Thursday, December 30, 2010

YahOO... BeSok CuTi..

Fisrt.. Aku nk ucap tahniah buat Team Bola Sepak Negara atas kejayaaan memenangi Piala Suzuki AFF smlm.. Tahniah sekali lg aku ucapkan. N paling besh.. Besok PM kita umumkan sebagai cuti umum.. Yahoo.. Cuti...


Wednesday, December 29, 2010

MaLaM Nie BOLA.. Jgn LuPa TaU.. JaM 8 Mlm.. Tv 1.. LiVe LaGik..

Wahh... Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Mlm nie mlm penentu perlawanan bola antara Malaysia vs Indonesia. Rata-rata media sibuk berkata2 hal nie. Tp kan, aku terasa risau akan keselamatan pemain + penonton Malaysia yang kat Indonesia tuh. Penyokong2 fanatik diorg tu, mcm tak puas hati jer ngan kita kan.. Adoii.. Kalah menang tu, adat perlawanan la kan. Kalau la mlm perlawanan lepas tu, Indon menang, sure isu laser tu tak dibangkitkan.. Alasan ja oii.. Udah-udah laa.. Main ikut peraturan la.. Dah kalah tu, kalah.. Kita tgk mlm nie plak.. Kalau Malaysia memang, musti diorg nk naikkan isu apa lg, pun tak tau la.. Chaiyok Malaysia..

Persiapan aku sekeluarga mlm nie, dah bermula dari pg hari lg.
  1. Kemas rumah semua siap2.. Mana la tahu, tetiba ada org nk join tgk bola kat umah kami nanti..
  2. Masak mkn mlm awal2.. Takut tak sempat nk mkn sblm perlawanan bola mlm nie.
  3. Make sure bill letrik dah bayar. Kang tak pasal2 TNB mai potong letrik, sbb tak bayar bill. Melepas nk tgk bola mlm nie..
  4. Cari baju color kuning. Nk pakai mlm nie. Kalau tak dak gak, satgi singgah beli kat supermarket..
Amacam, semangat tak kami sekeluarga?? Anda bagaimana??
TeaM KeBaNGgaan KiTa

KeTaM oh KeTaM...

Balik dari opis smlm, aku, en.asben n illa g pasar mlm depan opis aku nie. Niat di hati, nk beli barang2 rumah + lauk utk mkn mlm. Hari nie, en.asben tingin nk mkn ketam. So, first tempat di tuju adalah tempat menjual ikan. Selepas di tgk2, disitu ada di jual ketam. Sekilo RM22. Mahai gak tuh.. Bulan lepas aku bli, sekilo baru RM18.. Dammm.. Harga dah naik. Tp, nk tak nk, beli la juga. Sbb nk mkn kaaan.. Selepas di pilih2, aku amik 3 ekor je ketam. (ketam besar laa).  Timbang2 kena la charge RM18 hinggit. Camnie la lebih kurang rupa ketam2 yang aku pilih.. Color biru.. N fresh lg..
Lepas bli ketam, next target beli bawang... Daging.. Semua barang2 di bawa oleh encik asben. Sbb berat plak aku rasa kalo nk suh aku bawak semuanya.. (tak de la berat sgt pun.. ngada2 je lebih..) Dah selesai bli semua, maka kami pun bergerak la ke keta. Simpan barang, nek keta n otw blk umah, sembang2 la nk masak apa ketam td tu. En.asben ckp, dia nk masak cabai ja. Aku pun setuju la ngan menu tersebut. Dah terliur2 nih, pk nk mkn ketam..  Pastu, tetiba aku tingat myk masak dah tinggal sikit kat umah. So, aku ajak la encik asben shopping di Giant Batu Cave. Setelah selesai beli belah kat Giant, kami pun blk lg umah. Shopping sampai la kul 7 (terlajak shopping.) Then blk umah..

