Kebesokkan harinya, aku bgn
tekejut.. Maklum la.. Dah terang benderang cuaca kat luar.. Kelam kabut aku
kejut ila ngan encik asben. Plan kami hari nie, nk g Tip Of Borneo di Kudat..
Jauh gak perjalanan.. Sbb tu kalau bleh nk gerak pagi2.. Bila encik asben bgn
je.. terus dia ketuk aku.. Rupanya baru kul 6.30pg.. Giloosss.. terang
benderang dah kat luar.. Aku lak, lupa nk tgk jam.. So.. terblur aku kejab bila
tgk encik asben sambung tdo lg.. Hahahhaa.. Apa lg.. join gak la aku kan.. Lena
blk..
Dlm kul 10.30pg camtu.. baru
kami ank beranak bgn.. Siap2 semua baru keluar dari bilik. Thanks tak terhingga
kat wife Sam, sbb sudi masakkan sarapan kat kami (walaupun dah sejuk, sbb diorg
bf awal2 lg). Maaf la yer.. kami baru sampai. Tak bleh nk tune lg dgn suasana ‘cerah
dan gelap awal’ kat Sabah nie.. Lepas brekfast, kami teruskan aktivi explore Sabah...
Bg sesiapa yg nk pegi ke sini
dari KK, aku tak dpt la nk tlg sgt guide jalan. Sbb aku bertolak dari
Sepanggar. Sam(opis mate encik asben)
dah tunjuk jalan2 shorcut utk ke Kudat. Jalan belakang. Tp time blk je kami
ikut main road. Terus ke KK dari Kudat. Hehehe.. Main road tu… Dari Tip Of
Bornoe nk ke jalan besar, jalan dia tak berturap okey.. Kalau bawak keta kecik
tu.. Teruk gak la. Memandang kan kami naik HILUX.. laju je la encik asben
bawak. Goyang2 sikit2 je.. Hehehe..
Lalu di Tuaran.
Keadaan jalan ke Tip Of Borneo.. Berbukit-bukit...
Signboard yang ada..
Akhirnya.. setelah mengharungi perjalanan
yang mengambil masa hampir-hampir 4 jam.. Tiba juga kami ke destinasi yang dituju..
Sblm g menapak kat Tip Of Borneo, kami singgah dulu bergambar di tepi2 pantai..
Best sgt2.. Dgn tiupan angin yang kuat.. Ombak yang menganas.. Tanda
kekuasaan-Nya…
Hasil Tangkapan ank kesayangan..
Bergaya ngan camera dia sendiri.. (mama pjmkan je tau)
Dengan Papa..
Lepas bergambar, kami terus
cari tempat parking. Then menapak la naik ke tempat adanya tugu tip of borneo
nie.. Otw tu.. sempat gak blikan ila askrin (mama n papa pun join gak la kan).
Cuaca betul2 panas.. Tp tak rasa sgt sbb angin bertiup kencang.. Bak kata ila “ila
rasa mcm nk terbang je mama”. Serius.. kuat betul anginnye.. So.. layan je la pic2 kat bawah nie yer…
Mercu tanda di Tip Of Borneo...
Asyik nk terbang je tudung mokcik tau..
Belakang aku tu.. tempat pertembungan 2 laut...
Gambar bawah nie.. gaya2 ank kesayangan yg suka terlebih..
Kami lepak2 kat sini, tak
sampai sejam pun. Cuaca dah mula mendung. Angin plak bertiup mcm ribut dah
rasa.. Cepat2 kami beredar ke parking kereta.. Walaupun tak da apa sgt kat
sana.. Tp.. Kami bersyukur sgt2 sbb dapat menikmati satu permandangan indah yg
tak dpt nk di gambarkan. Tanda kekuasaan Allah.. Bg yg tak berapa tahu or dah terlupa, kat
sini merupakan titik pertembuan antara 2 lautan.. Iaitu garis pertembungan Laut
Sulu dan Laut China Selatan. Memang clear la kita dpt tgk.. 2 arus laut ni
saling berlanggaran antara satu sama lain.. Terpegun aku seketika menikmati
keindahan alam ni.
