Monday, August 22, 2011

SudaH MaJu sikiT..

Ni cerita sambung pasal ank aku n TASKA. Ok, setelah 22 hari dia kat TASKA, hari nie, aku tanya dia blk, soalan2 yang biasanya aku tanya dia hari-hari , sejak 2 minggu lepas. So, masa yang sesuai adalah time tunggu waktu berbuka. Aku pun umpan la dia, suh tgk citer Upin Ipin kat tv. Elok jer time iklan, aku pun mula la bertanya...


Aku : Illa, best tak tadika??
Illa : Best la mama, kan ila ckp best.. Best la.. 
Aku : OO... ya ka... dah tau ka, cikgu nama apa..
Illa... Err... cikgu ila kan, ada 3 rasanya.... 
Aku : Cikgu nama apa?? Tahu dak?
Illa : Ada cikgu baby.. cikgu wati.. cikgu aziz...
Aku : Aik.. ada cikgu lelaki ka?? Tak tahu pun mama, tak penah nampak pun.. Biar betul..
Illa : Mana ada mama.. semua cikgu pompuan la.. mana ada laki..
Aku : Dah tu, cikgu aziz tu??
Illa : Illa kata cikgu azieee.... Pompuan la..
Aku.. Oo... cikgu aziee... Ila ckp td, cikgu aziz.. len kali ckp betul2..
Illa : Ila ckp betul la, mama yg tak dengaq.. len kali dengar betul2.. (dammm aku lak kena kali nie)..
Aku.. oo ok... Kawan ila nama apa..
Illa : Kawan nama syuhada... ikbal...
Aku : 2 org ja??
Illa : Ada lg.. Yang lain2 tu.. nama Orang laa..
Aku : OOooo... Orang.. nanti tanya orang-orang tu, nama depa apa tau.. Senang nk panggil nanti..
Illa : Ok... (sambil sambung tgk citer upin ipin )


So.. kesimpulannya, ada juga la nama2 yang ank aku sebut kan.. cuma aku rasa, kat TASKA nie, dia lambat sikit nk mesra. Maybe orang2 kat sini tak mesra alam mcm orang2 kat belah utara... 


The end..

Friday, August 19, 2011

FWD :PENJELASAN MENGENAI OPERASI PEMERIKSAAN ORANG ISLAM DI GEREJA DUMC

Baru sebentar td aku dpt email nie. Aku terasa nk sharekan utk semua..


FWD EMAIL : PENJELASAN MENGENAI OPERASI PEMERIKSAAN ORANG ISLAM DI GEREJA DUMC



PENDAHALUAN


Kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang Islam di gereja yang dijalankan pada 2 Ogos 2011  beralamat di Dewan 3, Damansara Utama Methodist Church (Dream Center) Jalan 13/1, Seksyen 13 ,46700 Petaling Jaya, Selangor DE.


LATAR BELAKANG


Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis Berbuka Puasa yang dinamakan 'Thanksgiving Diner Program Itenary' seperti alamat di atas.


Tindakan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1955 iaitu Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.


Siasatan juga dibuat mengikut  Enakmen agama bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan orang Islam ) Negeri Selangor tahun 1988.Program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan Thanksgiving.


Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Penguatkuasa Agama - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan  dibantu oleh sepasukan Polis Diraja Malaysia seramai 20 orang daripada IPD Petaling Jaya dan Sea Park.


PENJELASAN MENGENAI OPERASI PEMERIKSAAN ORANG ISLAM DI GEREJA DUMCPERLAKSANAAN OPERASI


- Taklimat dibuat di pejabat JAIS pada jam 8.40 malam
- Bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.
- Tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke Dewan 3.
- Jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.Semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir.Anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'Sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.Anggota PDRM dan JAIS yang telah memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.Sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur.Anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang Islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang Islam hadir di majlis tersebut.


Maklumat Pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. Anggota akhirnya memperolehi tentatif program. Terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'Alhamdulillah dan Allahuakbar'.Terdapat juga satu borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sementara itu, anggota yang menjaga pintu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.


Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari 
dewan.


