Ada satu kisah nie, kisah pasal sorang budak perempuan.. Diusia 10 hari, budak perempuan nie, telah di ambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri. Kira orang berada juga la suami isteri ni. Ank tersebut dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Di tatang bagai menatang minyak yang penuh sedulang. Takut tumpah rasanya. Hari semakin hari, ank tersebut membesar dan terus membesar. Menjadi seorang ank yang berguna buat ibubapa dan masyarakat (nie aku rasa je la). Then.. Setelah 18 tahun berlalu, si ibu pun meninggal dunia atas sebab umur tak panjang. Disebabkan kasih sayang keatas ank angkat tersebut, si ibu telah menyerahkan seluruh harta bendanya pada si anak. Disebabkan statusnya sebagai seorang ank angkat, maka si ibu telah membuat pindahmilik tanah ke atas anak itu, awal2 lagi semasa si ibu masih hidup n tanpa pengetahuan si anak. Setelah sebulan si ibu meninggalkan sianak di usia 18 tahun, maka terbongkarlah segala risia akan pemilik sebenar harta2 peninggalaan si ibu tersebut. Semuanya diserahkan pada sianak termasukkan tanah.. rumah.. dan barang2 mas milik si ibu. Ketika si ayah masih hidup, semua barang2 peninggalan si ibu di jaga dan dipegang oleh si ayah. Tetapi kuasaNya tidak boleh ditandigi. Ketika si anak berusia 20 tahun, si ayah pula pulang ke pangkuan ilahi. Segala harta2 peninggalan si ibu td, semuanya disimpan di peti besi di sebuah bank dan hanya si anak sahaja boleh megambil barang2 tersebut.
Setelah berbulan-bulan lamanya, si anak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Status penjagaan si anak, di amanahkan kepada anak sedara si ibu atau lebih tepat sepupu angkat si anak itu sendiri. Dari masa ke semasa, si anak td membesar dan terus membesar di bawah jagaan saudara sepupunya itu. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh sepupunya itu tidak langsung dicuragai. Hati si anak td juga, dengan penuh tulus iklas menyanyi saudara sepupunya itu.. Akibat memercayai saudara sepupunya itu, si ank td menyerahkan semua harta peninggalan ibu nya tadi kepeada saudara sepupunya itu untuk dijaga termasukla geran tanah dan barang2 kemas peninggalan arwah ibunya td.. Hari demi hari, si ank td semakin dewasa. Berjumpa dengan teman istimewa.. Then berpisah.. Itu adalah normal bg sorang gadis meningkat remaja..
Pada tahun 2009, ank tersebut berkenalan dengan seorang jejaka. Tp malangya, hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga si gadis. (sbb2 nanti aku cita). Maka si gadis mula nekad, utk terus berkahwin dengan si jejaka walaupun tidak direstui keluarga. Atas kedegilan tersebut, saudara sepupunya menghalau gadis terus dari rumah dan tidak mengaku saudara. Walaupun demikian, gadis tersebut pasrah akan ketentuannya. Tetapi perasaan kasih n sayang pada sepupunya itu masih tersebat di hati... Si gadis membawa haluannya sendiri dan berbahagia di samping kehidupan yang dipilihnya.
2 tahun kemudian, atas sbb tertentu, si gadis kembali semula ke rumah saudara sepupunya tadi. Tujuan utama adalah untuk mengambil semula barang2 yang pernah di tinggalah kepada saudara sepupunya itu dahulu. Namun, bertambah malang buat gadis itu, dia dicerca dan dimaki oleh sepupunya itu. Malah barang2 yang pernah si gadis serahkan untuk disimpan itu, tidak mahu dipulangkan oleh sepupunya itu.. MasyaAllah... Hanya tuhan yang tahu. Skrg nie, terbuka sudah topeng seorang manuasia yang selama ini baik di mata si gadis. Segala cerita2 yang pernah diceritakan pada sigadis mengenai2 sepupunya itu, kini menjadi kenyaataan. Semuannya betul2 belaka.. Apakah yang patut di buat oleh si gadis tersebut??? Haruskan dia membiarkan saja harta2 nya dimilik oleh orang lain?? Yg pasti, si gadis itu tidak akan menghalalkan apa yang telah di lalakukan ker atasnya.. Ya Allah.. Tunjukkan kuasamu.. Hanya padamu aku berserah...
panjang kisah
ReplyDeletebenar ke? kesian terinaya..mungkin ada cara mengikut undang2 kot..
aa.. tu la.. kisah benar la nie... tgh berfikir patut ambil tindakan undang2 ker tak...
ReplyDelete