Wednesday, February 10, 2010

KiSah PaKu

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.”Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya .Tetapi ingatlah,tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat dan keluarga adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan mendorongmu ke arah kejayaan. Mereka juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka maka jagalah mereka atau sesiapa sahaja disekeliling anda kerana, ada 3 perkara dalam hidup ini yang tidak boleh dikembalikan :
1)    Kata-kata setelah ia diluahkan
2)    Perbuatan & Keterlanjuran
3)    Masa lalu

Maka dengan itu hati-hatilah dengan apa yang kita katakan, apa yang kita putuskan namun sayangilah,hargailah serta syukurilah apa yang kita ada sekarang..

Monday, February 8, 2010

SaKit oh SakiT...

Sakit oh sakit.. Sokmo aku ngan sakit. Memang aku jenis berpenyakit kot. Sampaikan member opis n bos2 aku kata, aku nie suka mc. Ishh.. Tak patut betul tau, ada gak unsur2 tuduh aku  seolah2 sengaja mc. Tp tak pa la. Tak kena kat korang, mcm2 korang bleh kata. Kena batang hidung sendiri, baru tau.. Aku betul2 tak sihat tau. Bukan pura2 sakit. (tak kuasa aku nk pura2 sakit n p check doc, bukannya doc tu bodo.. bleh beza la, tipu ka betui2..check doc lak, bukannya murah, mahaii tau.. ) Kalo tak sakit, takkan doc sesaja nk bg aku mc.









Gambar selingan. (No kaintan sama ada yg hidup ataupun mati)


Sakit aku kali nie, sebenarnya ada kaitan ngan mc2 yg aku penah aku dpt dari klinik dulu. Aku sokmo kena gastrik yg agak teruk.(Guling-guling dulu, pas mkn ubat baru ok). Asal g klinik besa, doc bg ubat gastrik (ubat color putih n tak sedap tuh). Pastu rest sehari, dah ok. Pastu, jadi blk. Pelik aku. Tp.. kira ok lg aar. Kalo jd sikit2 tu, aku buat tak tau ja. Mls nk p klinik. Berbekalkan stok ubat dulu2, aku telan ja la ubat tu. Pastu terus ok.

Pastu, sejak 2 mggu lepas, aku selalu sakit dada. Aku selalu sebut sakit dada (tanya kak suhila ptg kalo tak caya). Tp selalunya time keja ja aku sakit. Tp.. masuk mggu ke dua, dia jd time keja pastu berlanjutan sampai mlm. Tp bila bgn esoknya, dah ok. Aku diam je la. Mls nk bg tau en.asben. Kang dia paksa aku p klinik. Aku dah bosan p klinik. Satgi doc bg ubat yg sama ja. (penuh box ubat aku dgn ubat. bleh bukak farmasi dah nih). Pastu asal kat site, bila semua dok kejan2 aku, pastu mcm2 problem aku nk kena tgk,  makin sakit lak dada aku. Haih.. aku ingat, aku kena lemah jantung dah. Takut.. takut.. Pastu nk dijdkan cerita, hari rabu ptg, dah blk umah dah.. aku sakit perut. Cirit birit plak. Pastu, dengan tak semena-mena, dada aku join sekali sakit (Sakit dada tu dari time keje lg okey. Tp on off. Bukan blk rumah baru nk sakit). Sejam pertama, dia on off. Elok jer pas mkn mlm, aku dah start blk ngan cirit birit. Ada la dlm 10 kali aku ulang alik p toilet. Tp yg tak behnya, sakit perut aku nih, terjoin sekali ngan sakit dada. Adeh.. Ada package 2 in 1 plak. Selalu, kalo sakit dada or cirit birit jer, aku bleh handle lg, ini 2 sekali. Smlman aku dok ulang alik p toilet, n dok tepuk2 dada aku sepanjang masa. En. asben ajak p klinik, tp aku tak mau. Aku kata aku dah mkn pil chekiteon n sapu bam kat dada. Hehehhee.. Dia lena tdo, aku still jd pengunjung setia en.toilet.(kalo toilet kena bayar, pokai aku mlm tu).  Lembik aku..