Kami betolak blk dari Tip Of Bornoe dlm kul 3ptg. Pusing2 masuk
kudat dulu.. Cari mkan tgh hari. Ok la mkn kat sana. Jgn rasa pelik plak, kalo
korang order sup daging, tetiba ada kobis dlm tu.. (aku terasa pelik pada
awalnya). Bila aku tanya wife sam.. memang trend org sana, masak sup letak
kobis. Hehehe.. Sedap la jugak kan.. (bg yg suka sayur la)
Pusing2 pekan kudat ni, tak
mengambil masa yg lama pun. Kecik je pecan nye. Tp majotiry kemudahannya ada
la. Jgn korang nk req kedai bukan2 dah la mcm Tuti Fruti ke.. Kedai Secret
Resepi ke... Memang tak dpt la nk cari kat sini kan...(ke aku tak Nampak, maaf
le kalau ada kat sana).
Di Pekan Kudat
Otw blk dari Kudat, barula kami
dpt lihat pemandangan Gunung Kinabalu. Tak sabar rasa nk pegi ke sana besok
hari. Plan asal, nk stay kat Kudat je.. Nk cari hotel/resort kat tepi laut. Leh
gak mandi laut kan. Tp.. memandangkan angina yg kuat bersertakan ombak yg tak
hinggat beralun2 deras menampar pantai, so cancle je la plan nie. Laut tak sesuai
nk buat mandi manda. So.. kami sepakat blk tdo di Sepanggar je..
.Pemandangan dari jauh Gunung Kinabalu..
Tgh2 dok tgk kiri kanan tu..
tetiba ternampak gerai-gerai di tepi jalan. Byk gak kereta berenti. So… aku pun
suruh la encik asben slowkan kereta. Rupanya.. ramai2 berenti tu.. berenti mkn
Lokan Bakar ngan Air kelapa bakar. Apa lg.. aku suruh la encik asben cepat2
berenti tepi jalan. Mkn lokan ni, ada dlm tentif aku gak ni. Alang2 dah jumpa..
berenti terus la ka..
So far.. lokan nie rasanya dia
ala2 mcm kerang tp version kerang besar.. Rasanya la.. Sedap sgt2.. Try
sepinggan je dulu, takut tak dpt terima kat tekak kan. Sekali mkn.. memang
sedap.. Nk oder lg, memang tak sanggup dah la. Lama giler tunggu diorg bakar..
Bak kata ila “lamanya kita tunggu kan mama.. tp mkn nye.. kejab je dah lincin”
hehehehe.. Tak pe la ila. Kalau ada rezeki.. kita datang lg yer.. Lain kali,
kita order sorang sepinggan. Mkn sampai lebam..
Longgokkan lokan yang dijual. Selonggok RM12
Antara gerai2 yang ada..
Lokan Panggang..
Lepas mkn2 lokan, kami teruskan
perjalanan kami. Time nie, memang dah gelap la kat Sabah, walaupun baru kul 6.30
ptg. Kami terus ke ikut signboard ke KK. Ila req nk mkn seafood mcm mlm sblm
nye. Kami ikut je la. Sbb dah tak tahu kat mana dah nk mkn kan.. As mcm smlm..
Kami tak amik jugak pic dari mana2 camera yg ada (dslr, hp, camera compact)
semua letak tepi. Mkn je yg ingat. Hehehe.. Apapun, aku tempet gak pic2 yg aku
dpt dari pakcik google. Lebih kurang je suasana nyee.. Mkanan pun murah2.
Sampai muak aku makan sotong panggang byk2.. HUhuhuu…
Blk umah dlm kul 10 mlm. Sembang2 kejab ngan penghuni rumah, theen. Terus masuk tdo.. Perlu restkan diri cukup2, besok nk redah g Kundasang plak. Kata Sam, it take dlm 4 jam jugak utk sampai ke sana. OMG.. jalan berbukit2 lg.. Pening lagi la mokcik besok…
Adila dengan Teha (ank Sam)
** Tips 1 : Jalan g Tip Of
Bornoe, berbukit-bukit da nada sesetengah tempat tak berturap lagi. So berhati2
la yer..
** Tips 2 : Isi myk kenderaan
ada byk2 siap2. Sbb kat sana, memang agak payah nk jumpa petrol pam mcm di
semenangjung nie..
No comments:
Post a Comment
aPa KoraNg Rasa pasal n3 aku??