Sampai je umah, en.asben pun cari2 ketam yang dibeli td. Nk siang utk dimasak...
     En.Asben : Yang, mana ketam yang beli td. Tak da pun kat barang2 pasar mlm nie.
     Aku : Laaa... kan dok sekali semua, tgk la situ..
     En.Asben : Tak dak pun nie.. (muka dia dah lain dah time ni)
     Aku : Aik.. kan abg yg bawak barang td.. Cicir dlm keta kot. P la tgk dlm keta..
     En.Asben : Huh.. sat abg p tgk.. (laju ja dia g kat keta)
     Selang seminit.
     En.Asben : Tak dak laa.. Adoii.. Mana plak p ketam nie...
     Tetiba...
     Illa : Ketam mana papa??? Td hantu amik ketam...
     En. Asben n Aku : Uih.. (sambil buat muka heran).
     Setelah di cari2 merata tempat, selongkar barang2 yang dibeli td, tp still tak jumpa gak ketam tu.. So.. En.Asben pun bersuara dgn nada yg agak kecewa..
     En.Asben : Tak pe la.. tak da rezeki kita la tuh.. Khamis nie, kita bli len k..
     Aku : Haih.... Tak pe la. Tak da rezeki.. Tp pelik laaaa. Mana hilangnya ketam nie.. Nk kata tertinggal, tak nyee..
    En.Asben : Dah2.. tutup cite bab ketam.. Buat sakit hati je..

So.. camtu la cerita nya.. Tah mana la ketam tu hilang. Burn wet aku RM18 ptg smlm. Aduss.. Kecewa gak kami sekeluarga sbb tak dpt mkn ketam.. Tak pe la.. Tak da rezeki  lagi... Khamis nie, aku try bli lg.. Kali nie, aku akan pgg plastik ketam tu sampai rumah.. Kalau hilang gak, tak tau laa.
Sedih.. tak dpt mkn ketam..

Tuesday, December 28, 2010

3 Days To go...

Sedar tak sedar, lagi 3 hari kita nk menjejakkkan kaki ke tahun baru 2011. So, apa yang korang dah buat untuk tahun nie?? Azam tahun nie yang korang buat tahun lepas dah tercapai ke blum?? Bagi aku plak, apa matlamat yang aku azamkan tahun lepas, sedikit sebanyak tercapai juga. Antara azam2 aku tahun lepas...
1.  Pindah rumah lain ... (Done). Skrg dah dok KL okkey.. Gudbey penang...  NeW EnVIromeNt
   
2.  Tukar keje lain ... (Done).. Aku tak da la tukar company pun, cuma aku di tukarkan di bawah projek lain. Tak dok bawah projek lama dah... So, lebey kurang tukar keje gak la kan.. kann... New Work Place

3.  Jalan-jalan dengan keluarga ... (Done)... Tahun nie jer, aku dah berjaya berjalan2 ngan family aku ke Langkawi... Genting Highland.. Tambun.. Melaka... KL.... Cameron Highland... Kelantan... RuJukan di N3... LangKaWi, ada yg aku tak masukkan dlm n3.... Sbb tiada perkhidmatan internet di kg aku.. :P
GenTing HighLanD...
    GeNtIng LaGik..
    P.LanGkaWi
    P.D..
4.  Tambah bilangan ahli keluarga.. (Not done).. Ini rezeki dari Allah. Aku hanya boleh berusaha, tp Dia masih belum memberi..

5.    Ajar ank tido bilik sendiri ... (Done).. Walaupun baru 3 hari ank aku tdo dlm bilik  dia sendiri, tp aku rasa usaha aku n en.asben dah ada berbau kejayaan..

Itu adalah antara azam2 aku tahun lepas. Ada yang tercapai n ada yang tak tercapai lg. Apa-apa pun, yang tak tercapai, postpone ke tahun depan je la.. :P...

Monday, December 27, 2010

BiBir peCaH

Ni cerita rentetan dari hari sebelum nya. Disebabkan ankku (illa) terlampau xcited ada bilik sendiri, maka hari Ahadnya plak, dia sibuk nk main2 dlm bilik die. Aku n en.asben biarkan je la, sbb kami ada misi lain utk dilaksanakan. Balance cat dari bilik ila, ada sikit lg. So, kami plan nk cat di ruang tamu. Aku n encik asben sibuk la mengecat ruang tamu, manakala illa plak, sibuk bermain2 di dalam bilik. Tah apa yg dimainkan, aku pun tak sure. Tp yang pasti kedengaran seperti dia dok terjun2 dari katil dia. Maka.. Aku pun..

