Monday, October 21, 2013

ICT 2013

Lepas blk dari Sabah (khamis sampai), niat di hati, kami sefamily nk long rest hari Sabtu tu n hari Ahad nk ke rumah SIL hantar ole2 dari Sabah. Tp.. tu la. Kita hanya mampu merancang…

Cerita dari ptg jumaat lg.. Aku asyik gatal2 kaki je. Aku cerita kat encik asben.. kaki kanan aku dah gatal2.. mesti nk pegi jalan2 lagi nie.. Tp dia marahkan aku.. Ye la. Kalau ikut logik pun, baru sehari kan blk dari Sabah.. takkan nk g bercuti lg.. Aku diamkan je la.. Tp.. still lagi dok bercerita yang opismate aku nk ke Tambun Sabtu tu.. Apapun.. aku hanya mampu bercerita (niat di hat ink ajak encik asben join diorg, tp takut nk bersuara).

So, as usual, bangun pagi Sabtu.. siap2 n keluar breakfast dulu (mamak laaa). Then plan nk bli barang rumah pastu blk kemas2 rumah n rest. Otw blk dari mamak.. encik boss call encik asben.. Dia ajak bawak dia g S.Alam. Ank dia nk g ICT. Pastu, yg bestnye.. dia ckp “bawak la ank bini hang sekali”… Wah...… menarik2.. Tp.. memandangkan ptg baru nk g S.alam, aku ajak encik asben ke rumah mybff dulu.. Kat wangsamaju je pun.. Hantar ole2. Ila bukan main suka lg, sbb memang dah lama tak g rumah auntie pia nie.. Lepak2 kejab je situ, then terus g amik encik boss sefamily..

Tunggu encik boss kat lobby rumah dia..

Plan asal, encik boss je bawak wife n ank dia je. So, better naik kereta aku je la kan. Tp.. last minit, tukar plan lg. Bibik2 encik boss nk ikut gak. Last2, encik boss bawak kereta dia sendiri.. Kami plak yg jadi penumpang. Apapun.. terima kasih la encik boss, sbb sudi ajak kami.. Kalau kami je, memang tak pegi la ICT tu.. (dekat sgt kata encik asben). So… layan je la pic2 yg sempat snap…
  


Beratur sblm main mainan..

Family encik boss.. Kiri n kanan adalah bibik2nyee..

Mama terpaksa main jugak!!!




Ank encik boss ngan ila..





 Lawa plak pic yg ila snap ni.. hehehe..

Cekak lampu2..





** thanks encik boss sbb full sponser kami sekeluarga..

** Kalau nk pegi ICT, siap duit byk2... RM5/ride. Kalau nk teman ank, still kena bayar jugak tau... 

** Bg aku,  kalau nk main2 mainan semua, better pegi Theampark terus. Value for money..

Friday, October 11, 2013

SaBah Trip - OveRaLL BudGet..

Atas permintaan kawan-kawan, aku buat sikit tentatif dan budget cuti-cuti kami di Sabah. Budget nie, tak masuk budget shopping dan makan tau. Sbb kami ‘makan byk sgt’.. malu nk cerita kat sini.. hahahhaaha..

DATES
DETAIL
HOTEL/FLIGHT
28/9/2013
(Sabtu)
Kota Kinabalu
- Tgh hari : Sampai rumah Sam
Petang  : Jalan-jalan kk
- Malam : Cari souvenir di sekitar Pasar Filipina & Pasar Malam.                   Seafood di KK.
Flight
9:30 AM – KL
12:05 PM – KK

Fee
RM460
(luggage+meal+seat)

Penginapan / Transport
Encik Boss


29/9/2013
(Ahad)
- Melawat  ‘tip of boneo’
- Bergerak ke pekan kudat
  - Mkn tgh hari
- Petang : Drive ke KK
- Makan malam: Seafood.
30/9/2013
(Isnin)
- Pagi :  
- Mulakan perjalanan ke  Kundasang.
   - Singgah di
       - Tamparuli
       - Rumah terbalik Tamparuli.
      - Jambatan Gantung Tamparuli.

- Tgh hari : Check in hotel + short rest
- Melawat
   - Desa Cattle Farm
    - Kundasang / Ranau (From Tamparuli around 2 Hours)
    - Kinabalu National Park.
    - Hot Poring.

Hotel
Kinabalu Pines Resort
RM240 smlm –sarapan dan mkn mlm.

