Thursday, May 22, 2014

FooD StamPinG a.k.a MengeCop MakaNaN ???

Nk tanya korang la kan.. zaman-zaman  kita dulu.. ada tak kita kena cop-cop tumbuhan mcm carrot, bawang dll kat atas kerta lukisan mcm video kat bawah ni?? Ada tak?? Kita buat masa umur berapa erk??


Seingat-ingat aku la kan.. Aku belajar buat menda alah ni.. masa umur dlm darjah 5… Time tu baru cikgu ajar guna watercolor. Sblm2 tu.. takat guna crayon ngan pensil color je.. Tul tak?? (ke aku sekolah aku je yg ajar lambat??)

So.. berbalik ke zaman sekarang. Ank aku.. memang aku dah biasakan guna watercolor ni kat rumah.. Tu pun masa dia umur 6 thn la.. Masa tu.. guna watercolor pun.. jenuh aku pot pet pot pet nk bg dia tak comotkan baju or kawasan sekitar tempat dia mewarna.. So far ok laa.. (maybe takut ngan mama kot)

Tp.. Dlm last week, ank kesayangan bawak blk kertas soalan periksa. Utk subject  Seni Visual. Semua ada 6 soalan. Kena pilih salah satu dan buat persiapan bahan2. Antara soalan2nya… Buat topi birthday dgn hiasan sendiri, lukis buah kegemaran dan tapal bahan2 sendiri seperti bijan, kerang dll, buat kertas pembalut dgn cara capan menggunakan tumbuhan seperti batang pisang or buahan… dan ada beberapa lg yg lain.. (tak ingat dah). Masa diberikan sejam utk buat jawapan yg di pilih.

Dlm byk2 soalan nie.. mula2 aku and encik asben pk, better bg ila buat topi birthday je.. leh tampal2 stiker je kan..Menjimatkan masa. Risiko untuk comot kertas lukisan + baju sekolah tu, tak de la sgt.. So… smlm nie.. start kul 9 mlm.. Aku, SIL dan encik asben dok mengajar la dia lipat2 buat topi birthday.. Bab menghias, no problem.. Tp.. bab nk melipat dan letak renda-renda + gam.. memang bermasalah.. berkali2 mengajar.. tp stil senget sana sini.. tertampal tempat lain.. huhuhu… Sampai la tok guru –tok guru pun dah start mengantuk dan putus asa (tak leh jd cikgu la kami)

So.. nk menyelamatkan keadaan SIL aku bg idea.. suruh buat cop2 je. Buat kertas pembalut. Time tu kul 11mlm dah.. Geledah la kami 2 beradik cari bahan-bahan dlm peti ais. Tgk menda apa yg ada… Sib baik watercolor pun ada kat rumah.. SO.. start la mengajar ila cara2 nk color bahan2 dan cop di kertas lukisan.. Ni antara bahan-bahan utk ila exam besok..


So far.. hasilnya agak cantik for first try… Ila excited gak buat menda alah ni. Sungguh dia berhati2 nk guna color semua.. Just comot sikit je kat tgn (maybe takut aku bebel kot, kalau buat kasar-kasar). Lepas setel mengajar cara semua.. ila masuk tido.. Tp… Aku still risau… Tak tahu mcm mana ila besok nk jawab soalan tu. Takut dia mencomotkan diri dan kertas jawapan je. Maklum la.. mama tak de (takut kat mama je ila ni, tu yg hati2 lebih sikit)..


Pg td, sebelum g sekolah.. aku dah pesan kat dia. Jaga bahan2 semua.. Jgn main bahan-bahan tu nanti rosa.. nanti tak de org nk sediakan yg baru utk dia.. Pastu… Hati2 gula color.. jgn sampai kena baju.. jgn sampai color tumpah kat kertas lukisan or kena buku.. nanti lipat tgnbaju kurung sebelum mewarna.. mcm2 lg la aku pesann… TAPI………. Nama pun budak-budak  kan.. Ni  la hasillnya bila blk dari sekolah td…. Kertas jawapan dia, aku tak tahu apa dah jd.. tak sabar nk tggu dia bawak blk hasil yg dia buat kat sekolah td..


** Ilmu cop mengecop nie, cikgu tak de lak ajar ila kat sekolah.. tetiba keluar soalan exam… camna tu??  Bukan setakat ilmu mengecop.. kat skolah tak de pun ajar guna watercolor… Ker diajar time ila tak g sekolah?? 