12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI


1) Nadeane binti Che Mohd Salleh (Sofea) .
    IC :  79xxxx-01-6094
2) Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah
    IC : 69xxxx-08-6039
3) Ina Reima Fitriza binti Mahadzir
    IC : 85xxxx-71-5018
4) Ade Andrian Putra bin Mahadzir
    IC : 94xxxx-02-5609
5) Nea Reima Mareana binti Mahadzir
    IC : 90xxxx-02-5778
6) Rasyidah binti Abd Razak
    IC : 77xxxx-01-5908
7) Nur Umrah binti Abd Razak
    IC : 95xxxx-01-6002
8) Mohd Haslan bin Bob Hasnan
    IC : 80xxxx-10-50459) Faridah Binti Abdul Rahman
    IC : 71xxxx-12-5478
10) Nur Al Ashikin bt Shaikh Dawood
      IC : 72xxxx-10-5072
11) Faridah bt Abdul Latep
      IC : 72xxxx-71-5256
12) Sahrunida bt Assad
     IC : 81xxxx-08-6246


Nota : Terdapat ibu bapa yang beragama Islam membawa anak-anak kecil.


ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK


Jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan Islam.


Peserta Islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap.Nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakbar'  dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).


Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.Majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;
- Bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.
- Baju yang dipakai oleh bukan Islam adalah baju kebaya, kebangsaan dan kurung.
- Cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.
- Majlis diadakan di premis kristus.
- Malah seorang peserta (Melayu) yang ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung  agamanya. 


Jawapan beliau adalah - 'I believe in God' (mengikut cara kristian dan gereja)


FAKTA TAMBAHAN


Tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan.


Adalah amat dikesalkan kerana terdapatnya segelintir pemimpin beragama Islam yang secara tergesa-gesa menyalahkan JAIS sebelum mendapat maklumat sebenar operasi menyelamatkan akidah umat Islam ini




*** So, bg semua, hati2 skrg, mcm2 kaedah diorg gunakan utk memesongkan umat ISLAM. Terkini, isu Pelajar di ajar mengenai agama Kristian. So, hati2 semua...

CaMnI ker ??

Dah dekat setengah bulan aku hantar ank aku g TASKA. Sblm nie pun, ank aku penah gak dihantar di TASKA di Penang dulu. Tp.. Aku rasa, keadaannya berbeza dgn taska di sini. Hari pertama g TASKA aku tgk, ok lg la keadaan ank aku. Sbb pg2 masa aku hantar ank aku, aku dah siap2 ikat rambut illa. So, masa amik, aku tgk, rambut tu still di ikat. 


1 day at Taska.. Selepas blk dari taska..


Aku : Best tak g TASKA??
Illa : Best mama..
Aku : Ada kawan?? Kawan illa nama apa??
Illa : Ada.. Kawan ila nama Orang??
Aku : Nama orang?? Ye la.. Orang tu nama apa??
Illa : Orang tu nama dia Orang la..
Aku terus diam.. Mls nk tanya. Aku rasa ank aku tak tahu nama kawan dia lg nie..
Aku : Sape ikat rambut illa??
Illa : Cikgu la..
Aku : Cikgu nama apa?? Makan apa kat sekolah td??
Illa : Cikgu nama Orang laa.. Hari nie cikgu SUAP nasi... cikgu MANDIKAN... cikgu PAKAIKAN BAJU...
Aku : oooo ok..


So, disini aku nampak, semua menda cikgu buatkankan.. Rajin betul kan cikgu tu... Beza dgn taska dia dulu. Taska dulu, byk suruh murid dia buat sendiri. Tp bg aku, better that way.. Ajar ank2 berdikari.. Kan.. Kan..




2 day lepas balik dari taska.


Aku : Best tak hari nie?? Kawan nama apa?? (dgn harapan aku akan dpt tahu nama kawan2 dia, sbb taska dulu, byk nama2 kawan2 dia yg disebut)
Illa : Best.. Makan nasi ngan sup. Kawan nama Orang la...
Aku : Aduusss.. takkan nama orang kot.. besok illa tanya dia orang tu nama apa..
Illa : Ok...
Aku : Nape tak ikat rambut nie??
Illa : Cikgu kata baru lepas mandi, tak boleh ikat rambut...
Aku : Emm.. ok... besok suruh cikgu ikat bila rambut dah kering..


3 day lepas blk dari taska..