RumahTerbalik
Fee Adult : RM10 x2

Desa Cattle Farm
Fee Adult : RM3 x 2
1/10/2013
(Selasa)
- Pagi – Checkout  Kinabalu Pines Resort
  -  Melawat
        -  Spa ikan (Kampung Luanti).
        -  Hot Poring.
- Petang  - Bertolak ke KK
- Mlm – Pisang Goreng Cheese di Anjung Senja
Spa Ikan
Fee Adult  : RM5 x 2
Fee Child : RM2 x 1
Mknan Ikan : RM0.90

Hot Poring
Fee Adult : RM3x2
Bilik mandi private : RM15/hour

Pisang Goreng Cheese
6ketul = RM6
2/10/2013
(Rabu)
- Pagi - Island excursion
     - Naik bot di belakang Pasar Philipina
     - Taman Tunku Abd Razak (2 pulau - Manukan, Manutik).
Malam
   - Seafood di di rumah (masak sendiri)
   - Pasar Mlm di Kg Air

Snokeling trip + tax pulau
Fee :  RM 268 (1 bot)
(6 dewasa + 3 kanak2)

3/10/2013 – Khamis
- Main opis encik asben
- Shopping di Pasar Ikan Masin
- Balik KL.
Flight
6.55 PM – KK
9:15 PM - KL

SaBaH TriP - Day 6 - Last Day

Hari nie merupakan hari terakhir kami kat Sabah. Percutian bakal berakhir. Walaupun agak sedih nk meninggalkan Sabah, tp.. kami sekeluarga cukup puas dgn percutian kami kali nie. Memang enjoy berada di Sabah.  Di hari teakhir nie, tak byk aktiviti yg kami lakukan. Pagi-pagi, Sam bawa kami ke opis di KK. Tujuan kami ke sana adalah utk buat web check in siap2 utk flight balik ke KL. Sekejab je lepak kat opis tu.. Lepas tu, kami bergerak ke Pasak Ikan Masin. Bli buah tangan sikit utk adk beradik semua. Aku rasa agak ralat juga la, sbb tak bleh nk shopping2 sgt.. Tight buget. So.. bli apa yg bekenan, terus blk rumah. 

Budak yg sun burn..

Sampai rumah, family Sam dah siapkan makan tgh hari..  Lepas lunch.. kami lepak2 bersama family Sam. Borak2 pjg.. Maklum la, entah bila lagi la kami dpt jumpa kan. Sambil borak, Sam tlg packingkan barang shopping td ke dalam kotak. Supaya mudah nk bawa naik filght kata nya. Dlm kul 3 camtu, kami minta diri nk merehatkan badan di bilik. Rest2 sambil pack2 baju2 semua. Ank kesayangan, memang tak rest langsung. Berlari sana sini main dgn ank Sam. Dlm kul 4.30ptg camtu, kami bertolak ke airport. Agak sedih juga time nk ucap selamat tinggal kat family Sam. Diorg memang baik betul. Aku tak penah lg jumpa family yg baru kita kenal terus mesra gitu. Mcm dah kenal lama je rasanya. (siap kutip basuh baju2 kotor kami tau.. diorg cuci tgn lagik). Aku berbesar hati kalau dpt jumpa diorg lg..

 Adila dan nurul (5 tahun)

Bergambar buat kali terakhir..

 Ni merupakan slip yang perlu diambik di imigration bila sampai di Sabah. Slip ni perlu disimpan ketika berada di Sabah. Bila nk blk semenangjung, perlu pulangkan slip ni di imigration. 


'Ini teddy sy':-adila

 'Sy dah mls nk jalan, papa tolak sy ye' :-adila

Secara kesimpulannya, memang best bercuti di Sabah ni. Kalau betul2 nk puas, atleast 2 weeks kena ada di Sabah. Baru boleh pusing satu Sabah. Bukan apa, dari satu destinasi ke destinasi yg lain tu jauh2. So.. kalau nk ke tempat jauh2 tu, better bermalam je di sana. Tak de la letih sangat kat.. Atas permintaan kawan-kawan n bleh dijadikan rujukan, aku post tentatif dan budget sepanjang kami di Sabah di next n3..

