanan. (mainan die, aku dah bawak siap2 dari rumah, takut boring je nanti or sibuk main menda yg bukan2)


Aktiviti bakar membakar. Watak utama En.Lelaki laaa...
Kaum wanita melepak je...

Dalam kul 2 ptg, dah berjaya siap semua bahan makanan.
So, bergambar dulu sebelum mkn... Menu simple, tp mengenyangkan tau..


Aktiviti mandi-mandi dimulakan lepas mkn tgh hari. Selalunya, aku pantang sikit, lepas mkn baru nk mandi.
Tp hari nie, hari cuti kan. So, amalan aku pun cuti la..


Adk + adk ipar aku.. Apa yg diborakkan pun tak tau la..


Anak aku yang kesejukkan. Takkan dok dalam air dah. Cejukkk katanya..

Dlm kul 5 ptg, kami kemas2 semua n bergerak blk. Itu pun, sbb hujan dah renyai2. kalau tak, sure tak blk lagi rasanya. Itu la aktiviti kami sekeluarga pada hari ke-2 cuti CNY 2011....


No comments:

Post a Comment

aPa KoraNg Rasa pasal n3 aku??