Bersambung lg untuk cerita
Sabah Trip nie..
Lepas check in di Kinabalu Pines Resort.. kami
meneruskan misi ke next destination iaitu Desa Cattle Farm. Aku terpikat
dengan cerita2 di blog2 mengenai tempat nie. Diorg kata, tempat ni ala2 mcm di
New Zealand gitu.. So.. memang aku pun nk pegi gak la kan.. Lepas baca2
signboard.. kami pun menuju la ke lokasi. Jalan dia…. Emm… offcourse la tak
berturap .. pastu berbukit2 gak.. tp tak pe la. Bleh bawak slow2 kan menikmati
pemandangan yg indah sepanjang jalan.
Sampai je sana.. bayar tiket masuk, baru bleh
start amik2 pic. Kami nie, jenis mls nk berjalan sgt. Nampak je tempat menarik
utk amik pic, terus suruh encik asben parking kat tepi jln. Snap pic, baru
gerak ke tempat ternakkan lembu tu.. Sebab utama aku g sini, aku nk bg ila tgk
mcm mana diorg proses susu lembu tu (perah susu). Kalau kat KL nie, mana nk
bleh tgk kan.. Semua susu yg ada kat supermarket.. Dlm tin or kotak. So..
memang excited la budak kecik tu nk tgk lembu. Ila ckp “cantik la lembu2 kat
sini mama”.. Hahhahaa..
4 keping pic kat bawah nie semua hasil dari kamera ila tau.. teror gak dia amik pic..
Sblm masuk ke ladang nie, aku
dah tanya awal2 dah kat maknya jual tiket tu. Pukul berapa diorg nk perah susu.
So.. dia ckp, dlm kul 2.30ptg. Berjanggut gak la kami nk tggu, sbb time kami
sampai situ, baru kul 12 lebih.. Huhuhu… Nk tak nak, kena melepak la kat situ
sambil2 amik pic.. Layan je la pic2 bawah nie..
Makan dulu..
Penah tgk?? GARDENIA tuh.. Dah ada keluaran air tin dah.. tak sampai semenanjung g kot..
Fresh dari ladang (punca aku kena gastrik)
Lembu dah mula berkumpul
Beratur dulu sblm susu kena perah
Tunggu turn.. time susu di perah, diorg ni di beri makanan..
Pemandangan gunung kinabalu dari jarak dekat.. Clean n clear without kabus..
Peace no war from Desa Cattle Farm..
** Tips 1 : Nk tgk perah susu, budget2 la time. Time start perah jam 2.30ptg.
** Tips 2 : Tengok signboard betul2. Signboard ke Desa Cattle Farm nie tk berapa nk besar sgt.. Bulatkan mata anda..
** Tips 3 : Kalau rasa2 tak tahan sejuk tu, bawak la sweter.. Time aku pegi nie, tak sejuk sgt..
No comments:
Post a Comment
aPa KoraNg Rasa pasal n3 aku??