Thursday, October 10, 2013

SaBaH Trip Day 5 - ParT 2

Lepas 2 jam lepak2 di Pulau Mamutik, kami pun bergerak ke next pulau iaitu Pulau Manukan. Pulau Manukan nie, lebih besar dari Pulau Mamutik. Pantai dia lebih cantik. Kat tempat bot parking tu, dah boleh nampak ikan berenang-renang di dalam air. Geram je aku. Masa sampai kat Pulau Manukan, sblm masuk ke pulau, kena lalu satu kaunter tiket. Tiket tu, kalau dah bli di pulau2 lain, boleh tunjuk je tiket tu. Nanti diorg cop n tak perlu bayar lagi dah. Masa otw nk g cari port nk lepak, teruja gak aku tgk chalet yg ada kat sini. Ada gak la aku google.. tp.. tak mampu bg org mcm aku. Smlm dekat 500++.. Baik bleh guna duit utk menda lain kan (bg tak berduit mcm aku la).
Bergerak ke Pulau Manukan..


Sampai dah di Pulau Manukan

Lepas dpt port yg ok (tepi laut, bawah pokok), kami ank beranak meneruskan aktiviti snorkeling. Kat pulau ni, baru la nampak ikan berenang2 dlm air. Kat pulau mamutik td, aku nampak 5 ekor je ikan time snokeling. Kat sini, memang tak dan nk kira la ikan2 yang nampak. Best sgt2.. Bleh berenang2 ngan ikan. Tp aku ralat sikit, sbb tak dpt nk ajar ila snorkeling. Tak de equipment utk kanak2. Lain kali, aku kena bli sendiri equipment snorkeling utk ila. Baru bleh dia tgk ikan sesame ngan kami..


Tempat candlelight dinner


Kat sini, kami lepak dari kul 2.15ptg sampai 4.30ptg. Makan.. mandi manda.. snorkeling. Time nie family Sam join sekali mandi laut.  Memang hangus la kulit bila dah mandi laut tgh2 hari nie kan. Ketara sgt kulit burn. Tambah2 ank aku ila. Dgn pakai baju mandi.. bila bukak je baju mandi, dah nampak belang2.. Tp tak pe la.. Sekali sekala kan mandi laut. Berbaloi2 aku rasa mai Pulau Manukan nie..

Disebabkan terlalu leka main air (sekali ngan family Sam), kami tak sedar yg dah tak ramai org kat pulau tu. Sekali tgk jam, dah kul 4.45ptg. Dan serentak dgn itu, budak yg bawak bot kami tu, dah datang panggil kami. Rupanya, dah 15minit diorg tunggu kami kat jeti. Huhuhu… So.. memang kelam kabut la kami kemas2 barang kan.. N paling best, tak sempat pun nk tukar baju sblm blk. Pakai je baju mandian tu naik bot. 


Bila dekat2 nk sampai kat jeti di KK, aku dah sengeh2 kat encik asben. Rupanya jeti yg kami naik td.. pg td punya la lengang.. tp skrg.. GILER ramai org.. Pasar Philipina dah start. So.. aku dah garu2 muka pk camna nk lalu kat ‘pasar mlm’ nie. Dah la bawak barang picnic byk.. Ditambahkan lg dgn masing2 baju basah. Family Sam ok lg la.. Diorg pakai tshirt ngan track je mandi laut td.. family aku niee.. Aku dgn baju renang muslimah.. encik asben ngan tshirt + seluar tight, ila plak dgn bikini.. Gileeer ko.. Lalu celah2 org ramai tu, semua pakat2 dok usha.. Merah padam gak la muka aku.. Tp.. redah je la.. Nk buat camna.. Tak da jalan lain dah nk lalu…

Dlm malu2 aku tu pun.. sempat gak aku singgah bli seafood kat pasar mlm tu.. Sempat bli sayur.. kuih.. Hehehee.. Bedal aje.. Aku kan pelancong.. Hehehehe.. Sampai je kat kereta, baru la kami bleh bilas muka dgn air mineral. Itu pun, ada botol kecik je. Share2 ramai. Bukan apa, meleket2 dah rasa muka dan badan. Air laut kan..Naik je kereta (dgn baju basah), terus Sam tunjuk jalan shortcut utk blk rumah (kk pun bleh jem ptg hari). Otw nk blk rumah, nampak satu tempat pelancongan. Observation Tower. Kat tower tu, bleh nampak KK. Ingatkan Sam just nk cerita je, sekali dia berenti. Sekali lg merah padam muka aku.. Dgn berbaju mandian, singgah ambik gambar kat tempat tu. Pakat2 dok tgk ja kami.. Huhuhuuhuhu.. Pecah rekod aku pakai baju renang muslimah kat tgh2 town nie.. Korang penah buat???? So.. layan je la pic2 yang ada nie..  





Besar nanti, kena tunjuk blk pic nie.. musti malu.. hahahaha..