Mama : Illaaaaa!!!! Buat apa tu?? Jgn lompat2.. nanti jatuh..
Illa : Tak aah. Illa tak lompat2 pun.. (hampes, sure tak nk ngakunyer..)
(diam seketika, tiada bunyi gedebuk gedebab dari bilik ilaa)

Setengah jam kemudian... Bedebuk.. Bunyi yang agak pelik. Dlm hati aku terdetik, "musti jatuh budak nie". Selepas beberapa second, tetiba bunyi..."Wuaaaaaaaaaaaaaaa... Sakit mamaaaaaa...... (illa nangis sambil pengang bibir dia). Aku plak time tu, tgn tengah pegang berus cat, tetiba jd panic. Tgk darah menitik2 atas lantai. Haihh... Betuah punya ank... Dlm hati, terasa sayu + marah + geram. Sbb aku dah larang main lompat2 td, dia degil. Ini la padahnya. Bibir dia berdarah, sbb stund tak lepas, tersangkut kat katil. Aku pun, cepat2 basuh tgn, n amik tisu., lap bibir dia. Illa plak, meraung2 mcm org histiria. Sakit katanya. Aku pun, naik geram la, sbb dia nangis, lagi susah nk keringkan darah kat bibir dia tu. Aku ckp "kalau illa nangis lg, mama amik jarum, jahit mulut ila, nak??" Terus illa diam.. See.. Saja ja ank aku  nie. Manja sgt.. tapi yang best, menjadi gak ugutan aku.. Dia diam je lepas tu. Lepas kering darah, en.asben suruh letak myk gamat. Illa pun, dah stabil, n terus g sambung main kat bilik dia. Tp.. tu la, budak2, tak serik. Dgr lagi dari luar bilik, dia dok lompat2 atas katil.. Sabar je laa... Aku plak, asyik terpekik terlolong marah dia, supaya jgn main lonmpat2. Nama je anak perempuan, perangai macam budak laki. Lasak.. Nie la keadaan bibir ila.. Huhuhu..



See, macam org baru pas kena tumbuk kan.. Tp tu laa.. Ada ank yang sedang membesar nie, memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Tambah2 anak yang petah berkata2. Disebabkan kecederaan nie, agak susah untuk illa makan. Mlm tu, time makan nasi, dia asyik ckp "sakit la bibir nie".. Ckp berulang2 kali. Mula2 aku melayan dia, suh dia mkn pelan2. Tp tak nk dengar, nk suap byk2 dlm mulut. So, terkenala bibir yang cedera tu. Then, en.asben plak melayan dia, suap sikti2 n suh mkn pelan2,  tp sama nasib cam aku, FAIL okeey.. Dia still tak nk dengar nasihat kami. Lepas tu, aku tgk, dia mkn dah mcm org tak sakit.. Berselera jer.. Pelik gak.. Tetiba illa bersuara.."tgk, mkn nasi pelan2 tak sakit, apa la mama n papa nie" Aduss.. Kami plak yg dipersalahkan.. Padahal, itu la yg kami cuba sampaikan kat dia td..Sabar je laa.. Illa.. Illa.. Ini baru sorang ank, kami dah pening2 pala. Kalau ramai, tak tahu la camna...  Pic di bawah plak, adalah hasil cat dari aku n en.asben. Hentam saja.. Janji dinding rumah bercat kan...

K.. Takat tu ja nk bercerita utk hari nie. Aku dah nk start buat keje blk.. Ariousss...




Keranamu Anakku...

Memandangkan usia ank aku dah nk masuk 4 tahun di tahun hadapan, aku n encik asben merancang untuk mengajar ank aku tido sendiri di bilik nyer. Tapi.. MasyaAllah.. susah bebenor. Ank aku nie, dah la pandai ckp, pastu cerdik bermain kata2. Last week, terjadi nya perbualan ini..
          Papa : Mama, nanti kita suruh illa tido bilik sendiri la. Dia dah besar dah kan...
          Mama : Haa.. ok gak.. Ok tak ila (aju aku kat ank aku)
          Anak : Alaaa.. Illa kan tak besar lg, nanti ila besar, illa tido la bilik ila..
          ( Aku n encik asben saling berpandangan, tgh cari idea nk balas kata2 ank aku yg sorang nie)
          Mama : Ooooo.. illa kecik lagi la kiranya erk..
          Anak : Hoo laa... ( sambil sengeh-sengeh)
          Mama : Mmmm.. kalau kecik lagi, tak yah la mama bli buku + pencil box Hannah Montana kat illa.
                       Illa kan kecik lg kan.. (makluman, ank aku minat gila ngan hannah montana)
          Anak : Tak.. tak.. Illa besar dah.. Nanti ilaa tido bilik sendiri.. Tp.. Mama kena la cat bilik ilaa dulu...  
                      Letak meja tulis-tulis.. Letak cadar doremon... Beli lampu tido.. Bilik ila skrg tak cantik..
          Mama : Amboi2... Kang mama buat semua tu, illa tak tdo gak bilik ila, mama rotan.. OK??
          Anak : OK.
          Papa : Weekend nie, papa cat bilik ila.. Janji tido bilik sendiri tau.
          Anak . OK.  (sambil promise ngan calit jari ngan papa dia)