Gambar selingan lg....


Pagi khamis, dlm kul 6.15pg, jam hp aku bunyi. Maksudnya, aku nk kena p keja. Adeh.. camna nk p nih, sedangkan aku dah tak daya dah nie. Dah kurus aku rasa sbb apa yg ada dlm perut aku, semua dah buang. Aku pun sms la sesapa yg patut, kata aku nk p klinik dulu utk ubat cirit birit (tak mujarab lak pil cekiteon tuh). Pass antar illa p tadika, aku nk p klinik. Kali nie, en.asben ajak p BSC tp aku tak setuju. Sbb takut aar situ. Seraaaam.. Aku ajak p KPJ. Mak oi.. grannya KPJ nih. Mcm hotel.. siap ada reception lagik, Time dok belek2, pilih nk jumpa doc mana, sakit dada mkn menjadi2 plak. Geram aku. Kali nie, dah tak bleh nk tggkan badan, kena bongkok sikit, baru selesa. Aku rasa, mcm org tua dah. Huhuhuuu..

KPJ Penang Specialist Hospital

Time aku dok usha2 doc2 yg ada, aku tetiba terbaca satu nama. Familiar sgt. Doc Anuar??. Pas baca profile dia, memang comfirm, ini la doc yg treatment aku dulu (time tu kat PMC kedah), time operate buku lali dulu. Aku terus ckp, nk jumpa doc anuar. Pass buat appointmen, ada la dlm 2 jam aku tunggu nk jumpa doc tu. Time tu, perut + dada dok buat hal lg. Jenuh aku pusing2 cari toilet.
Ini la doc anuar.. My favorite doc...

 Huhuhuuhu.. Aku dah sms ida, kata aku memang lambat. Nk kata nk mc, tak jumpa doc lg. Camna erk.. Pastu ada la sms yg menyebabkan dada aku tetiba bertambah sakit. Bukan dada ja, hati pun jd sakit. Bila aku sms, kata aku lambat pg td kan.. nie ada satu jawapan yg menyentapkan jiwa raga aku. (baru nk reply) "apa2 je la amy, dah bosan dgn excuse awak". Perghh.. sentap aku seketika. Salahkah aku??? Salahkah aku bila apa2 yg aku buat, aku inform dia. Event aku nk p keja lambat pun, aku inform dia. Event aku rasa tak sihat, pg2 buta aku dah sms dia. Sbbnya, aku tak mo dia kelam kabut kalo aku bg tau last minute. Tp.. Salah aku jugak ka.. (kang aku inform lepas p jumpa doc kul 10pg kata aku mc, pastu org tak dak lak kat site, pastu site ada problem plak, sapa susah??? dia jugak.)  Wuaaaaaaaaaaaaa.... Sedih wooooo bila dpt jawapan gitu. Seolah2, apa yg berlaku nih, aku dah plan (excuse). Sakit bleh di buat ka??? Jawap.. Jawap.. Apa2 pun, biarla dia. Yg penting, aku dah buat apa yg patut aku buat. Maybe jawapan yg aku terima tu, sbbnya, aku selalu bg alasan (mc)  kot. Tak per laa... Mls aku nk reply apa2 dah. Buat tambah sakit dada aku ja. Dah dia tak mo dgr, tak pe la. Pasni aku akan inform lambat. Biar berlaku kesahihan (doc bg mc, walaupun kalo kul 3 ptg baru aku dpt p klinik), baru aku inform kata aku tak dpt p keja. Always like them..

Sedih tauuuu...