Wednesday, October 9, 2013

SaBah TriP Day 5 - ParT 1

Hari ni merupakan hari ke 5 kami di Sabah. Dah syukur Alhamdulillah, cuaca amat baik hari nie (sehari sblmnye, ribut petir di KK). Sesuai sgt2 utk aktiviti riadah di pantai kan.. Smlm sebelum tdo, kami satu rumah dah sepakat, nk g picnic di Pulau Mamutik dan Pulau Manukan. Chater 1 bot je senang. Dah alang2 ramai kan. 6 dewasa 3 kanak-kanak. So.. lepas siap2 mandi dan kemas baju2 yang nk di bawa picnic, baru kami dari bilik. N tekejut betul aku, family Sam dah siapkan makanan utk di bawa bekal. Ada bihun goreng.. sandwich… nasi berserta lauk.. keropok.. kira complete set la utk picnic nie.. (jam berapa diorg bgn pun tak sure la). Aku cam ‘MEM’  besar plak.. bgn je tdo.. semua dah siap sedia depan mata.. (poya tak aku?)

Punggah barang ke dlm kereta..

So.. dlm kul 10 pg, kami gerak g jeti. Kami tak naik di Jeselton Point, tp bot yg kami sewa tu, tunggu di jeti belakang Pasar Filipina. Siang hari ok la kawasan tu, lengang je..  sbb Pasar Filipina start dlm kul 5 ptg sampai ke mlm. Sempat la kitorg balik dari pulau nanti sblm Pasar Filipina tu bukak. Bila dah sampai di jeti, bot dah siap sedia menunggu. Sempat juga la bergambar sekeping 2. 

Family Sam (topi pink tu bukan ye)

Ala-ala pelancong tak??

 Ini la Sam (opismate encik asben)

 Tuuu bot kami nak naik satgi..

Dlm speedbot.. Bergambar dulu sblm bot gerak..

Ila memang excited betul. Tambah2 first time dia naik speed bot. Risau gak aku takut dia mabuk laut. Tp.. alhamdullilah.. Semuannya selamat. Pulau pertama yg kitorg plan nk pegi adalah Pulau Mamutik. Naik speedboat dlm 15minit kot, terus sampai ke pulau tersebut. Tp agak kecewa, sbb ada rumpai2 laut terapung di dalam air. Air laut memang jernih, tp mcm ada kotoran disebabkan rumpai2 tu.. Menurut pakcik bot, semalam (sehari sblm nie) ada ribut petir. Sbb tu pantai tak berapa cantik. Selalu cantik je.. (tah ye ke tak, tak tahu la.. terima je la). 

Tempat parking bot..

 Air jenih.. tp byk rumpai laut terapung.. huhuhu..

Nk masuk sini, kena bayar cukai apa tah. Lepas bayar, baru bleh pilih port utk picnic. Kami ank beranak laju je g tukar baju.. sbb tak sabar nk bersnokeling. Family sam just makan2 je, diorg nk mandi di Pulau Manukan. Pulau ni tak cantik.. (kata depa la). Bg kami ank beranak, cantik je air/pantai kat sini, compare ngan air/pantai kat PD (org PD jgn marah aar).  Memang melepak dalam air je kami ank beranak.. Kalau naik ke pantai pun, just utk mkn. Kami lepak di Pulau Mamutik tak lama. Just 2 jam je. Pastu bot datang amik utk ke Pulau Manukan plak.  

Pintu masuk ke Pulau Mamutik


Bekalan kami...

Budak yg tak tahu erti hangaaat!!!



To be continue cerita kat Pulau Manukan…

Tuesday, October 8, 2013

SabaH Trip Day 4

Bersambung lg untuk cerita Sabah Trip nie..


Sedar tak sedar, masuk hari nie merupakan hari ke 4 dah aku berada kat Sabah kan.. Cepatnya masa berlalu.. So.. sambung cerita lagi... Pg nie, bangun pagi dlm keadaan yg sejuk gedi. Rupanya hujan di Kundasang smlm. patut la sejuk betul smlm dan berkabus je pg nie.. 

Pengalaman bermalam di Kinabalu Pines nie, memang tak dpt nk dicari ganti. Bilik tanpa ekon.. tp sejuk mcm dlm peti ais.. (extrem tak ayat aku). Nk mandi pagi pun, pk byk2 kali.. Memandangkan hotel ada menyediakan sarapan pg (termasuk dgn harga bilik),  terpaksa la gagahkan diri mandi gak. Takkan nk g sarapan tanpa mandi kan.. Nasib baik disediakan water heater.. Tak de la kami kebekuan mandi dgn suhu air yg ala2 air dlm peti ais nie.. Tp.. ila relex je mandi air sejuk.. Kulit cap apa la ank aku yg sorang tu kan??