Perghhh... Budak2 skrg.. Dah pandai demand macam2. Nie baru umur nk masuk 4 tahun.. Dah mcm2 dia mintak. Sabar je la.. Untuk memenuhi permintaan ank aku, maka hari Sabtu lepas, aku n encik asben g la bli cat n mula la chat bilik illa.. Ank aku plak, apa lg.. hepi laa.. Cuma cadar doremon + meja tulis2 je aku tak bli lg. Tggu mama dpt gaji yer syg... hehehehe... Tadaaaa.. Nie la hasilnya setelah 2 jam aku n encik asben bertungkus lumus menyiapkan bilik illa..

So, malam tu, buat julung-julung kalinya, illa tido bersorangan dlm bilik dia. Tu pun, jenuh berkelahi ngan papa dia. Sbb mula2 dia tak nk tdo bilik dia. Nk tdo dlm bilik mama n papa gak. Tp last2, mengaku kalah, sbb papa dia ugut nk jahit mulut dia, sbb ckp tak serupa yang dijanji. Hahaha.. Kelakar plak aku rasa. Last2, aku tgk kesabaran en.asben dah terancam, baru la aku masuk campur. Aku pujuk ila elok2 n janji nak temankan dia sampai dia tdo. Pastu aku ckp encik teddy ada teman dia. So, tak yah la takut. N kalau dia tido bilik sendiri mlm ni, aku blikan dia buku Hannah Montana. So, akibat termakan ngan pujukan aku, illa pun tdo la dengan sendiri nya. Tdo ngan aman damai di bilik idamannya.. (idaman budak2)
Filem kegemaran ank aku (sbnrnya mama dia yg minat, ank terikut perangai mama die)
So, setel masalah nk ajar illa tdo bilik sendiri. Tp, aku plak tak bleh tdo ngan aman. Kejab2 aku bgn tengok illa kat bilik. Kejab2 tgk. Rasa pelik plak, bila illa tak tdo sebilik ngan aku. Huhuhu.. Tp tak pe la.. Budak dah nk besar, elok asingkan tempat tdo kan.. Ajar dari awal.. Bak kat pepata "melentur buluh biar dari rebungnya".

Dah jadi cam nie, payah dah. Kang patah plak bila nk lenturkannya.

Friday, December 24, 2010

KeNaNgan BerSaMa GenG InDeRaWaSiH

Hari nie, tah mcm mana aku menggodek-godek external hardisk aku. Maka terjumpa la pic2 lama aku bersama ngan budak2 rumah indrawasih di Penang dulu. Byk kenangan yang berjaya di imbau.. Kat sini, aku akan cerita sikit apa peristiwa yang berkaitan dengan pic-pic yang aku nk show..

Pic ni diambik kat umah my boss. En.Ismail. Time nie boss buat makan2 kat umah dia. Kebetulan ramai budak2 shah alam turun penang minggu nie. Saat nie, muka aku moyok sikit. Sbb aku tak berapa nk sihat. Demam weh.. Nie pic yang sempat diambil sblm makanan2 tu semua lincin..

Pic nie plak diambil kat bukit hijau. Bangun pagi tu, aku boring kat umah. Tak da menda nk buat. Kebetulan mggu tu, aku tak blk kg. So, aku kejut la budak2 umah. Yang ada time tu, memmer, efa n mekti ja. So, aku ajak la diorg g bukit hijau. Tah camna, semua setuju, so siap2 n g picnic kat bukit hijau. Menu kitorg hanyalah jajan dan air tin je... Simple tp mengenyangkan...

Ini aksi2 yang dilakukan di bukit hijau. Time nie, ada kami ber4 jer kat kawasan situ. Org ramai tak ramai lg. So, boleh la buat mcm2 aksi tanpa segan silu..

Pic nie plak diambil time nk blk dah. Cuma bleh amik pic ber3 sahaja, sbb tak bawak stand utk pgg kamera. Time nie, efa yang amik pic.

Aku n mekti, di bawah rimpunan pokok buluh..