Friday, May 16, 2014

Hepi Besday Adila..

Entry tertangguh lagi…

Hari nie dah genap seminggu my daughter mencapai umur 7 tahun. Tahun nie, as per request from birthday girl, majlis sambutan hari jadi buat secara kecil-kecilan je kat rumah. Tetamu plak.. Semuannya dari adk beradik.. kawan rapat aku n kawan rapat aku.. Sikit2 pun.. byk jugak la jemputan. Tp syg.. ramai gak tak dpt hadir. Maklum la.. majlis buat minggu lepas.. Cuti wesak plak kan.. So ramai yg amik cuti sambung-sambung.

Thanks jugak kat FIL, MIL, BIL dan SIL yg sanggup datang dari kg semata2 nk menjayakan majlis besday kali ni. (tukang masak import khas dari kampung tau).. Memang bermakna sungguh majlis kali ni. Kalau harap aku ngan encik asben je.. mesti menu sesimple-simple yang mungkin… Memandangkan pakar2 masak datang.. menu kali ni adalah… Nasi Tomato.. Ayam Masak Merah.. Kurma Telur.. Acar.. Spegeti.. Kek Besday.. Puding Roti (lupa nk idang.. huhuhhu..)..


So.. kepada para tetamu yang hadir … terima kasih byk2 sbb sudi melapangkan masa datang ke majlis kecik aku nie.. Dan ucapan dari adilan “terima kasih auntie2 sbb bg hadiah kat ila.. ila suka sgt2”. So.. layan je la pic  yg sempat aku snap…


Majlis bacaan doa selamat dan tahilil
Adila with her best friend..
Decorasi Majlis Yang Simple

Hadiah-hadiah yang di terima..




 Kepada adila... Ini ucapan dari mama n papa untuk adila..

  • Jadilah insan yang solehah..
  • Belajar rajin-rajin supaya menjadi insan yg berguna di masa depan
  • Plzzz... jgn aktif sgt ye sayang... ila ni ank dara.. jgn laa lasak sgt.. kurangkan sikit lasak tu tau...
  • Last but not least.. Mama dan papa sentiasa doakan kebahagian ila dunia akhirat. Semoga panjang umur.. murah rezeki.. tabah menhadapi kehidupan di dunia yg sementara ini..

Wednesday, May 14, 2014

InisiaTive UnTUk KURUS.. Berkesan KE???

steamboat n grill in the house.. Cara makan unutk untuk diet… Leh CAYA TAK????



* panggang-panggang ngan rebus-rebus je.. mesti leh menurunkan berat badan kan... kan...

Suku Tahun Pertama 2014

Assalammualaikum…

Dah lama kan aku tak update blog nie.. Hampir2 5 bulan tak update. Last entry aku, pasal ank masuk darjah 1.. Tu je.. So.. Mcm2 menda nk update sebenarnya.. tp agak kemalasan.. So.. bleh tak kalau aku buat rumusan by month je… Senang sikit nk bercerita..

Bulan 2 – 2014

So far bulan 2, byk benda tak best berlaku.. Aku n my daughter asyik silih ganti demam. Asyik keluar masuk Columbia Hospital je.. Huhuhhuh.. But.. Syukur alhamdulillah, semuanya ok di penghujung bulan 2. Bulan ni gak, aku byk blk Perlis utk setelkan urusan2 peribadi..

Bulan 3 – 2014

Bulan nie pun sama. Blk Perlis lagi. Alhamdulillah.. semua urasan dah setel. Utk bonus buat buat diri sendiri dan family tercinta…Kami sekeluarga menghabiskan masa bercuti sesama. Best sgt2 bila insan2 di sayangi ada disisi.. (ada gak yg tak join.. lain kali buat lg).







Bulan 4-2014

Bulan ni bulan air kena catu. Amatlah menyusahkan urusan harian. So.. alang2 air kena catu kat rumah.. kami sekeluarga memang tak lekat kat rumah time cuti sabtu n ahad. Ada je aktiviti kami. Hehehehe.. Aktiviti yang merabakkan poket, tp menyeronokkan….
  


 So.. setakat ni n3 bg 3 bulan bg tahun nie.. Hehehe.. To be continue utk entry2 bulan 5.. (mintak2 rajin la aku nk update)