As usual ayat mula aku...
Aku : Best sekolah?? Makan apa hari nie?? Dah tahu nama kawan??
Illa : Best.. Makan nasi ngan ayam goreng.. cikgu suapkan.. Kawan ila nama orang la..
Aku : Haihh.. Orang.. Orang.. nama tak de ke orang tu..
Illa : Dia kata nama dia orang..
Aku : Nie kenapa tak ikat rambut lg nie.. Rambut kering je mama tgk..Kan mama dah letak getah rambut dlm beg illa, kenapa tak minta cikgu ikatkan rambut tu...
Illa : Ila dah suruh cikgu ikat dah.. Cikgu malas.. Cikgu kata, kat sekolah tak boleh ikat rambut. Ikat rambut kat rumah jer..
Aku : Pulak.. ok.. besok mama call cikgu besar..


4 day dan sehingga sekarang..


Resultnyer, kawan ila still aku tak tahu nama apa. Hari2 aku tanya, jawapannya still Orang.. Pastu pasal ikat rambut, aku dah call cikgu, barula cikgu tu nk ikat rambut ilaa, tiap2 hari.. Pastu, ada satu hari tu, aku terambik ila dari sekolah agak awal. Aku intai la di sebalik tingkap. Aku tgk ank2 semua, duduk dlm bulatan, n cikgu kat tgh2. Yg pasti , aku nampak cikgu tu tgh pgg sepinggan nasi, ada sudu dlm tu. Then.. tetiba dia suapkan nasi utk ank2 semua. Sudu yang sama, pinggan yang sama utk semua budak kat situ?? Apa kess?? Memang gitu ker TASKA?? Camna la virus tak merebak kan.. Adusss... Then satu bab lg, yg aku herannya, takkan kul 4.30 ptg baru nk suap nasi kat budak2 kot.. Berbeza sungguh cara TASKA di sini dan TASKA illa dulu..


Taska dulu : Sblm blk, akan salam cikgu2, baru balik
Taska skg : Balik gitu jer, cikgu bg beg, terus masuk keta. Takda salam2
Taska dulu : Rambut ila akan di ikat sblm blk, mcm2 fesyen, n aku tak da bg getah rambut pun.. Diikat tanpa disuruh.
Taska skg : Dah la kena suruh ikat rambut, pastu, getah aku supply, pastu fesyen tu, memang jauh sekali laa.
Taska dulu : Makan sendiri, pakai baju sendiri, boleh main2 di keliling rumah..
Taska skg : Semua cikgu buat... Main di dlm rumah walaupun ada mainan 'playground' di luar rumah.
Taska dulu : Cikgu nampak menyangi murid2..
Taska skrg : Cikgu just menjalankan tugas.
Taska dulu : Yuran baru 220 sebulan
Taska skrg : Yuran 300 sebulan...


Berbezakan kan.. Taska dulu tu di PENANG.. Taska skrg di KL... So, disini dah nampak dah corak hidup tak sama... Sabar yer putri kesayangan ku.. Tahun depan illa dah masuk TADIKA, mama harap di TADIKA semua yang berlaku skrg nie, akan berubah... Kalau tak berubah juga, mama tukar ke TADIKA lain... TASKA skrg nie, bukan mama tak nk tukarkan, tp skrg dah bulan 8 dah.. Kalau pindah Taska pun, mcm membazir jer, sbb nk kena bayar Yuran tahunan utk 1 tahun.. Taska skrg nie jer, tak kenakan yuran tahunan... Nanti mama bg vitamin byk2 kat illa, supaya tak mudah berjangkit penyakit..

Thursday, August 18, 2011

AnaK-aNaK ZaMan SeKaRaNG...

Salam..


Korang dulu2 la kan, penah tah bergayut kat telepon rumah?? Musti pernah kan.. Tp.. Ingat tak, seawal usia mana korang dok bergayut pakai telepon rumah?? Kalau aku kan, aku rasa, aku start reti pakai telepon, masa aku darjah satu... Itu pun, kadang2 salah tekan nombor.. Tp.. nk tahu, ank aku, umur baru 4 tahun, dah pandai bergayut pakai telepon umah.. Lihat aksi2 dia... Almost sejam jugak la dia bergayut dgn cousin dia di kg. Cousin dia umur 6 tahun.. Mcm2 yang diborakkan..



Ini aksi 5 minit yang pertama. Berdiri lg okkey.. Perbualan yang aku dgr..

Illa : Asalamulaikum...
Cousin : *******
Illa : Kakak alia buat apa ...
Cousin : *******
Illa : Maklong, paklong buat apa ....
Cousin : ********
Illa : Maklong masak apa?? Posa dak?? Baju raya lawa dak??
Cousing : ******
Illa : Blaa.. blaa... (byk sgt soalan2 dia) mls aku nk taip kat sini...


