Friday, June 22, 2007

Luahan Hati Ku di Usia 25....

Ermm.. AKu hari nie, genap usia 25 tahun.. Org ckp, dah 1/4 abad..
Byk kenangan pahit manis yg aku tempuhi.
Byk betul insan-insan yg muncul dlm hidup aku...
Insan-insan yg plg aku syg...
Walaupun mereka hadir hanya sekadar mematang kan aku, aku betul-betul bersyukur akan kehadiran mereka..

1- My lovely mum : pemergian mu diusia ku 19 tahun, telah membuka mindaku bertapa luasnya dunia nie.. Byk didikan yg di ajar dulu, amat berguna dlm hidupku..

2. My lovely dad : pemergian mu di usia ku 23 tahun, setelah kau didik aku sehingga berjaya.. Setelah aku mendapat pekerjaan, setelah aku memperlihatkan mu, arah hidupku, kau meninggalkan aku.. Kau meninggalkan dlm usia yg belum matang..AKu belum rela akan pemergianmu.. Namum, pemergian mu, byk mengajar aku erti hidup tanpa sokongan mantap dari both of you, mom n dad..Kau mengajar aku stand alone..

Sempena aku menjejakkan kaki ke usia baru, aku harap sgt, semua memori luka aku, dpt aku lupakan. Dengan pertolongan rakan-rakan kerja, aku dpt sambut birtday aku tanpa org-org tersayang. My office mate, berjaya membuatkan aku tidak terasa langsung tentang ketiadaan orang tersayang menjelang peningkatan usia ku. Thanks kepada team iLaunch Penang. Korang memang best. Terima kasih.. Aku takkan lupakan sweet memori yg korang dah kasi pada aku. N secara jujur, tahun nie aku dpt hadiah yg paling best sepanjang 25 tahun aku hidup di dunia nie. Thanks korang...

AKu dah berazam... Mulai dari saat nie, aku takkan membuatkan diri aku dipergunakan lagi oleh orang-orang yang tidak berhati perut... AKu takkan berkorban utk org lain lagi except for my family n my "husband". Maybe..

Ermm.. Apa-apapun... AKu berharap, ramai yg akan menyokong azam aku nie..

;-)

-aMy-
23.6.2007
12.02am

Sunday, June 17, 2007

Hadiah Istimewa

seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya

mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda
memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si
ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan
peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi
miliknya..beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat
kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya
berbunga keriangan



...satu hari...si ayah memanggil
si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan
dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di
ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini
menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si
anak,
menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak
terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang
berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah
ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat
membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.... dalam pada itu, si
anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak
dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover
kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak
memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya
membuak...nafsu mudanya bergelojak...ayah sengaja mempermainkan
saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya
ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang
saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja
bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau
sepicing utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam
beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan
kehidupan
baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.... 10 tahun berlalu..si
anak
kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan
isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun
hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak
pernah
menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya
berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia
semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak
diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan
harta...dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak
pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001
nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila
mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di
hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati
ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya
menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh
keharuan...tiba-tib! a...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus
kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata
diselotepkan disitu...kunci itu segera dipungut...hatinya
tertanya2...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit
pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan
bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan
tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk
putera
kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk
sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...
sekadar renungan
bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata
kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam
keadaan yg kita hajati?? aku bukannya yang terbaik utk memberi
nasihat...sekadar berkongsi ilmu..utk saling mengingati...



wassalam

Saturday, June 16, 2007

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)



Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.



Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.



Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.



Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.



Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.



Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.



Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.



Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.



Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.



Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.



Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.



Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman
asmara.