Saturday, July 31, 2010

Indoor TheaMe ParK..

Bangun pagi, terasa bosan. Tanya en.asben, mana kita nk pegi… So, pk pnya pk, tgk keadaan cuaca, semuannya ok utk berjalan. Last2 en.asben ajak g Genting (teingat ada lg kupon member bg tiket free theame park indoor). So, siap2 semua, kami bergerak ke genting. Time tu, dlm kul 11 pg.. Sampai sana, kul 11.45 rasanya. Sila abaikan kelajuan en.asben membawa kereta.. hahaha…

Sampai sana, main la mcm2 mainan yg indoor. Pastu jalan2 n amik pick at outdoor. Kiorg redha je masuk bahagian outdoor tu. Tak da org larang pun.. Hahaha.. So, layan la pic yang sempat di amik..













Apa-apapun, memang enjoy la g genting nie. Kami turun dari genting dlm kul 6.30 ptg.. Maklum la, dekat ngan umah, sesuka hati je, bila rasa nk pegi, pegi je sini.. hahahahhaa...

Thursday, July 22, 2010

Pisang dan Hati...

Ini adalah satu kisah teladan yang aku ada terbaca dlm blog sape tah.. Tp cerita nie aku rasa amat berguna utk kita jdkan pengajaran. Jom layaaan...

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.


Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.


“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.


Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.


Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!

So.. apa yang korang dpt dari citer kat atas tu??? Menarikkan utk dijadikan iktibar.. ;D

Wednesday, July 21, 2010

Zalim kah kami??? Kejam kah kami???

Pagi smlm.. Biler aku bangun pagi dengan penuh semangat nk pegi keje,  aku kejut anak aku dengan penuh perasaan keibuan.. tetiba aku anak aku boleh plak menangis meraung2 macam aku pukul.. haaaihh... naik temprecure aku pagi2...

Otw datang keja, tetiba jalan boleh pulak jem.. aduhaii.... tension aku...

Balik keje, penat2.. tetiba anak aku buat hal pulak.. dok tak duduk, dok merengek2... panjat sana.. panjat sini.. pastu jatuh.. nangis raung2.. jatuh sikit jer.. menangis jer lebih... boleh plak, mulut jer meraung2, air mata tak da... aduss.. bengit2...

Buat anakku ilaaa...
1. Bangun jer dari tdo, ilaa nangis2 tak tentu pasal. Sbb mama tahu, illa bukan mcm tu kan sayang.. ila gud girl.. mudah utk dikejut. bangun pagi terus senyum.. nape illa berubah dah skrg... huhhuuhuhuhu... sian mama tau...

2. Bangun jer tdo, belum sempat cuci muka, ila dah mintak nk gula-gula or iskrim.. Mama akan marah ila. Bukan mama kedekut, tp mama marah sbb pagi2 tak elok mkn gula-gula dan aiskrim. Nanti rosak gigi..

3. Illa suka panjat-panjat.. lompat-lompat.. Bukan mama marah sesaja.. nanti jatuh, kang sakit.. Illa juga nk nangis. Nk melompat boleh, tp kena g padang or tempat yang sesuai..

4. Ada org kata, mama n papa tak bg perluang illa buat pilihan sendiri. Perlu ker? Mama rasa illa masih kecik, tak perlu buat pilihan. (pilihan yang dimaksudkan, korang bawak ank g kedai menan, pastu suruh dia pilih sendiri apa yg dia nak... ada berani?? logik ker??)..

5. Ada org kata mama n papa zalim kat illa... ZALIM ker kalau kami tak bg ank kami mandi di swiming pool di mana situasi swiming pool tu, penuh dgn orang.. sesak.. air pun dah bertukar color... ZALIM ker kalau kami pkkan kesihatan anak kami????

6. Ada orang kata, illa byk pantang larang... YES.. betul.. Bagi kami, budak2 perlu didik diusia muda.. Betul. Illa tak mcm budak2 lain. Boleh di bawak ke kedai2 mainan tanpa meminta mainan utk dibelikan. Sbb kami dah train dier NO mainan. But ok with food n book. Cuba bawak ank2 sedara aku ke kedai mainan, kompem nangis guling2 kalau tak bli mainan kat diorg.. (Kredit utk ank aku illa.)

7. NO COKLAT + Askrim.. YES.. Betul.. Kami tak biasakan illa ngan mknan2 tu semua. Memang budak2 gemarkan, tp not buy by us... Kadang-kadang jer aku blikan just utk dia rasa. Not utk di amalkan.

8. MENANGIS... illa.. dia tahu, kalau dengan aku or en.asben, dgn menangis dia takkan dapat simpati kami. Cth: dgn menangis, dia akan dpt apa yg dia nk. Dgn kami, JGN HARAP nk dapat.. By today, ank aku hanya akan guna taktik tu dgn org lain. Not with us...

9. SAYANG... illa nk tahu, mama n papa sangat sayangkan ilaa. Kami marah illa semuanyer bersebab.. Yg illa perlu tahu, mama n papa sayangkan illa..

Inilah kisah aku.... Kejamkan kami???

Tuesday, July 20, 2010

Facebook oh facebook...

Dah lama aku tak menulis kat sini. Hari nie aku nk bercerita pasal facebook. Dulu masa zaman-zaman aku dok kat penang, aku pelik.. Napela ramai org suka dok berfacebook kan. Bg aku, tak beh pun. (sbb kat ptg dulu, fb tak bleh bukak. kena blok). Sejak-sejak aku dok kat LJT nih, byk juga la masa terluang yang aku ada. Tambah2.. Pagi2.. Rutin harian aku skrg nie.. Sampai jer opis..
   1. On laptop
   2. G toilet siap2
   3. Bukak report builder..
   4. Bukak Facebook, sbbnya nk menunggu report builder nk dibukak, amatlah lembab kat laptop aku nih..
   5. Buat keja mcm biasa....

So.. itu rutin aku di pagi hari.. Lepas tu, aku buat la keja2 aku. So, ada kawan2 aku kata, aku nie keja dok berfb ja, sbb diorg asyik nampak aku online kat facebook. Tak wat keje ker??? Nie aku nk cerita, aku buat keja la nie.. sambil2 wat keja, aku berfb. Laptop aku nie, kategori sibut sedut dah. Bila aku compile or run coding report aku, kena tggu sezaman utk mengeluarkan outpun.. Itu yg aku sembat berfb semua.. Hehehhee...

Ok.. nk citer pasal kebaikan fb. Yg bestnyer.. aku dah jumpa rakan2 sepermainan aku.. Yg dah terpisah jauh. Pastu kluar la pic2 zaman aku tadika.. sekolah menengah n mcam2 lagi.. Best sangat.. Kenangan lama menguit hati aku... So.. layaaaan... Pic2 yang aku amik dari fb aku + kawan2 aku...

Nie masa aku kat tadika..
Zaman kecik2. Ngan nyang aku..
Ngan mak aku.. miss u mom...
Zaman aku time slim2... Hehehehe..

So... layan ke la pic2 yg aku dah letak nih.. No idea nk merepek apa dah.. K.. Choww..