Ini aksi lepas 10 minit. Dah naik atas kerusi.. Menyembang tak habis2.. Kejap2 gelak..


Mcm-mcm gaya ank aku sorang nie.. Bila dia masuk sekolah, sure aku potong telepon umah. Bukannya apa, kalau tak, jenuh aku membayar bill. Skill utk bergayut tu, dah dishowkan awal2 lg nie.. Betuah betul ank mama sorang nie kaaan.....

BanjIr kiLaT di KL

Dulu2 masa aku dok kat penang, aku selalu dgr berita pasal banjir kilat kat KL nie. Tp time tu, aku buat dgr tak dgr je la kan... sbb bukan kena kat aku pun.. Tp 2 mlm lepas, aku tetiba teringat blk pasal hal banjir kilat ni.. Around jam 6 ptg camtu, hujan dah mula turun dengan lebatnya. Aku plak, on mc hari tu. Demam.. So, en.asben ajak mengeram + berbuka ngan makanan yang ada je kat umah. Tp, lepas bebuka camtu, aku terasa sikit sihat. So, apa lg, ajak la encik asben keluar g TESCO selayang. Cadang nya nk bli barang rumah sikit. So, keluar dari umah aku, hujan dah reda dah. Elok je sampai dekat Pasar Borong Selayang, jalan jem. Jem teruk. Rupa2nya, banjir kilat. Air bertakung kat tgh2 jalan. Nie first time aku tgk bajir kat KL nie. So, apa lg, jd jakun sekejab aku. Snap pic2  sbb nk tayang kat blog. Hahaha.. So.. Layan pic yang aku amik... Camera hp je, tak clear sgt..








Pengajaran yang aku dpt.. Kalau hujan lebat tu, jgn la nk keluar rumah. Baik dok umah jer. Ini nk g TESCO, selalu 10 minit dah sampai, tp mlm tu, dekat 1 jam baru bleh sampai.. Huhuhuhuhu....

Wednesday, August 17, 2011

Isu BaBy LaGiK!!!!

Citer nie berlaku ptg kelmarin. Otw nk g berbuka kat umah adk aku. Baca je la perbualan antara kami sekeluarga + mat haikal (ank sedara aku, seusia illa).


Elok je aku melangkah masuk keta...


Haikal : Mama ngah balik work dah ka??
Aku : Ha laa.. takkan nk tdo kat opis kot..
Haikal : Ooooo... (terus senyap)..


Suasana sepi seketika sbb masing2 dok layan hotfm.. Selang seminit..


Illa : Mama... Illa nk baby lelaki...
Aku : Ok.. satgi kita beli kat TESCO. (jawapan default aku kalau isu2 baby dibangkitkan oleh ila)
Illa : Ila tak mau ank patung tu laa.. Illa nk baby lelaki.. (muka dia time nie, dah serius)
Aku pandang laki aku sambil buat muka heran. Laki aku sengeh2 ja sambil angkat bahu tanda tak tahu apa2..
Aku : Ishhh.. tak pa la, satgi kita cari la kat TESCO. Illa pilih la jenis mana yang illa nak..
Illa : Tak mau laaaaa.(sambil sora dah nk nagis) Ilaa nk baby mcm orang tu..
Aku : Orang mana pulak.. (rasa pelik sungguh nih)
Illa : Orang yang kat TASKA sekolah illa tu laa.. Baby lelaki orang tu nangis tadi.. Kepik pintu.. Illa nk baby yang mcm tu la.. bukan anak patung..
Aku pandang laki aku sambil bisik2.. 
   Aku : Abg.. sejak bila dia tau baby ngan ank patung tu bukan benda yang sama. Abg ajaq dia ka??
   En.Asben : Tah.. nie first time abg dgr...
Aku diam sejenak, sbb nk pk nk bg alasan apa kat illa.
Aku : OOo..illa nk baby lelaki mcm mana?? Mama mana tau... Mama bukannya g TASKA illa pun...
Illa terus senyap..
Tetiba...
Haikal : Mama ngah, alaaa illa nk baby mcm payas kot.. (Payas=fayas adalah ank sedara aku yg latest)..
Aku dlm hati "haiihh.. haikal nie,mcm la aku tak tau"
Aku: Oo.. Nanti kita cari dehh...
Haikal + Illa : Kat mana??
Aku + En.Asben terus gelak serentak..
Jawapan akhir aku, nk tahu apa..
Aku : Ok.. nanti kita tanya Mak Lang, mana ada juai, nanti mama ngah bli sorang satu. Ok..?
Haikal + Illa : Ok....


