Friday, July 20, 2007

Memahami Pasangan Mengikut Situasi

Orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat kerana mampu mengalahkan keinginannya untuk mementingkan diri sendiri



Bercinta dengan Anak Tunggal



Kebiasaannya anak tunggal kaya dengan perasaan. Kekayaan perasaan ini menjadikan mereka individu yang lebih sensitif. Ini adalah kerana mereka telah terbiasa dengan limpahan kasih sayang dari ibu bapa yang sememangnya tidak berbelah bahagi. Dalam erti kata lain, ada kalanya mereka tidak menghiraukan perasaan orang lain ataupun terlalu mengambil berat, bergantung pada cara mereka dididik.



Individu yang ditakdirkan bercinta dengan anak tunggal haruslah memahami bahawa anak sebegini biasanya mendapat perhatian yang lebih daripada ibu bapanya. Mereka amat mengambil berat perihal anak tersebut termasuk dengan siapa anaknya berkawan dan siapa bakal pasangan hidupnya. Pergerakan anak tunggal terbatas dengan pengawasan ataupun kongkongan daripada ibu bapanya. Oleh itu anda haruslah berhati-hati dalam menjaga hati kedua-dua ibu bapa anak tunggal ini. Anda juga harus berhati-hati dan bijak dalam menawan hati anak tunggal yang serba kaya dengan perasaan dan perhatian daripada kedua-dua ibu bapanya.



Bercinta dengan Anak Orang Miskin



Bercinta dengan pasangan yang datang daripada keluarga miskin memerlukan kesediaan dan pengorbanan untuk turut berada dalam suasana yang susah dan serba sederhana. Anda harus cuba sedaya-upaya menjadi individu yang merendah diri, tidak sombong dan fleksibel dalam apa jua keadaan. Maknanya, anda harus bersedia untuk makan di atas lantai ataupun mandi air perigi ataupun air kolah yang sejuk dan melakukannya dengan hati yang rela supaya tidak menyinggung perasaan keluarga pasangan yang serba kekurangan.



Kemiskinan bukanlah suatu keadaan yang mutlak. Apabila di awal perkenalan anda dengan teruna ataupun gadis itu, keluarganya berada dalam kemiskinan, keadaan mungkin akan berubah dengan adanya kehadiran anda dalam keluarga tersebut. Kemiskinan boleh diubah menjadi sederhana ataupun berada bergantung kepada ketekunan keluarga tersebut untuk memperbaiki mutu kehidupan dan pendapatan mereka. Keadaan akan menjadi lebih baik lagi sekiranya anda datang daripada keluarga berada yang pemurah dan berhati mulia.



Bercinta dengan keluarga miskin sepatutnya menjadikan anda seorang yang insaf dan bersyukur dengan keadaan hidup yang serba cukup dan mudah. Anda harus menjadi insan yang prihatin kepada perasaan keluarga miskin kerana mereka sudah puas merasa kesusahan hidup dengan bebanan kewangan yang sentiasa berlarutan. Anda harus bersedia dengan kewangan yang cukup kuat bagi membantu keluarga bakal isteri ataupun suami untuk berubah dan menikmati kehidupan yang lebih baik apabila anda ditakdirkan menyertai keluarga itu nanti.



Bercinta dengan Anak Keluarga Berada



Pertentangan cinta antara dua darjat sentiasa berlaku dalam masyarakat kita. Keadaan ini berlaku apabila golongan berada terlalu mementingkan status dan kedudukan mereka. Maka dalam hal ini, anda haruslah memahami psikologi keluarga yang berada atau kaya. Sekiranya anda seorang yang rajin, berani dan tabah, anda boleh bersedia untuk memenangi hati dara ataupun teruna yang berasal dari keluarga kaya. Sebaliknya jika anda tidak berani menanggung risiko, malas berusaha untuk mengubah status ekonomi keluarga dan tidak tabah mendengar tohmahan, cemuhan dan ejekan dari pelbagai pihak, batalkan sahaja niat untuk beristerikan ataupun bersuamikan anak orang kaya. Lebih baik perit sekarang daripada perit kemudian.



Bercinta dengan anak keluarga berada mempunyai implikasi yang tersendiri kerana anak keluarga berada biasanya memiliki stail percakapan, gaya, pakaian dan cara hidup yang agak berbeza dengan golongan kebanyakan ataupun golongan miskin. Mereka telah terbiasa dengan kehidupan elit, serba mewah, moden dan ada sesetengahnya suka menunjuk-nunjuk ataupun berlagak dengan kemewahan yang dimiliki. Tetapi bukan semua anak keluarga berada mempunyai sikap begini. Hanya segelintir sahaja sedemikian.