Sambung citer blk.. Lepas 2 jam aku tggu.. Doc pun panggey la aku. Aku pun terang la apa sakit aku.. Doc sengeh je. Jawapan yg aku dpt "lama dah ke sakit?? baru nk mai kat sy ja nih, selalu mcm tu.. u berkemungkinan sakit dlm perut. i tahan u kad wad dlm sehari 2, sbb nk buat x-ray, periksa jantung ngan masuk kamera dlm perut aku". (note:time operate buku lali dulu pun, aku p jumpa doc bila dah teruk).Tersentap aku seketika, tp apa bleh buat, ikut jer la. Sbb dah sakit sgt. Huhuhhuhuhu.. Utk tak membuang masa, aku buat checkup semua tu dulu, baru masuk wad. Alasan bahagian admision,  "katil tak sedia lg". Perghh.. rasa mcm nk check in hotel jer. 1 day, buat x-ray ngan periksa jantung (buh alat kat badan). Keputusan doc utk 1 day "u berkemungkinan hyper apa tah (aku tak paham)". Dlm BM nya, sbb suka marah. Aku kah itu???... Maybe sokmo tahan marah ngan user2 kot sbb selalu buat silap, pastu tuduh sistem. Huhuhhuu...

Hari sabtu... aku p hospital blk kul 7.45 pg, kata nurse smlm, dok nk jumpa kul 8pg. Tp.. berjanggut aku tggu, last2, kul 11pg baru doc sampai. Kali nie, aku kena jumpa doc saiful lak, sbb dia yg nk buh camera dlm badan aku tuh. Soklan first aku  "nk buat nie, sy sedar ker tak". N jawapan doc yg buatkan aku lega "sy bg ubat tdo, jgn risau. dlm kul 1 satgi, kita buat".  Huhuu.. tunggu punya tunggu, last2 kul 3 baru aku di tolak masuk bilik bedah. Hilang dah rasa cuak aku. Lupa nk bg tau, nurse kat wad dah pasang jarum siap2 dah kat tgn aku. So, sampai je, tggu doc, elok doc sampai, nurse cucuk ubat kat aku. Nurse kata, ubat tdo. Aku pun pening2 la sekejap lepas kena cucuk. Nurse bok masuk corong (mcm corong tuang myk tanah) kat mulut aku. Pastu, tetiba aku nampak doc amik wayar besi pjg. Hah.. Sudah. Watpe aku dok jaga lg nih. Berdebar aku..Wuaaa.. doc tipu. Aku tak tdo pun.. (ker ubat tdo yg nurse cucuk td tu, tak cukup utk bdn aku??). Huhuhhu.. Sian aku. Sakit tau cucuk menda alah tu walaupun aku dah telan ubat kebas. Rasa sesak napas pun ada. Rasa nk muntah pun ada. Pastu rasa ada benda gerak2 dari tengkuk sampai dlm perut aku. Wuaaaa.. napelah aku tak tdo nih. Pastu, elok ja doc selesai check semua, diorg tolak aku kuar. Time nk tggu nurse wad mai amik aku tuh, time tu baru aku rasa ngantuk sikit. Daaammm... Lambat ubat tdo nk effect kat aku (sempat aku rasa sakit). Satgi nk ngadu kat en.asben. Huhuhu. Setel semua, aku ditolak blk ke wad, 1 things, aku ajak en.asben p cari mkn. Lapaq oooo.. Seharian aku tak mkn. Time tu, dah kul 4 ptg. Pas mkn, doc mai kat aku. "Positif awak gastrik. Tahap agak bahaya n ada kuman dlm saluran awak". Wuaaa.. pastu.. bla.. blaaa... blaa.. doc tu dok terang kat aku ngan en.asben. Ayat last yg beh, "kalau u nk home leave, u bleh home leave, tp jgn lupa mkn ubat sblm blk."  Yess.. tdo umah lg... ;)










Ini pic yg diamik oleh en. asben. Time nie, pass masuk kamera dlm perut, Aku tertdo lg lepas dihantar ke wad.. Huhuhu.. Ubat tdo baru nk menjalankan tugasnya..