Hahahhaa.. Ok dah jawapan aku.. Utk pengetahuan, Mak Lang tu sebenarnya adalah adk aku. Yakni mama haikal..So nantikan, samada diorg nk tanya Mak Lang ke tak.. Aku harap sgt diorg lupa.. Budak2 kan cepat lupaa... kan.. kan.. 


Ank aku nk ini
........
.....
...
..
.

Tapi aku replace dengan nie.... 

.......
....
...
.


So, Lebey kurang sama je kan... Hahahhaa...

Ngomel dlm hati : Ishh.. nk kena pk nie, kalo isu nie berbangkit lg, apa aku nk jawab.. Any idea???



Tuesday, August 16, 2011

DaH DeMaM plaK...

Salam..


Smlm, aku just hampir2 kehilangan suara, tp bleh lg g keje kan. Blk dari keje smlm, badan dah rasa semacam. Aku siap marah lg encik asben bukak ekon keta, padahal, logik la bukak ekon kan, sbb hujan lebat, tp nk buat mcm mana, aku sejuk.. Huhuhhu.. Tak pasal2 aku marah encik asben atas alasan yang tak logik. Pastu, lepas bebuka posa, mkn nasi sikit, aku terus mkn panadol. Langkah berjaga2 la kan.. Tapi... Hasilnya...


Bangun pagi nie, demam still tak kebah.. Suara lak, bertambah slow volume.. Ini aku tgh panggil ank dara aku keluar dari bilik, tp dia tak keluar2.. Adakah suara aku dah tak POWER?? wuaaa..... Jab g nk g klinik, amik ubat yang kuat sikit. Kalau setakat doc bg penadol je, baik tak payah kan... Aku nk minta ubat yang kuat sikit... Pastu yang penting, mintak2 la doc bg cuti sakit, kalau tak, burn lagi cuti aku.. Dah la cuti aku dah nazak dah... Huhuhuhuhuu...

Monday, August 15, 2011

DugaaN di BuLan PuaSa

Hari nie masuk hari ke 15 berpuasa. Maksudnya, dah separuh bulan kita puasa kan. Permulaan puasa, ok jer.. Tp, camna tah, start hari sabtu mggu lepas, aku mula batuk + selsema. (mkn rambutan+aiskrim+kacang+durian) So, resultnyer, hari nie, suara aku dah bertukar. Dah jd suara rockes lak. Nk bercakap pun payah. So, inisiatif yg aku amik adalah berdiam diri. Tp bleh ker??? Wuaa.. Seksanya bila kita mls nk bercakap lepas tu kan, nk kena bercakap. Pastu, kena ckp kuat lak tu... Situasi2 yang perlu aku utk bercakap KUAT


1) Bgn pg td, nk kena kejut ank gadis aku. Kejut pelan2, dia buat deeerk ja. So, terpaksa la aku pekik utk panggil dia bg. Bg illa, suara kuat aku nie, alarm utk dia bgn kot.


2) Bila dah siap ank aku semua, nk suruh duduk diam2 depan tv. Aku lak nk siap2 utk g keje. Time nie memerlukan suara yg kuat jugak, sbbnya, ank aku tak menurut perintah kalau aku ckp slow2..


3) Sat lagi aku nk g umah adk aku, time nie mcm2 ragam ank2 sedara + ank aku sendiri. Semua nyer kena guna volume yang kuat kalau nk bg diorg dgr ckp kita


4) Bercakap telepon dengan pak cik aku. Nk kena ckp kuat juga, sbb dia tak dgr apa yg aku ckp. Tambah2 suara dah nk tak nk je keluar, so, terpaksa la aku kuatkan suara yang hampir2 tak nk keluar nih..


Dugaaan sungguh hari nie. Nasib baik kat tempat keje, aku kurang bercakap. Apa2 just berg-talk saja, walaupun aku ngan opismate aku hanya berada di depan aku je... Hehehee.. Puasa suaraa...


Sunday, August 14, 2011

KeGilaaN yaNg TerCapaI..