Apabila bercinta dengan anak keluarga berada, janganlah menunjukkan kelemahan diri walaupun anda datang daripada orang kebanyakan ataupun miskin. Tunjukkan bahawa anda juga mempunyai kelebihan walaupun bukan dari sudut kebendaan. Tunjukkan keikhlasan dan ketulusan anda bercinta bukan kerana mahukan kekayaan pasangan.



Meskipun anda tidak mempunyai harta yang banyak, anda masih boleh menguasai ilmu dan kemahiran-kemahiran yang mampu menarik hati keluarga berada tersebut. Anda juga harus membuktikan bahawa anda boleh membahagiakan anak mereka walaupun tanpa limpahan wang ringgit. Apa yang penting adalah keyakinan yang tinggi pada diri sendiri dan sikap bertanggungjawab yang mampu mengubah keadaan hidup dan keluarga untuk mencapai tahap yang boleh dibanggakan dan disanjung oleh masyarakat.



Bercinta dengan Pasangan yang Mempunyai Ramai Adik-beradik



Bercinta dengan pasangan yang mempunyai ramai adik-beradik memerlukan kesabaran, tolak ansur, berupaya untuk berkongsi, bekerjasama dan mengambil berat hal ehwal mereka. Anda harus pandai menyesuaikan diri sekiranya anda berasal daripada keluarga yang kecil bilangan adik-beradik. Selain itu, anda harus sentiasa berbesar hati menerima bakal adik ipar yang ramai. Pendek kata, anda harus sentiasa berfikiran terbuka dan berbesar hati dengan kewujudan mereka.



Anda harus bersedia melayan pelbagai kerenah dan peribadi yang ditonjolkan oleh adik-beradik pasangan. Penting juga untuk mengambil hati adik-beradik pasangan, sesekali jika mampu berilah hadiah kepada mereka. Belajar mengingati nama-nama dan peribadi mereka. Anggaplah mereka orang yang penting dan relevan dalam kehidupan anda, terutamanya selepas anda berumah tangga kelak.



Lebih baik lagi jika anda menjadi penyatu dalam keluarga, insan yang dihormati dan disanjung oleh mereka. Perkara yang utama adalah sentiasa berfikiran positif, berbaik sangka dan menjaga perhubungan, tingkah laku dan pertuturan ketika bergaul dengan mereka.



Bercinta dengan Pasangan yang Berbeza Agama dan Budaya



Bercinta dengan pasangan yang berlainan budaya dan agama mungkin menimbulkan beberapa masalah. Antara tentangan yang biasa diterima adalah daripada keluarga ataupun kawan-kawan. Anda akan di label sebagai mangsa cinta buta, menyeleweng, murtad dan sebagainya. Walau bagaimanapun tidak salah sebenarnya untuk bergaul dengan orang yang berlainan agama dan budaya, asalkan anda pandai menyesuaikan diri dan mempunyai peribadi yang kukuh dan stabil.



Apa yang anda perlu lakukan adalah mempelajari agama dan budayanya, serta belajar mengambil hati keluarganya. Islam adalah agama yang menghormati perhubungan sesama manusia, tidak mengira agama, bangsa dan negara. Hormati cara hidup mereka tetapi anda perlu ada pendirian yang teguh dengan agama sendiri. Jaga hati, tutur kata dan perlakuan ketika bergaul dengan mereka.



Gabungan budaya dibenarkan asalkan tidak melanggar hukum Islam, tetapi pendirian agama harus dipelihara. Jangan mudah terpedaya sekiranya kekasih anda mengajak tukar agama. Seharusnya dia menghormati diri dan agama anda, bukannya bercinta kerana ‘ada udang sebalik batu’. Berhati-hatilah dengan mubaligh Kristian dan Hindu yang semakin berleluasa pada hari ini. Terdapat kebaikan universal dalam setiap agama dan budaya tetapi Islam menghalang sekeras-kerasnya perbuatan murtad dan mensyirikkan Allah kerana cinta.

Rahsia Perwatakan Melalui Golongan Darah

Gologan darah A
1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
4. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.



Gologan darah B
1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.



Gologan darah O



1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.



Gologan darah AB
1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.

Personaliti Diri Mengikut Haiwan

Haiwan & Zodiak
Tahukah kamu bahawa tarikh lahir mu juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri kamu dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahirmu serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti kamu akan mengenali diri kamu dengan lebih mendalam selepas ini!



KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November



TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos



ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember



SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November



MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember



PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober



MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember



HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober



ARNAB



Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.



KUCING



Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.



MONYET



Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan persahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, 'hidup mesti ceria!' Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.



HARIMAU KUMBANG



Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.



TIKUS



'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.



SINGA



Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Individu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.



PENYU



Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'.



MERPATI



Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harianmu.