Nie la housemate aku yg ikut serta g picnic kat bukit hijau. Buat housemate yg lain,  jgn marah or kecik hati erk.. bukan tak nk ajak korang, cuma aku tak plan aar nk g picnic hari tu. Tetiba je rasa nk g. 

Pic Ehsan dari kreativiti memmer rasanya..

Pic nie plak, time kami g picnic kat umah user mekti di DBD. Enjoy. Thanks kat kakak tu (tak ingat nama dah), sbb sudi layan kami.. Siap masak mkn tgh hari + mkn ptg lg.. Enjoy sgt2. Ada 2 org lg tak da dlm pic nie, iaitu ida n mekti.. Kalo korang perasan, diorg ada dlm pic nie, tgh menyelam kat belakang aku tuh..Muahahaha..
So, ini la kenangan yang paling indah aku dan korang. Miss u all. Skg nie masing2 dah ada life masing2. Aku n efa kat sini.. , korang (memmer, mekti n ida) still kat penang. Walaupun kita tak dok satu rumah dah, tp kita still FREINDS kanss... kansss...

Memory Cinta Ini Membunuhku

Setelah sekian lama aku tak menulis (aku demam okey.. pastu tak da mood nk menulis), aku dah bercerita satu hal. Hari nie, aku sibuk buat kerja sambil melayan lagu2 dari laptop efa.. Then yang menariknya.. Semua lagu2 yang efa pasang tu, semua ada kenangan tersendiri. Miss all that. Yang paling mencuit jiwa aku, bila aku terdengar lagu nie. "Cinta Ini Membunuhku" nyanyian D'masiv. Citer nya camnie..

Time tu, aku still kat penang n still lagi bujang. Bak kata org, time sengal2 lg time tu. Company aku ada buat meeting kat langkawi. N kami punya PMO (ida) merangkap housmate ada join meeting tu. Setelah di selidik, meeting tu akan berakhir hari jumaat n diorg akan blk hari sabtu. So, tetiba aku n meemmer dpt idea yang agak gyla sikit. Aku plan kami nk g Langkawi hari Jumaat tu. Atleast, dah lepas dah tempat tdo, sbb bleh tumpang bilik ida.. hahaha.. punya la sengal. Dlm byk2 budak umah aku, yg berani join idea gyla aku, adalah di si memmer a.k.a mahani. So.. Plan punya plan, maka dpt la kata muktamat, aku n memmer g langkawi. Dah la cuti pun, main sms je kat boss. Memang berani mati la time nih.. Muahahahaha...

Tup.. tup.. hari jumaat tgh hari, aku n memmer dah menjejakkan kaki kat Langkawi.. Utk makluman, kami memang cari nahas gak la, sbb boss ada sana n tanpa kelulusan cuti, kami berani g langkawi gak.. Amacam?? Korang berani buat tak mcm kami buat?? Muahahaha...

Sesampai je kat sana, terus serbu bilik ida. Lepak2 sana. Takut gak hati kami. Sbb takut terjumpa bos.. Tetiba... Ada kes meletup kat site memmer.. Aduss.. Sian memmer. Percutian kitorg tergannggu. Apa lg bila boss tahu kami kat langkawi, tak pasal2 ada 'meeting tergempar' yg kami kena join kat sana. Aduss.. Memang malang tak berbau betul.. Pastu memmer sibuk dok nyanyti lagi "cinta itu membunuhku". Lagu tu bukan tuk bf dia okey.. Lagu tu dituju khas utk user2 dia kat site.. Sian memmer. User dia tu, mcm dengki2 kat dier.. Asal dia tak da kat site, mcm2 isu yang ditimbulkan.. Huhuhuhu... Tp mood kami tak rosak sgt lg.. Ptg tu, siap bleh g pantai chenang lg. Mandi2. Punya la sengal, aku + memmer + ida mandi laut tgh hujan lebat. Gian nk mandi laut, hujan pun redah jer.. Hehehehe.. Thanks to nizam n wife, sbb sudi join kitorg ptg tu. Walaupun korang 2 tak sesengal kitorg utk mandi laut tgh2 hujan, atleast korang bleh tggu barang kitorg... Thanks alot..
NiZam n FaMiLy
Roomate aku (ida)