Sejak mggu lepas, hobi aku adalah mencari barang2 lelong di lelong doc.com. Pastu kan, aku terbekenan la ngan satu menda alah nih. Sblm nie, aku memang tak penah tahu pun akan kewujudan menda alah nih.. Buta teknologi tul la aku nie kan.. Menda alah tu, kalau kat lelong.com dlm kategori Android Tablet PC. Apa tu???
Kalau nk tahu, sila tanya pakcik google. Bukan aku tak nk citer, tp aku pun, baru seminggu kenal menda alah nih. kang salah2 citer, dah buat ajaran sesat lak kan.


Kegilaan aku makin menjadi2 jumaat lepas. Lepas ja buka posa, aku paksa en.asben call cina yg aku dpt nombor dlm lelong.com. Cina tu kata, stok ada, kalau nk tgk, bg alamat rumah, nanti dia dtg. Tunggu punya tunggu, last2 apek tu kata, sabtu mlm baru bleh datang. Emm.. Agak kecewa gak la aku.. Tp tak pe.. Sabar tu separuh dari iman kan... 


So, tepat jam 10.15mlm sabtu, aku jumpa apek tu.. Apek tu pun, tunjuk la model MID M7.. Aku nie, tak de la tahu sgt pun pasal semua ni, tp buat2 tahu.. Aku tanya2 la apek tu, apa kebaikan model yg dia bawak tu.. Maklumlaa.. Mula2 aku dok bekenan Samsung Galaxy Tab, tp mcm agak mahal jer model tu. Baik aku bli laptop kan.. So, bebel2 la apek tu dok menerang.. Ayat yg paling best aku rasa, bila apek tu kata "ooo.. ini model aar, lebey kurang itu punya Samsung Galaxy Tab, cuma ini aaa clone punya, dari China, tp function dia aar, byk bagus ooo.. ada custumar gua, sulah ada galaxy tab, tp beli ini model jugaa.. talak lugi lu bli ini model..... blaa.. blaa.. blaa..."... Pastu kan, aku pun dah teringin giler2 dah nih, nk bli. En.asben ajak buat meeting tergempar sat, antara aku n en.asben. Nk minta kata putus.. Ayat encik asben "ikut syg la, abg tak kesah"... Yeaa... Green light.. Maka... Tepat jam 11mlm 13/08/2011, MID M7 (aku panggil nama model ja, sbb tak tau nama betul dia apa), milik aku... Muahahahhaa..


Nie la menda alah yg aku maksudkan....Tak mahal, tp berbaloi..  So far so good.... (gambar ni aku cilok dari pakcik goole)




Ps dari en.apek (penjual) : Ala olang kata, brand dari china tarak tahan, sbb itu cilok byk.. tp aar.. kalau mau tahan aar, jgn la kasi jatuh ini balang.. kalau dari negara lain juga aar, mana ala yang tahan jatuh, lain la itu jam tangan, ada yang tahan jatuh talak rosak.... 

Thursday, August 11, 2011

Bb DataNg DaRi MaNa??

Pada suatu malam yang indah, dlm awal mggu lepas, di dalam kereta, terjadi satu persitiwa yang menyesakkan otak aku. Iaitu persoalan ank aku tentang asal usul baby... 


Note : Adik aku baru balik dari cuti bsalin time tu, n aku, en.asben and ila, otw balik tgk ank dia di Shah Alam. En.asben berenti buh myk seketika, n terjadilah perbualan ini.