Soknya, hari sabtu. Cam besa aku p kul 8 pg kat wad, sib baik tadika illa bukak hari sabtu sampai kul 2, kalo tak, haru biru. Hari nie, doc kata, aku bleh blk. Sempat aku borak ngan auntie sebelah aku tu. Rupanya, dia pun masuk kamera dlm perut gak. Dia tanya aku, sakit tak?? Aku kata la sakit, dia kata, dia tak sedar langsung time doc buat. Bila blk wad pun, dia still lg mamai2, tak leh nk jln. Tp aku.... Langsung tak rasa cam apa dia rasa. Huhuhuhu... Pelik.. Pelik.. Auntie tu ker yg tak normal?? Ker aku??? Tggu doc, sampai kul 3 ptg baru dia sampai. Doc saiful bg aku discharge. Tp, dia pesan, ubat yg aku mkn tu, kuat n ada effect. Kalo bleh, tahan sakit tuh. N dia bg aku mc seminggu sbb ubat tu kena mkn seminggu secara berterusan. Tak pe la. Janji bleh kuar wad n cepat baik. So aku discharge 4 ptg lepas berjanggut jugak tggu doc anuar mai, nk surat mc n laporan tentang sakit aku. Penting tau surat tuh.. Senang aku nk bg kat opis aku. Hehehehe..

Ini mc aku ori tau.. (kot2 ada yg tak caya)

Ini lak, surat doc utk opis aku.. (detail pasal sakit aku)

Hari nie hari ahad.. Maksudnya dah masuk hari ke 2 aku mkn ubat (ubat doc saiful) utk hapus kuman dlm badan aku (refer pic kat atas utk lebih detail). Memang doctor tak tipu aku la. Aku ingat, doc sesaja ja bila dia bg tau aku "ubat nie effect dia kuat, yanti akan rasa sakit, kalau boleh bertahan yer".. Huh.. betul lak apa dia kata. Patut la first day aku mkn ubat tu, berguling-guling aku tahan sakit. Time tu, tak tahu lg, kenapa aku bertambah sakit. Hampir-hampir en.asben nk hantar aku blk hospital time tu. Sib baik aku pura2 ok. Hehehehe.. Sori en.asben. Sy tak nk p hospital, nanti kena masuk wad blk.  Yang penting hancus cita2 aku nk lepak2 kat umah.

Flash back sikit...

Aku masuk wad kat KPJ 4/2/2010. Tp sebelah mlm, aku dpt home leave dari doc. (Sian kak mah, dia lawat aku kat hospital tp aku dah blk umah time tuh. Sori erk kak mah). Sbb nya, hanya aku perlu amik ubat dari nurse, aku telan ubat, dah bleh blk. Tak da plak nurse kata, ada apa2 site effect pas amik ubat.
Hakikatnya, berbeza. Sib baik daya tahan sakit aku, kuat jugak.. Bedenyut2 rasa dlm perut aku. Berguling2 aku tahan sakit. Huhuhuhu.. Patutla doc ckp akan rasa sakit sikit, (tak de sikitnyer) memang sakit byk. Tak da nya sikit2. Tp tak pe la. Bg aku, ubat mana yg cepat baik, yg tu aku nk mkn. Janji dpt keje  blk. Skrg nih, tahu la langit tinggi ke rendah.. Wuaaa... Dlm sehari, kena amik ubat 2 kali. Pg n malam.. Aku dpt tenang sikit pun, area kul 6ptg ke 8 mlm n 6pg-8pg. Sbbnya, effect ubat time tu, dah kurang kot. Sian en. asben. Kena masak + wat keje umah + layan karenah aku ngan illa. Huhuhhuhu... Ini aku baru ada bunga2 nk sakit. Sbb aku baru jer telan ubat. K aar.. makin sakit plak perut aku nih. Huhuhhu... Chow... Gud nite...
... by Amy

Wednesday, February 3, 2010

UngKaPaN HikMaT....

Sebelum aku citer pasal ungkapan hikmat, aku nk luahkan persaan aku dulu. Ini berkaitan hal keje.. Seawal jam 8.00 pg, aku dpt panggilan dari ptg.. Sistem down.. Huh.. Bulat mata aku.  Sistem down di awal minggu.. Semuannya gara-gara ini....