Mkn mlm, kami join makanan org meeting kat langkawi. Bak kata lain, memang 'terjoin' meeting kat situ, sbb boss call suh kami jumpa dia mlm tu. Huhuuh... Berbakul2 gak la + tebal telinga mendengar boss bebel2 pasal site. Adus.. Punah mood kitorg mlm tuh.. Tp.. tak per.. Aku pun tgh sengal time tu. Sengal ngan sesorang yang terlibat ngan meeting tu. Sblm nie, dia 'kenal + boleh ckp' je ngan aku. Tetiba jumpa kat sana, dia buat tak kenal. Adoiii.. Sakit hati tul.. Lepas peristiwa tu, aku malas dah nk layan org tu.. Tak pe.. ada ubi ada batas.. Ok.. Back to cerita asal.. Mlm tu, aku + memmer + ida buat aktiviti kami sendiri. Ronda2 kat pekan langkawi. Plan asal nk g lepak2 kat dataran helang, tp hujan la plak. So, terbatal la nie. Memmer plak ajak g mandi laut pagi2 buta keesokan harinnya.. Wah.. Best2... So, kena simpan tenaga.. Kami blk tdo awal mlm tu..
With My Boss n ida.. Baru lepas kena marah..

Next morning, awal2 lg aku dah kejut budak 2 org tu. Kata nk mandi laut kan. Tup2 kul 7 gak baru kuar dari hotel. Pagi nie, nizan n wife dia tak join kitorg. So, aku, ida n memmer je la yg g mandi laut kat pantai chenang. Best betul mandi laut pg2. Air suam2 kuku jer.. Lama gak kitorg mandi.. lepas puas mandi, blk ke hotel blk, n kemas2 utk check out. Then.. Shopping2 kejab sbb ke jeti. Time nie, kami dah split ngan ida. Ida blk ngan boss ikut k.kedah. Aku n memmer naik bot ke k.perlis. Walaupun penat g buat kerja gyla camni, tp kami enjoy.. Kan memmer n ida kan...
Ida n memmer

akU n memmer..

Nk Balik dah..

Melawat sekitar hotel sblm checkout... Terjumpa ank nizam tgh mandi kat swimmin pool

To memmer n ida, bila aku dgr lagu "cinta itu membunuhku", musti aku teringat kat hampa 2 orang. Best ada kawan cam korang. Gyla-gyla + sporting..

Miss U LaNgkaWi


Thursday, December 23, 2010

aKu jd PerMaIsurI?? PuTRi RaJa KoT..

Cerita 3 minggu lepas..

Sejak 3 minggu lepas, badan aku asyik tak sihat jer. Demam teruk. Suhu sampai 39.5. Kejab kebah.. Pastu demam balik. Soal demam tu, belakang kira. Aku nk berterima kasih kat en.asben, sbb sudi menjaga aku time aku sakit. Thanks abang, sbb sudi layan karenah sy selama 3 minggu yang saya tak sihat nie. Semua keje abg yang buat. Mkn minum sy, abg jaga. Thanks alot..

Pengajaran yang aku dapat, sepanjang aku sakit nie
  1. Makan ubat kena ikut waktu, terutama antibiotik.. Kena tepat. kalau doktor kata 3 kali sehari, means kena makan setiap 8 jam. Jgn main hentam saja..
  2. Time demam yang teramat panas, jgn mandi ngan air sejuk. Nanti liang2 roma kita tertutup, panas tak bleh kluar. Seeloknya, mandi ngan air suam n mandi waktu malam + bawah embun (luaq umah). Tips mandi luaq umah bleh amal kat kampung ja tau. Kalo umah kat kawasan perumahan, jgn buat, kang jiran kata hampa gyla plak..
  3. Bila badan panas, jelung asam jawa kat kepala (org bandar kata, letak asam jawa kat dahi). Tujuan dia, asam jawa nie, bleh meresap haba dalam badan or seumpama ngan funtion cool fever la.
  4. Make sure jangka suhu sentiasa ada dirumah. Nie untuk check suhu badan anda setiap sejam.
  5. JANGAN sesekali mandi air ais (mandi ngan ais ketul) time demam. Nie akan memudaratkan n menambah naikkan suhu badan anda.
  6. Minum air masak banyak-banyak + jgn gatai2 nk g berandam dlm swimming pool okeeey..
Apa-apa pun, kesakitan aku kali nie, byk menyedarkan aku byk perkara. Rupanya2, aku masih disayangi ramai org. Buat en.asben, encik ayah, incik emak dan encik adk + abg, terima kasih sbb sudi jaga Amy time amy sakit. Jasa korang amat dikenang. Terimalah lagu nie khas utk korang semua n Xpecially to my encik asben.. Thanks 4 everythings.. ;D

video