Thursday, October 10, 2013

SaBaH Trip Day 5 - ParT 2

Lepas 2 jam lepak2 di Pulau Mamutik, kami pun bergerak ke next pulau iaitu Pulau Manukan. Pulau Manukan nie, lebih besar dari Pulau Mamutik. Pantai dia lebih cantik. Kat tempat bot parking tu, dah boleh nampak ikan berenang-renang di dalam air. Geram je aku. Masa sampai kat Pulau Manukan, sblm masuk ke pulau, kena lalu satu kaunter tiket. Tiket tu, kalau dah bli di pulau2 lain, boleh tunjuk je tiket tu. Nanti diorg cop n tak perlu bayar lagi dah. Masa otw nk g cari port nk lepak, teruja gak aku tgk chalet yg ada kat sini. Ada gak la aku google.. tp.. tak mampu bg org mcm aku. Smlm dekat 500++.. Baik bleh guna duit utk menda lain kan (bg tak berduit mcm aku la).
Bergerak ke Pulau Manukan..


Sampai dah di Pulau Manukan

Lepas dpt port yg ok (tepi laut, bawah pokok), kami ank beranak meneruskan aktiviti snorkeling. Kat pulau ni, baru la nampak ikan berenang2 dlm air. Kat pulau mamutik td, aku nampak 5 ekor je ikan time snokeling. Kat sini, memang tak dan nk kira la ikan2 yang nampak. Best sgt2.. Bleh berenang2 ngan ikan. Tp aku ralat sikit, sbb tak dpt nk ajar ila snorkeling. Tak de equipment utk kanak2. Lain kali, aku kena bli sendiri equipment snorkeling utk ila. Baru bleh dia tgk ikan sesame ngan kami..


Tempat candlelight dinner


Kat sini, kami lepak dari kul 2.15ptg sampai 4.30ptg. Makan.. mandi manda.. snorkeling. Time nie family Sam join sekali mandi laut.  Memang hangus la kulit bila dah mandi laut tgh2 hari nie kan. Ketara sgt kulit burn. Tambah2 ank aku ila. Dgn pakai baju mandi.. bila bukak je baju mandi, dah nampak belang2.. Tp tak pe la.. Sekali sekala kan mandi laut. Berbaloi2 aku rasa mai Pulau Manukan nie..

Disebabkan terlalu leka main air (sekali ngan family Sam), kami tak sedar yg dah tak ramai org kat pulau tu. Sekali tgk jam, dah kul 4.45ptg. Dan serentak dgn itu, budak yg bawak bot kami tu, dah datang panggil kami. Rupanya, dah 15minit diorg tunggu kami kat jeti. Huhuhu… So.. memang kelam kabut la kami kemas2 barang kan.. N paling best, tak sempat pun nk tukar baju sblm blk. Pakai je baju mandian tu naik bot. 


Bila dekat2 nk sampai kat jeti di KK, aku dah sengeh2 kat encik asben. Rupanya jeti yg kami naik td.. pg td punya la lengang.. tp skrg.. GILER ramai org.. Pasar Philipina dah start. So.. aku dah garu2 muka pk camna nk lalu kat ‘pasar mlm’ nie. Dah la bawak barang picnic byk.. Ditambahkan lg dgn masing2 baju basah. Family Sam ok lg la.. Diorg pakai tshirt ngan track je mandi laut td.. family aku niee.. Aku dgn baju renang muslimah.. encik asben ngan tshirt + seluar tight, ila plak dgn bikini.. Gileeer ko.. Lalu celah2 org ramai tu, semua pakat2 dok usha.. Merah padam gak la muka aku.. Tp.. redah je la.. Nk buat camna.. Tak da jalan lain dah nk lalu…

Dlm malu2 aku tu pun.. sempat gak aku singgah bli seafood kat pasar mlm tu.. Sempat bli sayur.. kuih.. Hehehee.. Bedal aje.. Aku kan pelancong.. Hehehehe.. Sampai je kat kereta, baru la kami bleh bilas muka dgn air mineral. Itu pun, ada botol kecik je. Share2 ramai. Bukan apa, meleket2 dah rasa muka dan badan. Air laut kan..Naik je kereta (dgn baju basah), terus Sam tunjuk jalan shortcut utk blk rumah (kk pun bleh jem ptg hari). Otw nk blk rumah, nampak satu tempat pelancongan. Observation Tower. Kat tower tu, bleh nampak KK. Ingatkan Sam just nk cerita je, sekali dia berenti. Sekali lg merah padam muka aku.. Dgn berbaju mandian, singgah ambik gambar kat tempat tu. Pakat2 dok tgk ja kami.. Huhuhuuhuhu.. Pecah rekod aku pakai baju renang muslimah kat tgh2 town nie.. Korang penah buat???? So.. layan je la pic2 yang ada nie..  





Besar nanti, kena tunjuk blk pic nie.. musti malu.. hahahaha..

No comments:

Post a Comment

aPa KoraNg Rasa pasal n3 aku??