Seingat-ingat aku la kan.. Aku
belajar buat menda alah ni.. masa umur dlm darjah 5… Time tu baru cikgu ajar
guna watercolor. Sblm2 tu.. takat guna crayon ngan pensil color je.. Tul tak??
(ke aku sekolah aku je yg ajar lambat??)…
So.. berbalik ke zaman
sekarang. Ank aku.. memang aku dah biasakan guna watercolor ni kat rumah.. Tu
pun masa dia umur 6 thn la.. Masa tu.. guna watercolor pun.. jenuh aku pot pet
pot pet nk bg dia tak comotkan baju or kawasan sekitar tempat dia mewarna.. So
far ok laa.. (maybe takut ngan mama kot)
Tp.. Dlm last week, ank
kesayangan bawak blk kertas soalan periksa. Utk subject Seni Visual. Semua ada 6 soalan. Kena pilih
salah satu dan buat persiapan bahan2. Antara soalan2nya… Buat topi birthday dgn
hiasan sendiri, lukis buah kegemaran dan tapal bahan2 sendiri seperti bijan,
kerang dll, buat kertas pembalut dgn cara capan menggunakan tumbuhan seperti
batang pisang or buahan… dan ada beberapa lg yg lain.. (tak ingat dah). Masa
diberikan sejam utk buat jawapan yg di pilih.
Dlm byk2 soalan nie.. mula2 aku
and encik asben pk, better bg ila buat topi birthday je.. leh tampal2 stiker je
kan..Menjimatkan masa. Risiko untuk comot kertas lukisan + baju sekolah tu, tak
de la sgt.. So… smlm nie.. start kul 9 mlm.. Aku, SIL dan encik asben dok
mengajar la dia lipat2 buat topi birthday.. Bab menghias, no problem.. Tp.. bab
nk melipat dan letak renda-renda + gam.. memang bermasalah.. berkali2
mengajar.. tp stil senget sana sini.. tertampal tempat lain.. huhuhu… Sampai la tok guru –tok guru pun dah start mengantuk dan putus asa (tak
leh jd cikgu la kami)…
So.. nk menyelamatkan keadaan
SIL aku bg idea.. suruh buat cop2 je. Buat kertas pembalut. Time tu kul 11mlm
dah.. Geledah la kami 2 beradik cari bahan-bahan dlm peti ais. Tgk menda apa yg
ada… Sib baik watercolor pun ada kat rumah.. SO.. start la mengajar ila cara2
nk color bahan2 dan cop di kertas lukisan.. Ni antara bahan-bahan utk ila exam
besok..
So far.. hasilnya agak cantik
for first try… Ila excited gak buat menda alah ni. Sungguh dia berhati2 nk guna
color semua.. Just comot sikit je kat tgn (maybe takut aku bebel kot, kalau
buat kasar-kasar). Lepas setel mengajar cara semua.. ila masuk tido.. Tp… Aku
still risau… Tak tahu mcm mana ila besok nk jawab soalan tu. Takut dia
mencomotkan diri dan kertas jawapan je. Maklum la.. mama tak de (takut kat mama
je ila ni, tu yg hati2 lebih sikit)..
Pg td, sebelum g sekolah.. aku
dah pesan kat dia. Jaga bahan2 semua.. Jgn main bahan-bahan tu nanti rosa..
nanti tak de org nk sediakan yg baru utk dia.. Pastu… Hati2 gula color.. jgn
sampai kena baju.. jgn sampai color tumpah kat kertas lukisan or kena buku.. nanti lipat tgnbaju kurung sebelum mewarna.. mcm2 lg la aku pesann… TAPI………. Nama pun budak-budak kan.. Ni la hasillnya bila blk dari sekolah td…. Kertas
jawapan dia, aku tak tahu apa dah jd.. tak sabar nk tggu dia bawak blk hasil yg
dia buat kat sekolah td..
** Ilmu cop mengecop nie, cikgu
tak de lak ajar ila kat sekolah.. tetiba keluar soalan exam… camna tu?? Bukan
setakat ilmu mengecop.. kat skolah tak de pun ajar guna watercolor… Ker diajar time ila tak g sekolah??