Illa : Mama, illa nk baby macam andak..
Aku : Illa mintak la kat andak..
Illa : Illa dah mintak dah kat anak, tp andak suh tanya kat pak ndak.
Aku sambil mls nk melayan pun menjawab : Haa.. illa p la mintak kat pak ndak, illa yg nk baby, illa mintak la sendiri..
Illaa (time nie, dah lompat mai kat tempat driver dah, td dok belakang lg) : Illa dah mintak la kat pak ndak, tp.... (diam sat)
Aku : Tapi apa (sambil buat muka heran)
Illa : Pak ndak kata, suh illa mintak kat mama.. Mama.. illa nak baby mcm andak tuh.. (sambil buat muka sedih)..
Aku. As usual, (selalu dah dpt soalan pasal mintak baby nie, tp, kali nie, cam serius lak illa bertnaya) : Haa.. ok, satgi kita beli kat TESCO..
Illa : Illa tak mau hat tesco tu, tak best.. Dok diam2 ja, Illa nk yg boleh nangis2, cam baby andak tu, nanti illa boleh bg dia nenen..
Aku : Ishh... nanti kita cari la hat mcm ank andak tu okey??
Illa ( senyap sat, pastu langkah p belakang)
Aku pun, senyap je la, sambil tgk en.asben dok menyebang ngan kawan dia kat luaq keta. Tetiba, ila melompat mai kat atas riba aku plak.. Sambil dok pgg2 perut aku, dia tanya..
Illa : Mama, mcm mana boleh ada baby dalam perut andak? Pastu, camna baby tu boleh keluaq plak??
Aku yang dah terbeliak biji mata.. As sebagai mama yang kreatif, aku kena la kan, pkkan jawapan yang logik utk aku terangkan kat ank aku nie. N jawapan tu, mustilah boleh bg dia paham. Budak baru 4 tahun kan, takkan aku nk terang fakta sains kot..
So.. ilah jwapan bijak aku..


Aku : OOoooo.. Dah pak nak bubuh baby dalam perut anak, sbb tu la ada baby.. 
Illa :  ooo.. bubuh kot mana mama..
Aku : Nie buh kot lubang pusat.. (sambil tunjuk pusat dia).. Tp... ilaa kecik lg, lubang pusat tak besaq, tak bleh buh baby lg..
Illa : OOO... ( sambil angguk2 kepala)....
Aku tarik napas lega la kan, sbb dia dah paham.. Tp... 3 second lepas tu...
Illa : Habis tu, baby tu, keluaq ko mana pulak
Aku dengan selambanya jawap : Nanti keluaq time berak.... (hahahaha.. time nie, tak da idea dah aku)
Illa : ooooooo.. (sambil bukak mulut nk tanya lg)
Aku : Dah2, p dok belakang, papa mai dah tu (en.asben mai tepat pada masanya, kalau tak, jenuh aku nk perah otak, nk menjawab soalan2 dari ank betuah nie..)


Pastu, aku ingat hal perbualan aku n illa td, stop takat tu ja, tp... silap.. Elok ja encik asben masuk dlm keta, tetiba illa bersuara..


Illa : Papa, bila nk buh baby dalam perut mama?? Illa nk baby mcm andak...
Papa (blur sat, tp segera menjawab) : OO.. nanti papa bubuh, la nie, nanti papa p bli baby, papa bubuh dlm perut mama...
Illa : OK (sambil senyum)..
AKu.. (daammm mudahnya dia terima jawapan en.asben, tanpa tanya byk2.. wuaaaa....)




The End..


Moral of story, ank aku dah melangkah ke era "suka bertanya". So, sebagai mama yang kreative, asyik nk kena cari jawapan yang logik utk dia paham...


Ohh.. ank mama dah besar rupanya....

TepU dan BeKu...

Asalammualaikuim..


Setelah 5 hari aku tinggalkan opis, byk menda aku nk kena buat hari ni.. 


1) Check email-email
2) Refresh otak, kena ingat blk problem2 yang tak setel mggu lepas..
3) Nk kena bukak fb ( 5hari tak bukak, byk msg yang ditinggalkan)
4) Update blog (tgh buat la nih.. ;P)




So, setel semua, nanti aku nk citer pasal ank dara aku yang sorang tu.. dah mcm2 akai yang muncul skrg nie.. tgguu...

Thursday, August 4, 2011

Assalamualaikum...

Dah lama kiranya aku tak berblogging. Asalnya, ada idea nk tulis, elok je aku nk menulis, tetiba tak de idea. Camna tu?? Tp jgn bimbang, semua blog yg aku follow tu, tiap2 hari aku baca. Sampai ada member aku ckp "ko nie, asyik baca blog org jer, blog sendiri bila nk update??"... Haa.. ni aku dah start nk mula update la nie.

Skrg nie, life aku, amatlah aman dah bahagia. Illa plak, semakin membesar dan mcm2 karaneh yang aku n en.asben kena hadapi. Tambah2, skrg nie, dia dah mula masuk TASKA. Mean, bertambah bijak la ank aku sorang nie.. Nk tgk ank aku skrg camna?? Dah pandai bergaya depan camera oooo.... Layaaan...








Amacam... Ank gadis aku sekarang... Ohh.. cepatnya sayang membesar.... U aLways be my daugther and my best friend ever....Mama love u...