Lepas sarapan, blk semula ke bilik. Kemas siap2 barang2 utk check out. Next destination kami adalah utk ke Ranau.Lokasi tumpuan kami adalah nk g Poring dan Spa ikan.. Sblm checkout dari hotel, sempat gak la snap pic depan balkoni.. Tp syg.. Kabus masih tebal walaupun dah dekat kul 11pg. So, tak nampak pun puncak gunung kinabalu.. Huhuhhu... (time nampak, tak sibuk nk snap pic, padan muka aku)




 Kinabalu Pines Resort

Perjalanan ke Ranau tak mengambil masa yg agak lama. Dlm 2 jam dah bleh sampai ke Spa Ika a.k.a Tagal Fish Spa di Sungai Monoli, Kampung Luanti, Ranau. Jalan plak, seperti biasa berbukit2 la. Dan yg paling peting, kena tgk signboard betul2. Kang terlepas plak simpang masuk ke Fish Spa nie.. (kami terlepas, sbb tak nampak signboard)

Pintu gerbang utk masuk ke Fish Spa

Sampai sana, buat pembayaran tiket di kaunter dulu. Makanan utk diberi pada ikan, bleh bli siap2 kat kaunter. 30sen je satu.. Limit 3 pek je 1 family. Takut ikan kenyang sgt kot.. Pas setel urusan kat kaunter, kami bergerak ke sungai. Kalau ikutkan, satu sesi lawatan, 15minit je pun. Tp memandangkan tak ramai org, pakcik tu tak bg limit time pun kat kami. So.. bleh la dok lelama kat situ kan.. (dok tak sampai 30minit pun)

Tunjuk tiket dulu sblm masuk


First je aku nampak sungai.. aku terpegun seketika. Byk betul ikan kat dlm sungai tu. Besar2 gabok plak tu.. Aku dah teragak2 nk rendam kaki ke tak. Selalu buat spa ikan, ikannye kecik2 je. Ni tak.. ikan besar2 kemain. Kang habis plak kaki aku kena mkn.. Pk punya pk.. aku tak jd la nk berspa. Encik asben je yg try spa ikan tu. AKu ngan ila, dok tepi je. Tukang amik pic. hehehehe.. 

So.. layan je la ye pic2 yang ada nie.. Pic aku memang tak de la, sbb aku jd jurukameranya.. ;P 

Bagi mkn ikan dulu..

Reaksi encik asben bila mula masuk dlm sungai... (cool je)

Bg mkn ikan plak dari tapak tgn.. Kalau ikan pirana, habis la encik asben kan..

Budak takut ngan ikan, kena tangkap ngan papa.. 

Peluk tak hinggat, takut papa letak dlm air..


Lepas 30minit lepak2 tepi sungai, kami teruskan perjalanan ke kawasan air panas Poring plak. Tujuannye kami nie.. mesti la mandi air panas kan.. (kat kg sendiri, tak sibuk nk g mandi air hangat plak).  Perjalanan tak jauh dari Spa ikan nie. dlm 30minit dah bleh sampai Poring. Kat sini, tak byk pic yg kami snap. Sbbnyaaa... Kami menyewa bilik mandi private utk kami ank beranak berendam.. Pastu, hari plan nk hujan, tak bleh la nk hegeh2 sgt.. Kang tak pasal2 basah lencun.. 

Pintu gerbang utk masuk ke Poring
 


Lepas blk dari Poring, plan asal nk singgah blk ke War Muzium  dan Kinabalu Park di Kundasang. Tp kita hanya mampu merancang je kan.. Hujan turun dgn lebatnya. So.. tukar plan lagi. Terus drive blk ke KK. Tp ada lagi destinasi dlm kepala aku.. Aku sempat google tempat mkn "pisang goreng cheese". Nk tahu rupa, bleh tgk kat fb aku erk. 

So far, memang sedap la makanan nie. Ditambah plak, mkn kat kedai di tepi laut.. memang mantap la kan. Kalau sape2 nk try Pisang Goreng Cheese nie, bleh cari kat KK, di Anjung Senja, gerai no  10. Memang berbaloi2.. So, ni je la cerita utk hari nie. Encik asben ckp.. kita kena blk awal, sbb besok nk g pulau - snokeling. So.. tunggu sambungan next day erk...