Aku sampai je kat ptg, terus diberitahu, sistem tak ok. Apa lg, aku call la sapa2 yang patut. Gedubuk.. Gedebab.. Masa berlalu mcm tu jer, sistem tak ok lg. Pihak yang bertanggungjawab cuba sedaya upaya nk ok kan blk sistem. Haih... Geram tul aku.. Time aku ada mood nk wat keje, time tu la jugak, sistem offline.. Haih.. Geramm... Geramm... Tupp.. tup.. Sistem kembali online kul 3.45 ptg.. Dah dekat2 time aku nk blk lak tuh... Sabar jer.. Lepas pastikan semua nya ok, aku pun blk laa.. Sbb aku blk awal, aku dah tak tahan dah.. lapar gyler perut aku...

Pastu, sebelah petang nyer la, terjadinya peristiwa yg memarahkan aku... Marah ker.. Tak la.. Bila pk2 blk, jd kelakar plak. Peristiwa tu,buatkan aku insap seketika.. Kesnye... Berpunca dari anak kesayangan aku.. iLLa... Lepas amik dia dari taska, aku n asben dah plan nk g tapau bawal goreng jer kat perda.. Time tgh tggu en.asben g tapaukan makanan la, peristiwa nie berlaku..

"Mama.. ila cayaang mama" (sambil peluk cium aku)... Pastu dia start pegang2 pipi aku.. Tetiba.. kluarka ayat yang tak kusangka-sangka  "Mama gemuk" sambil tarik2 pipi aku.. Aku pun, apa lg.. bulat la mata aku.. Dlm hati aku, rasa pelik.. Sejak bila plak ank aku paham bab2 isu gemuk nih.. Aku tak penah lak main2 kata gemuk kat en.asben or sesapa.. haih.. mendatangkan kemarahan nih... Aku pun apa lg..

"Mama gemuk ker" aku tanya kat illa, ila just angguk jer.. Aku tak puas hati lg.. Haih... aku geletek la ilaa..(geletek sampai dia nangis.. muahahahha..).. Pastu aku tanya lg. n jwpan nyer.. tetap sama. "mama gemuk". Wuaaaaaaa.. Setahu aku, jawapan budak-budak adalah yg paling jujur... Adess... tetiba aku tersedar dari mimpi... Tetiba en.asben mai.. dia pun tanya la, nape aku mcm gaduh je ngan illa. Aku pun citer la, apa yg dah jd.. Aku ingat dia nk marah illa, tetiba dia bantai gelak.. Ciss.. Hampeh... Siap tepuk2 tangan ala give me 5 ngan ilaa.. Huh.. sama je 2 beranak.. Tak pe.. tak pe..  Tp kan.. cuba compere pic aku kat bawah nie.. Ketara sgt ker kegemukan aku nih??
Pic on 23 Mac 2008
 Pic on 30 September 2008
 Pic on 1 Jan 2009
Pic on 8 Feb 2009

 Disebabkan aku tak da mood nk bergambar, pic2 sepanjang tahun 2009 tak byk dlm simpanan. Ini jer yg ada.

Pic on 20 September 2009
 Latest Pic 17 Jan 2010..

Amacam... Ada perubahan ker.. Nilai laa.. Sila la buat kutukan or perpandingan.. Lepas buat n3 nye, baru aku perasan.. AKU DAH BERTAMBAH BULAT... Yer laa... Aku mcm semakin mengembang.. Bila tak, aku pun tak sedar.. patut la byk baju-baju aku dah tak buat.. Utk maklumat, baju2 yg dlm pic aku pakai tahun 2009 kebawah, semua dah tak muaaat.. Wuaaa... Tetiba sedey... Adakah kerana telah berkahwin dan menyebabkan badan aku mengembang?? ohhh tidakkkk!!!... Tp.. apa-apapun, aku berterima kasih kat anak aku, illa... Kata-kata dia tu menusuk kalubu aku... Membuatkan aku terpk nk diet... (tak tahu tahan baper hari aku nyer azam nih)

Caiyok.. Chaiyook.. Aku berazam nk turun berat badan aku blk sampai tahap aku di awal tahun 2008. Tu target aku buat masa nie.. Hehehhee.. K aar.. sambung nanti.. nk wat keje.. Byee..