Perkenalan mu denganku hampir 2 tahun...
Namun itu hanyalah sekadar 'teman tapi mesra'
Aku tahu mengenai status mu...
Dan..
Aku juga tahu mengenai status ku..
Kamu sering mengadu hal padaku.. Aku juga sering menasihati mu..
Semakin hari, aku semakin dekat dengan mu..
Pada mulanya, aku dah setkan mind aku.. dah awal-awal lg aku dah pasang firewall dalam hati aku utk mu.. Namun.. akhirnya aku tewas dengan dengan dirimu..
Terlalu banyak persamaan diantara kita berdua..
Tahun 2009, menjadi saksi, yang firewall pada hati aku akhirnya tewas dengan virus yang disebarkan oleh mu...
Aku telah berubah pandangan terhadap mu..
Perasaan sayang dan kasih masih terbuku dihati ini..
Masalah mu dengan si dia, semakin krikal..
Aku masih waras untuk membezakan baik buruknya..
Aku sering menasihati mu utk menyelamatkan keadaan antara kamu dan dia.. Namun disebaliknya, hanya Tuhan saja yang tahu...
Hari semakin bertambah dari hari ke hari, begitu juga hubungan kita..
Aku semakin akrab denganmu..
Tetapi masih kuat lagi firewall di hatiku untuk aku berterus terang padamu..
Namun..
Aku salah.. Hanya aku yang mampu membina firewall di hati.. Tp.. Kamu..
Rupanya dirimu juga seperti diriku.. Menyimpan rasa yg mendalam..
Bezanya, kamu berani berterus terang denganku...
Saat kamu berterus terang, hidup aku terhuyung hayang (
Harus ku terima atau ku biarkan saja...
Disaat aku memikir akan hubungan kita...
Hubungan kita juga semakin tersebar luas..
Sehingga sampai ke pengetahuan si dia..
Sidia telah menyebabkan hidupku semakin kacau bilau...
Aku pula dipersalahkan...
Mungkin juga salah ku...
Tapi..
Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang berlaku sebenarnya..
Semakin aku dihina.. Semakin aku dikeji disebabkan kamu..
Macam-macam keburukan tentang dirimu sampai ke telingaku..
Semua pihak cuba memisahkan kita... (
Tetapi aku tak amik peduli.. Kerana bagi aku, aku tahu akan kamu...
Keputusan mendadak aku, mengejutkan ramai pihak..
Malah terlalu ramai yang kecewa dengan sikapku yang mahu menerima dirimu...
Sampaikan aku kehilangan keluargaku semata-mata kerana kamu..
Sunggu berat dugaan hubungan antara kamu dan aku..
Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaanku hendak memilih antara mereka dan kamu..
Aku cuba memilih kedua-duanya, tetapi, pilihan ku itu memakan diri ku..
Aku akur..
Aku yakin akan kamu..
Akhirnya aku tetap memilih kamu...
Tetapi disebalik hatiku, aku tidak pernah membuang mereka..
Mereka tetap berada dihatiku..
Cuma aku yang tidak diterima mereka kerana dirimu...
Lebih baik begitu dari aku kehilangan kamu...
Saat ini, aku berasa bersyukur kerana memilihmu..
Keputusan aku tidak silap..
Malah aku berbahagia dengan dirimu..
Keadaan juga, kembali normal..
Tiada lagi cemuhan-cemuhan seperti dulu..
Aku dah mampu untuk bergaul mesra seperti dulu..
Tetapi aku masih terkilan.. kerana..cuma mereka sahaja tidak kembali kepadaku..
Aku tidak boleh terlalu tamak untuk memilih mereka dan kamu..
Cukuplah hanya ada kamu dalam hidupku..
Sesungguhnya aku bersyukur memilih kamu..
Terima kasih kerana masih setia dengan diriku..
Aku harap kasih sayang kamu terhadapku adalah untuk sepanjang hayatku....
AKU SAYANG + CINTA + KASIH PADAMU...
No comments:
Post a Comment
aPa KoraNg Rasa pasal n3 aku??